Pengalaman naik Cruise di Tasik Putrajaya

IMG_20171125_140855_201

Assalamualaikum and Olla everyone!

Sebenarnya kan banyak tempat menarik dan cantik kat dalam negara kita ni. Baru – baru ni illy dan family try pergi naik cruise kat Tasik Putrajaya. Ajak my other family members tapi dorang dah ada program jadi kami jer la pergi anak beranak. Planning memang nak pergi awal pagi sebab tak nak panas. Bawa budak kalau panas nanti dia cepat merengek.

Nak cari tak susah. Korang parking jer depan masjid pink kat putrajaya tu, then pergi belah kiri kat tasik. Mula tu macam confuse juga mana ticketing counter ni. Pastu tengok map, baru paham. Kena turun ke bawah sikit baru jumpa. Satu floor lagi bawah dari cafe putrajaya. Kalau bawa orang tua ada wheelchair boleh naik lift untuk turun. Illy decided tak nak bawa stroller sebab pergerakan macam terbatas. Jadi Johan just pakai baby carrier jer senang citer. Lagi pun naik cruise boat tu nanti tak boleh bawa stroller.

20171125_113732

Okay macam ni lah tempat ticketing dia.  Ada kedai jual cenderamata, banyak pelancong kat sini. Haritu ada nampak orang jepun satu family. Pastu ada nampak rombongan pelancong dari China pun ada plus ada rombongan budak sekolah. Yang pergi rombongan macam naik boat lain jenis yang dua tingkat maybe sebab big group dia bagi yang besar punya boat.

20171125_114344

Kalau weekend boleh start naik boat 10am tau, pastu kalau datang before 12 tengah hari ada early bird discount. Kami hari tu dapat murah dewara RM15 seorang dan budak atas 3 tahun RM10 seorang. Sangat berbaloi harga dia. Tapi kan kena pastikan ada lebih 8 orang nak naik pada trip baru dia boleh proceed. Masa kami pergi tu nasib ada couple mat salleh dua orang, pastu satu lagi family young couple 2 dewasa dengan anak2 dorang then ada satu family lagi bawa mak ayah rasa nya sebab nampak ada macam warga emas then family lagi. Total 10 dewasa campur kami jadi ngam rezeki kami dapat naik trip. Boat muat ramai cuma nak kena ada minimum berapa orang tu baru boleh jalan.

20171125_113936

Ni jadual boat. Kalau weekend start at 10am.

20171125_115603

Tu dia boat. Sofea memang excited lari terus. Boat ni best sebab atas diatu pun cermin jadi memang rasa luas cantik. Kalau malam mesti nampak bintang semua hehehe.. Boat yang kami naik ni nama Belimbing.

20171125_115810

Selfie satu before naik boat hehe.. Nanti sebelum naik boat ada orang datang bawa dslr ambik gambar lepas habis trip dia jual sekali frame rm10. Kalau nak buat kenangan boleh beli.

20171125_115854

Okay ni pintu masuk dia. Jemput masuk jangan malu – malu.. sila buat cam boat sendiri hehehe Nampak tak banyak kerusi kan? Memang capacity dia besar boleh naik ramai. Kalau cuti sekolah mesti riuh.

20171125_120144

Group picture lagi. Kakak tu apesal buat muka tahan berak LOL… yang adik mata pandang ke mana. Daddy ngan mummy jer pandang camera.

20171125_121436

Adik muka rileks tak bersalah lepas tarik tudung mummy LOL. Anway, memang banyak boleh ambik gambar macam2 posing tinggal pilih nak pemandangan macam mana. Masa naik tu ada macam tour guide explaination sekali. Jadi boleh belajar juga sikit sebanyak pasal Putrajaya and tasik ni.

20171125_120511

Adik meh la ambik gambar dgn mummy yang kuat perasan ni… memang adik tak layan tengok air lagi best.

20171125_123159

Antara gambar and permandangan atas boat. The whole ride 30 minits. Tapi rasa macam sekejap yer la sebab tengah seronok masa memang rasa cepat jer berlalu.

20171125_122250

Minta tolong tour guide ambik kan gambar kami kat boat deck. Korang boleh jalan depan boat and belakang boat kalau nak ambik gambar ala titanic pun selamber boleh.

20171125_123316

Tu jer la nak share pengalaman kami sekeluarga kali ni. Kakak sibuk nak jadi pirate atas boat tu hahah.. ada ke dia tanya ada octopus tak dalam air ni? Mana ada wahai anak… ni air tasik bukan laut. Memang menarik activity macam ni. Harga pun berpatutan dengan experience yang dapat. Bawa budak berjalan, try menda baru. Kalau nak dating pun okay sangat very the romantic naik cruise kan.. Memang tak da complain kali ni. Semua okay, selesa dan kami satu family seronok.

Kalau nak tengok lagi detail and bayangkan macam mana naik cruise kat Putrajaya ni boleh check out video yang kami dah buat kat bawah ni. Rajin, like and subscribe k? Nanti banyak lagi tempat menarik yang kami akan share. Till next blogpost, dont forget to take it easy and smile!

Comments

  1. mmg sronok naik cruise kt putrajaya..bole la feel2 mcm titanic kn masa yg posing kt deck tu...sambil layan tiupan angin hehe..dlu pegi 2009 ms tisya kecik lg time tu umur die 2thn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh repeat lagi ni hehehe nanti ambik gambar2009 beza sebelah gambar 2017 tengok tisya dah berubah macammana :) <3

      Delete

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Popular Posts