Buffet Buka Puasa di Íntercontinental Hotel Kuala Lumpur (17 GAMBAR)

Apr 11, 2019




Assalamualaikum and Olla everyone! 

Baru ni kami sekeluarga di jemput untuk Preview Buka Puasa di InterContinental Kuala Lumpur. Sebenarnya hotel ni agak banyak memory. Dulu the same building is Hotel Nikko. Ingat zaman sekolah lalu depan hotel ni sebab nak pergi bangunan sebelah tu CitiBank kat tingkat 30 ada library Japan Foundation. Banyak la juga memory termasuk pergi high tea dengan kawan - kawan. Kali ni pergi cipta memori baru dengan family dan kawan - kawan baru. Terima kasih Miki Tan atas jemputan. 



Apa yang menarik buka puasa buffet di Intercontinental Hotel ni? Illy masuk jer terus terpandang lemang pulut hitam ni. Bagi illy ni menarik sebab bukan selalu jumpa. Rasa dia pun sedap dan moist. Boleh pairing dengan pelbagai serunding yang di sediakan. 


Tengok la tu, ada tahu sumbat dan pecal juga. Popiah basah dan ulaman pun ada. Illy sampai rambang mata sebenarnya nak makan mana dulu ni. Semua pun nampak sedap. Di sini tema Buka Puasa Buffet, Warisan Tradisi di Serena. Memang ngam nama dia warisan tradisi sebab kebanyakan resepi di sini di turunkan dari family Chef. Japgi illy citer lagi, jom tengok apa lauk next.. 




Bagi yang minat goreng - goreng, boleh cuba puyuh goreng, ada juga wantan goreng, dan ayam goreng rempah. Sedap very herby. Lepas tu kat sini juga dia fokus pada makanan trasidi setiap culture yang ada kat malaysia. tu pasal best sebab pilhan agak menarik. 



Nasi beriyani you all, dah macam pergi kenduri. Yang ni illy tengok antara paling cepat licin di buffet isle. Terasa rempah ratus dalam nasi ni, lagi plak kalau pairing dengan lauk - lauk yang disediakan. Kalau nak solat, surau yang selesa dan luas di sediakan di Tingkat 5. 


Bahagian grill pun ada macam - macam pilihan. Ada satay, ayam yang kepit buluh tu illy lupa plak nama dia. Pastu daging ke, seafood ke, tinggal minta chef grill kan, lepas tu boleh makan fresh punya. Nyum!! 


Ni husband I suka, Kupang Masak Lemak Cili Padi. Kupang fresh dan kuah pun flavourful. 



Ketam goreng sambal, peminat seafood boleh ulang ni banyak kali. Makan dengan nasi putih pun sedap, nak makan macam tu pun mengiurkan. 


Kuih cara, sebenarnya ada banyak lagi kueh yang menarik, ada talam, kueh ketayap, western dessert pun ada. Pilhan illy, kueh cara sebab very classic. 




Boleh tengok di sini untuk harga, kalau nak lebih jelas boleh click kat gambar. Buffet Buka Puasa bermula di hari pertama ramadhan iaitu 6 May hingga 4 June berharga RM188 untuk dewasa, RM69 untuk kanak - kanak pada hari bekerja dan pada weekend rate dia RM 158 untuk dewasa dan RM 55 untuk kanak - kanak.  

Apa nak discount? Okay ada... Siapa yang booking makan 6 - 10 May akan dapat special offer 30%. Selain pada tu, ada disount 25% untuk Gourmet Collection Members dan 20 % discount bagi IHG Rewards Club Members, In-house guest, CIMB, Citi Bank, UOB Bank dan HSBC bank. So apa lagi, dah boleh tu start planning. 



Lokasi pun luas, dan kat sini pu boleh booking private dinner buka puasa untuk min 200 pax kalau nak buat majlis buka puasa untuk company atau reunion dengan family member di banquet hall package start dari RM165 nett. Siap dapat free whole lamb tau. 




Sushi dah sashimi pun ada, dont play - play. 


Berapa kali my daughter repeat buah mata kucing tu hahaha.. Jangan lupa makan buah k? Boleh bantu digestion. Dah makan macam - macam tu kalau boleh biar seimbang. Buah - buahan jangan dilupa


Ni nama dia Ikan Merah Tiga Rasa Pak Cik Mortaza, ni katanya adalah menu favourite Chef Mortaza punya family. This picture does not do justice kepada ikan ni. Sebab memang besar sebenarnya in real life. Sampai i terpikir, bertapa besar kuali nak goreng ikan ni. Bukan kerja senang nak pastikan ikan ni masak sekata dan sedap pula tu. Good job Chef! 

Ada banyak lagi menu menarik kat sini, macam illy ada share kat instagram haritu.. ada juga murtabak pakai sprite dalam dough so rasa dia lain dari lain. Yang tu pun kena try juga ciptaan Chef Roy. Selain tu ada ice cream potong, Sup Kawah Gear Box Cik Fakrul, Uncle's Wong Stir Fried Tiger Prawn with Butter Sauce and Egg Floss dan macam - macam lagi la.. Yang tu korang kena pergi tengok sendiri. Kalau semua illy share kat sini nanti tak suprise pula hehe.. 



Jangan terpedaya dengan meja bersih ni. Sebab ni before makan hahaha.. Time makan tu, banyak kali staff hotel ni datang clearkan pinggan sebab kami betul2 enjoy buffet buka puasa di Intercontinental Hotel. Nyum! 


hehe ni my pinggan, kena try the rendang tok yang warna hitam tu. Tak banyak tempat ada sediakan rendang tok tau.. dan juga kena try Aunty Sze Wei's Homemade Tau Foo Fah sangat sedap, smooth the texture gandingkan dengan gula merah perghhhhhh.... 

Okay tu jer la illy nak share kali ni. Harap membantu. Sekali lagi terima kasih Miki Tan for the kind invite. Juga terima kasih yang tak terhingga kepada semua staff dan chef di Intercontinental Hotel atas sajian yang menarik dan layanan yang tip top. Hope you enjoy this blogpost, nanti ada tempat menarik illy share lagi k? 

By the way, nanti illy akan buat list tempat menarik buka puasa di area kl dan selangor. Stay tune!! 

Break Fast Buffet Preview (10 April 2019)
Adult: RM 149
Child: RM 71

Weekday Prices (Monday-Friday)
Adult: RM 188
Child: RM 69

Weekend Prices (Saturday & Sunday)
Adult: RM 158
Child: RM 55

Hari Raya High Tea Buffet 
5-6 June 2019
RM 108 per person

Special Rates
Child below 6 years old eat for free with every paying adult
Bookings made for 6 May-10 May 2019 will enjoy 30% discount
Gourmet Collection members receive a 25% discount
Prices are exclusive of prevailing government taxes

20% off for IHG Rewards Club members, CIMB Bank, HSBC, Citibank & UOB Bank credit/debit cards


For reservation : - 
Contact: +60 3 2782 6000



2 comments:

  1. Wow banyaknya makanan kat sini. Kalau berbuka puasa kat sini sure rambang mata sebab banyak sangat food. Lepas tuh sure tersandar kekenyangan heheheheehhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. sekali sekala :) kalau nak reunion family pun okay tak yah spend masa banyak memasak boleh enjoy good food sambil catch up dgn family :)

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)