Beli Barang Decor dari China - SGshop.com.my |Review|

20180728_195625

Assalamualaikum and Olla everyone!

Nak beli barang decor rumah dari China, tapi tak tahu macam mana nak buat? Okay post kali ni khas untuk korang. Illy share macam mana cara illy beli. Sebenarnya dah banyak kali juga beli barang dari china, kali ni ni share cara illy beli guna service SGshop. Mesti pernah dengar SGshop kan?

SGshop.com.my ni sebenarnya macam agent, contoh kalauilly beli direct dari website tabao macam susah sebab dia tulis bahasa cina walau ada google translate tapi tak semua accurate. Sebab tu suka beli pakai SGshop semua in english. Senang sikit nak paham. Lagipun SGshop ni boleh beli untuk banyak lagi website oversea walaupun korang takda alamat oversea. Kira macam personal shopper online lah senang citer.

image

Nanti bila pergi SGShop punya website korang just search nak beli apa atau pun kalau ada dah link yang berminat boleh direct tampal link tu kat search box.

sg shop 1

sg shop 2

Kan illy baru pindah rumah baru, memang banyak lagi tak siap sebenarnya. By stages lah. Buat masa ni living hall and bilik tidur parents dah hampir siap. Tapi kali ni illy terpikir nak belikan bedsheet budak untuk Sofea dan Zandria. Dari haritu dorang berzikir nak bedsheet pink, fine illy beli dari China jer la terus. Pastu beli tempat rak kasut sebab belum ada lagi. Yang lama semua dah terbakar kat umah lama so memang start fresh.

Bed sheet, kanak –kanak ada dua size memang ngam untuk katil adik satu katil sofea satu, sekali dengan pillow cover harga dapat RM116.55 MURAH. Pastu tempat rak kasut RM34.41 pastu ada teringin nak beli carpet gebu ada lining tebal untuk budak charge RM98. Bagi illy memang berbaloi.

sg shop 4

Bila dah order nanti, akan dapat email macam ni. Kira confirm lah dah masuk order. Tinggal nak tunggu barang sampai di warehouse SGshop di China.

image

image

image

Lepas barang sampai di warehouse, ada step lagi. Sekarang dia akan timbang and bagi tau berapa kos untuk shipping barang dari warehouse pergi ke rumah kita. Ikut berat. Macam barang bedsheet tu tak berat sangat dari shipping pun baru RM26. Yang rak kasut tu besi dan carpet pun agak bulky, jadi berat so total shipping RM 74. Sebenatnya shipping ada banyak jenis dia bergantung berat dan berapa cepat korang nak barang. Macam illy tak kesah pundatang lambat janji murah. Ni charge contoh illy ambik express shipping, kalau ambik pakai naik kapal lagi lambat sampai tapi murah.Pilihan dia tangan sendiri. Nak cepat mahal, nak murah sila tunggu. Lepas illy kira semua still lagi murah dari beli kat kl.

Tips : kalau tak nak bayar shipping mahal,pilih barang yang tak berat atau size tak besar.

20180728_195625

Sampai pun. Masa sampai rasa macam dapat hadiah hahaha padahal beli sendiri.

20180728_200256

Taaaa daaaa.. Ada pula dapat freegift dari seller. Dia bagi sapu tangan comel dengan beg pink. Kualiti barang tak mengkecewakan. Desebabkan illy dah banyak beli barang dari China, illy memang tak pun high expectation. Dah banyak kali kecewa, sampai tak serupa dalam gambar hahahaha. But kali ni illy puas hati. Quality better dari expectation. Tu semua bukan salah SGshop kena paham, SGshop tukang belikan untuk kita, kalau ada dispute tu masalah seller atau mungkin kita sendiri tak baca betul-betul sebelum beli.

20180728_200839

Before. Bersepah giler bilik anak dara. Tilam tu my sister in law bagi. Illy letak situ, takut budak jatuh katil jadi biar ada alas takda la gedebuk tergolek kena lantai. Cuma,Sofea memang dari awal dah request bilik pink. Illy nak cubayang terbaik bagi dia happy.

20180728_201853

Okay tak? Matching bedsheet adik dan kakak. Senang sikit mata memandang kurang serabut kan? Pastu tilam biru tadi illy ganti dengan carpet beli guna servis SGshop. Best tau carpet tu dia macam tebal kalau budak jatuh pun atleast kepala tak kena lantai. Ingat nanti nak beli yang besar lagi sikit.

20180728_205247

Better lah kan dari gambar sebelum hahaha.. Banyak lagi tak siap bilik budak ni, one at a time. Sajer jer tu nak kasi alasan beli dari SGshop lagi. Ingat nakcari carpet tebal lagi satu then nak beli kerusi study budak.Sekarang ni port main dorang kat tepi langsir tu. Lagi satu nak beli almari simpan mainan, buat masa ni pakai bakul dulu.

20180728_204713

Selekeh. Setiap kali nak masuk rumah illy tekanan tengok selipar bersepah. Sakit mata, sakit hati, sakit perut. Memang kena beli juga tempat letak kasut. Investment untuk kesihatan mental.

20180728_202224

Kesian adik pening pikir baca manual nak pasang rak kasut hahahaha.. Thank you daddy, tolong pasangkan.

20180728_204857

OMG yes, kemas dah cantik pun. Boleh lah tak sampai RM35. Mana nak dapat rak kasut besi proper RM35 kalau bukan dari China. Bagi illy memang puas hati sangat. Okay tu jer la illy nka share macam mana cara beli barang decor dari China melalui servis SGshop. Nanti rasa macam nak beli lagi, banyak dah list illy buat tunggu jumpa yang sesuai. Kena selalu rajin survey, alang – alang beli biar puas hati.

Illy dah nak end blogpost ni. Next time,illy beli barang decor rumah illy share lagi k? Owh yaaa, ni nak share kalau korang nak beli kat SGShop.com.my, boleh pakai code ni untuk dapatkan 10% OFF SHIPPING. Jimat lagi yes!! Jangan lupa tau, masuk code <ILLY10> enjoy your shopping!

20180828 买越多扣越多_Mobile

Boleh click kat sini untuk pergi direct paga promotion page, ada banyak yang menarik tau.

"Place the Purchase Order (1st Payment) during 28 August to 31 August, then able to enjoy RM 10 off for product purchase above RM 199; RM 20 off for product purchase above RM 299; and RM 30 off for product purchase above RM 399. At the same time, that's with FREE Service Charge"

Link beli carpet pink : https://bit.ly/2vPzGzv

Link beli rak kasut : https://bit.ly/2MS1vxq

Link beli comforter + bedsheet kids : https://bit.ly/2KXcjbL

Comments

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Popular Posts