Pengalaman ke Taman Botani Perdana

Sep 25, 2018

PicsArt_09-11-05.05.49-01

Assalamualaikum and Olla everyone!

Kalau takda idea nak spend time weekend activites dengan kids, then boleh consider pergi Taman Botani Perdana. Tak silap illy dulu nama dia Lake Garden. Last sekali pergi lebih 5 tahun lepas. Tujuan nak picnic bawa anak pergi taman. Dulu kitorang selalu juga bawa anak pergi taman – taman kat Putrajaya, kali ni rasa nak try Taman Botani pula. Actually, not bad at all. Taman ni cantik, luas, bersih dan rasa selamat sebab ada pasukan keselamat jaga seluruh kawasan.

20180911_134001

Lokasi betul dekat dengan area taman burung. Kalau Tugu negara masuk simpang kiri, dia kat simpang kanan. Parking pun tak risau, dah ada parking bertingkat betul before main entrance.  Charge parking amat berpatutan. RM4 per entry. Kat atas tempat parking tu ada restoran rebung and KL seafood. Kami tak pergi situ sebab memang dah bawa bekal picnic dari rumah.

20180911_133922

Nanti kat main entrance korang akan nampak macam ni.

20180911_134701

Sebenarnya bukan taman jer tau, ada juga museum ke gallery comic, kitorang tak masuk sebab excited nak ke taman. Anak – anak illy ada lah bergambar dengan pin up poster kat depan tu.

20180911_134801

Bukan main sengih ambik gambar dengan bobo boy. Betul ke tak eja tu. Ni mesti dorang tengok kat sekolah belajar ngan kawan ke, tak pernah plak pasang citer bobo boy ni kat umah kitorang. Al-maklum ayah dorang strict pasal screen time bebudak ni. Dia lebih galakan activity berpeluh. Lagi pun kecik sangat lagi, takut addicted ke speech delay ke, rabun ke, nanti dah masuk sekolah maybe ayah dia longgar kan lah sikit.

IMG_20180911_162220_097

Masuk Taman Botani Perdana ni free tau. Dah la tu cantik banyak port bergambar. Ni pun kitorang tak habis tawaf sebenarnya. Just chill2 walk around, main lari – lari  dengan anak tu pun illy dapat 10k steps. Kalau betul tawaf satu taman boleh la turun sekilo kot hahahaha

20180911_135019

Kat sini ada amphitheather, ada macam port buat event, rasa next time kalau host birthday party budak –budak kat sini pun okay. Mak-mak punya berangan, sekali kalau hujan assalam terus.

Ada macam – macam taman lagi, tamanbunga raya la taman apa bagai semua ada, kami tak sempat ronda habis. Seronok nya kat sini sebab pokok banyak. Rasa tenang macam ada forest therapy. Pernah dengar tak forest therapy? Orang jepun panggil Shinrin-Yoku, dorang dah buat banyak kajian, sebenarnya khasiat berjalan dalam kawasan pokok – pokok banyak khasiat pada physical and mental manusia. Next time illy adamasa illy explain lagi dalam pasal forest therapy. Buat masa ni kalau korang nak try dapatkan benefit dia, korang kena peka dan activate semua lima deria untuk dapat kesan optimum. Contoh deria baru, consiously hirup udara masa jalan berhampiran pokok. Sebab bila kawasan hutan/banyak pokok akan hasilkan natural aromatherapy dia panggil phytoncides. Mat Salleh punya scienties bagi nama kat phytoncides ni sebagai vitamin hutan. Dia boleh relaxkan minda, bagi tenang dan banyak lagi. Cam banyak jer lari topic, ni nak citer pasal taman botani sebenarnya hahahaha

20180911_140911

Sambung citer pasal Taman Botani Perdana, kat sini memang banyak sangat pokok yang cantik. Tapi kalau boleh elakan lah pergi petang sangat atau maghrib karang tak pasal kena gigit nyamuk pula. Illy suggest pergi pagi time terang.

20180911_142358

Taman permainan kat sini besar dan lengkap. Meja picnic pun cantik dan selesa. Jangan buat sampah tau, pandai2 bawa plastic untuk buang sampah.Kitorang memang dalam kereta sentiasa ada plastic sampah satu roll. Senang, anak berak ke, nak pergi kutip sampah tepi pantai ke, nak buang apa tak payah bersepah. Tunjuk contoh yang elok pada anak – anak kita. Sebab nanti kita dah takda kat dunia ni, biar dorang plak sambung ajar anak mereka supaya tak kotorkan bumi.

20180911_141816

Simple jer picnic kami, semua homemade. Tak payah pun, ayam goreng celup tepung, kobis fresh sikit jadi simple salad, pastu tembikai. Roti tu beli sebab illy belum belajar buat roti lagi hahaha.. Botol air dengan container semua kami pakai yang reusable. Tak susah nak bantu kurangkan masalah sampah. Instead kita pakai disposable tukar jadi reusable. Contoh dari pergi beli air botol mineral, baik bawa siap botol air dari rumah. Jimat and confirm bersih. Kitorang memang suka pakai botol Bros, harga berpatutan and berkualiti. Bukan nak promote, saje citer kot berkenan. Ada bawa budak punya bubles sekali. Yang tu pun sekali jer kami beli, lepas tu buat sendiri tengok resepi kat youtube. Refill jer, tak payah beli banyak kali buat semak.

20180911_150922

Dah puas picnic, dah puas bawa budak main taman, kat sini ada tempat naik bot kalau nak. Kitorang duk tepi tasik bagi makan ikan. Besar weyh ikan dia pastu banyak. Seronok tengok anak – anak happy. Tu la sebenarnya anak – anak bukan nak menda mahal ke, jenama ke, hadiah apa gempak ker, dorang nak kita. Dorang nak attention kita dia nak kita spend time dengan mereka. Umur bawah 7 tahun ni waktu penting untuk develop personality. Lagi banyak kita spend time dan bahagiakan dorang, insya Allah anak akan rasa cukup kasih sayang. Kalau nak jadi orang tak guna gak tu pilihan dorang, kita dah buat yang terbaik hahaha.. 

Alright, tu jer illy nak share kali ni. Harap bermanfaat. cuba click video illy dah buat tu, hehe alang-alang nak minta tolong like and subscribe please. It means a lot to us. It is the only way for me to know that you like the content I made. Illy akan cuba yang terbaik kongsi pada korang. Illy bukan lah pro mana. Anak pun baru dua. Sharing is caring orang kata. Kalau korang pun ada suggestion tempat menarik nak bawa anak, then feel free to share k?

Okay tu jer la. thanks sudi singgah and baca blog illy.

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)