Tips dan Cara Handle Duit

Apr 2, 2019

 Assalamualaikum and Olla everyone!

Before illy start, nak bagitau awal yang illy bukan expert in finance. Illy just share tips berdasarkan pengalaman sendiri Mana yang baik korang ambik yang tak baik, jangan ambik.

First before kita boleh simpan mesti kita kena dapatkan duit dulu. Macam illy dah biasa memang dari start keja dulu memang illy sentiasa ada part time job. Masa first kerja dulu di Nokia (masa tu kemain gah nokia macam apple lah sekarang ni dah tak strong sangat), okay masa tu pun illy memang dah start ajar tuition lepas balik kerja dan juga weekend. Sebab apa? Sebab illy tahu konsep dia. Kalau kita makan gaji kita akan trade kita punya time untuk duit. Jadi nak ke tak nak, masa memang tetap akan berlalu, so alang – alang tengah muda baik illy guna sebanyak masa untuk start kumpul. 






Boleh jer kalau nak kerja satu jer, tapi contoh la kalau kumpul seminggu rm100, setahun baru dapat rm5.2k nak tunggu sejuta kena tunggu 192 tahun baru dapat sejuta lama tu (ni kalau tak masuk compunding calculation). Tapi kalau illy ada extra income, then illy boleh kumpul lebih banyak contoh boleh simpan rm500 seminggu bersamaan rm24k setahun, so 41 tahun jer kena kumpu lagi jadi makin cepat sampai goal tu. Jimat 151 tahun of kumpul duit. Kalau lagi banyak kumpul, lagi awal, lagi bagus. Sebab tu pentingnya ilmu dan planning untuk capai kita punya goal. 


Masa mula kerja dulu, illy tak target pun nak pencen muda. Tapi bila dah lama kerja, rasa macam banyak nyer masa spend untuk kerja, dah tu lepas 50 tahun jer ke baru ada masa nak nikmati dunia? Eh ni tak boleh jadi, masa tu lagi berharga dari duit tau. Masa kalau dah lepas, nangis air mata darah pun tak boleh pusing balik. Sebab tu masa adalah paling berharga kalau compare dengan duit.

Kita nak buat sesuatu tu kena ada ilmu. Sebab bila ada ilmu dia akan bertambah menjadi. Contoh nak buat kek, dari terus try n ikut intuition hentam atau bila kita betul2 cari ilmu, check banyak recipe, belajar betul2 apa cara dan teknik nak buat kek. Confirm hasilnya pun berbaloi. 



Sama juga dengan semua benda dalam dunia ni. Tak kira la nak kumpul duit ke, nak early retirement with financial freedom atau nak pergi ke bulan sekali pun dengan usaha dan ilmu serta izin Tuhan insya Allah Berjaya. Sebab Tuhan memang nak kita Berjaya. 



Antara tips yang illy boleh secara roughly share kat sini :


  1. Anggap diri kena cukai. Dapat gaji terus cukai dalam 20% (lebih lagi bagus) dan duit tu masuk kat account yang korang susah nak keluar. Contoh ASB ke or Fix Deposit. Kalau kerja freelance, bila dapat payment terus tolak untuk simpan. Banyak boleh cerita pasal asb or fix deposit or compounding tapi takpe, tu next time illy share.
  2. Kenapa illy cakap macam ni? Sebab bila nak jadi banyak kalau tak simpan? Hahahaha Harini dapat sejuta, hari ni juga spend sejuta sampai tua pun tak settle.
  3. Gunakan masa dengan cermat. Dalam 24 jam sehari, berapa jam pakai tengok telefon? Berapa jam guna untuk tingkatkan ilmu? Berapa jam pakai untuk pastikan badan sihat? Berapa jam pakai untuk cultivate good bonding dengan family? Sebab apa yang kita buat hari – hari akan berkumpul dan kalau kita tak tahu masa kita hari-hari buat apa, bayangkan hasilnya? Berbaloi ke? Kalau nak sihat, hari – hari spend masa 15 mins pun takpe untuk excercicse. Sebab we are our habit. Setiap habit yang kita buat setiap hari akan ada effect physical dan mental terhadap diri kita. Contoh kalau kita ada taman, hari2 siram compare dengan hari2 kita buat bodo pandai ko la nak hidup ke nak mati, apa jadi pada taman tu? Camtu la juga hidup dan diri kita.
  4. Lebihkan pengunaan masa untuk jadi orang yang lagi bagus (baca ebook, dengan talk atau tips motivasi), jadi lebih sihat (exercise, makan sihat,) lebih ceria (self-care, me time, call atau jumpa family or orang yang korang sayang). Ni penting, banyak duit tapi sakit pun nak buat apa. Takda makna semua tu. Tapi kalau banyak duit pastu sihat pastu happy itu memang holy grail. Itu yang kita nak.
  5. Hati – Hati dengan SALE. Walaupun murah macam mana pun kita still kena spend duit untuk SALE tu. So pilih, sale bagi barang dan service yang memang kita nak pakai. Kiranya keperluan contoh macam ubat gigi, kita memang dah pakai brand tu dah time tu sale okay fine yang tu boleh beli banyak buat stock. Tapi jangan la barang tu tak perlu pun, Cuma kita minat jer then terus beli. Setiap duit yang kita spend tapi takda faedah akan menyebabkan lagi lama masa kita kena bazir nak duduk dalam rat race.
  6. Kaji balik apa yang kita spend selama ni. Tengok berapa % pergi umtuk rumah, untuk api, air, internet, entertainment, travel, derma semua kena ambik kira. Then tengok yang mana akan bantu kita achieve kita punya saving goal. Mana yang boleh adjust kurangkan then buat n duit yang berlebih tu saving or settlekan hutang. Kena ingat barang akan expired, kalau tak expired pun masih akan lusuh dan value dia tak naik kecuali barang yang memang akan naik harga contoh macam collectibles.
  7. Bagi illy cara urus duit ni macam urus masa. Kalau orang tu hargai masa, peluang dia untuk pandai urus duit tu tinggi. Tak semestinya, Cuma kebarangkalian tu tinggi. Sebab orang yang tahu hargai masa akan automatic-nya tahu hargai duit.
  8. Kalau takda idea nak cari duit lebih, boleh start dengan kurangkan belanja. Contoh macam air cond. Kami hanya on air cond beberapa jam waktu malam, lepas tu off (letak timer lagi bagus) dalam pukul 3 pagi sebab masa tu dah sejuk and just pakai kipas untuk pusingkan udara. Dengan buat macam ni kami dapat jimat electric sebanyak 50% bil elektrik. Duit lebih tu masuk saving lagi.
  9. Sikit2 lama2 jadi bukit. Sama juga dengan membazir. Sikit – sikit membazir akhirnya kering kontang.


Ada yang nak illy share lagi ke? Kalau nak boleh la illy kupaskan lagi. Harap membantu. Illy bukan nak tunjuk pandai, illy pun belum billionaire lagi. Niat illy share ni untuk kebaikan bersama. Kalau rasa bagus boleh praktikan. Kalau rasa tak bagus tak payah ikut. Senang citer. Illy jemput korang kaji betul pengunaan masa, tenaga dan duit yang korang ada. Take care and till next blogpost!



1 comment:

  1. The 1st step tu pun i dah skip. Maybe next time boleh apply your way.
    Thanks for the tips! ;)

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)