Nak cari Baju Melayu Esklusif dan Selesa? Mesti lah di BMO 1980

May 28, 2019



Assalamualaikum and Olla everyone! 

Dah nak raya ni, tinggal beberapa hari jer pun lagi. Kalau belum dapatkan baju raya lagi, illy ada tempat nak recommend. Kalau dah ada pun, boleh jer gi survey sebab memang okay dia punya kualiti. Dulu kan masa kecik selalu memang ayah illy ada bawa gi beli baju kat Wisma Yakin atau kat Masjib India. Standard la port beli barang raya kan? Tapi sekarang ni bila dah ada anak kami cam penting kan keselesaan bila nak membeli. Tak sanggup la nak drive pergi tengah kl, dengan anak kecik nyer lagi dengan nak berasak. Confirm anak cepat merengek, yer la dah penat dah serabut apa lagi hahaha.. 






Kalau korang nak shopping tenang, chill memang illy suggest pergi di BMO 1980. Panjang sejarah mereka ni sebenarnya. Start dari tahun 1980, illy pun belum lahir lagi tu hahaha.. Nak citer pengalaman kalau dah 39 tahun buat baju memang dah kira expert sangat dah tu. BMO memang ada kedai kat Wisma Yakin tau dulu, lama dorang kat sana. 


So sama jer la beli kat Wisma Yakin ke pergi beli direct kat BMO 1980 Taman Dagang pun dapat kualiti yang sama sebab company sama. Kalau illy, pilih pergi kat Taman Dagang la. Nak parking pun senang, lagi plak sekarang ni mereka buka sampai pukul 2 pagi direct tiap malam sampai 3 Jun. Jangan pergi 4 Jun plak dorang dah balik raya hahahaa 

Kat sini, sebab memang latar belakang owner adalah tukang jahit yang specific untuk man suit, yes.. dari zaman dulu pergi belajar kat london cara seni jahitan baju yang professional. Dari situ business berkembang sampailah sekarang. 


Ni lah BMO1980 butik yang terbesar sekali. Tengok ada banyak tanjak kat situ? sebenarnya ada lebih 80 colour baju melayu dan tanjak boleh di pilih. Boleh husband korang perasan pendekar. Harga tanjak start dari rm120 untuk pelbagai jenis tanjak. Illy baru tahu setiap negeri lain2 style tanjak. Ada Discount lagi untuk tanjak nie..harga berbaloi2 dengan Kualiti yang ditawarkan..memang sangat selesa dan puas hati..kalau da memang pakar tanjak yang buat..nak cakap apa lagi..memang best sangat2..



Butang baju melayu pun lain macam dia punya design. Ada banyak lagi pilhan menarik yang korang boleh pilih. Selesa shopping sini, parking dekat kedai makan bersepah kiri kanan, plak dah ni tutup 2 pagi jadi macam kitorang ni habis kerja nak settle pergi event apa bagai, so ada kedai yang tutup 2 pagi ni takda tergesa sangat nak membeli. Dah settle tarawikh dah boleh start engine. Takda menda nak rushing. 


Adik tu mengantuk dah tu sebenarnya, Sofea bukan main seronok try tanjak. First time tu dalam hidup dia jumpa tanjak hahaha... Baju melayu memang banyak jenis korang tengok la sendiri. Tinggal nak yang mana pilih. Kami suka cari baju budak dulu, kat sini pun ada baju kurung dan baju melayu budak tau. Harga bagi illy sangat berpatutan dengan kualiti. Bagi illy kita sebenarnya dapat lebih dari apa yang di bayar, sebab kain dia tu bukan cikai, kain jenis tak panas dan kain tenun. 

Kalau raya haji korang tak nak beli ready made dan nak order ke, pun boleh datang sini. Sebab memang BMO 1980 ada ambil tempahan jahit. Boleh pilih nak baju melayu traditional ke, nak custom order kurta pun boleh, nak baju melayu slim fit pun boleh. Paling best sebab rekaan semua functional. Bukan takat lawa tapi nak pakai seksa, ni lawa nampak dan pakai selesa, ada zip kalau slimfit so masih boleh nak solat dan ambik air sembahyang. Tu beza kalau tempah baju dengan orang berpengalaman. 



Terima kasih pada Denny sudi kongsi sejarah BMO, banyak illy dapat belajar. All the best, semoga lebih maju jaya dan dimurahkan rezeki yang berlipat kali ganda amin! Dan terima kasih juga Ruby sudi jemput illy dan buat arrangement semua. 



Owh lupa nak bagi tau kalau shopping sini, nanti dapat free sampul duit raya ni. Cantik kan? Okay tu jer la illy nak share kali ni harap bermanfaat. Dah tu apa tunggu lagi? Pergi la survey2 mana tau berkenan ke, dah tak payah bersesak nak gi tengah kl. 



 G-5, Jalan Dagang B/3a, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor.  




Harap perkongsian kali ni bermanfaat. Jumpa lagi next blogpost! 

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)