ALAMI KERIANGAN RAYA BERSAMA DENGAN GUARDIAN

 




Hari Raya ini, rasai kenyamanan kebersamaan keluarga dengan sokongan guardian.

Hari Raya adalah masa untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan menghargai hubungan

dengan orang tersayang, tanpa mengira jarak, umur, jantina, atau keadaan. guardian sentiasa

berada di sisi anda pada musim-musim sambutan perayaan, memastikan anda memiliki

semuakeperluan untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah,” kata Priscilla Wu, Pengarah

Pemasaran guardian Malaysia. Berucap pada majlis pelancaran kempen ‘Raya Untuk Semua’ di TRX Kuala Lumpur, Priscilla menambah:

“Seperti tajuk kempen Raya kami, guardian meraikan Raya dengan keterangkuman, sebagai

jenama yang sesuai untuk segenap lapisan masyarakat - yang muda mahupun tua, merentasi

generasi yang berbeza. Produk dan perkhidmatan kami yang disusun khas, direka untuk

memastikan agar semua orang dapat menghayati semangat perayaan dengan sihat dan

penampilan hebat bergaya.”


"Guardian Ialah jenama yang memupuk kebersamaan keluarga, memainkan peranan penting

dalam kehidupan para pelanggan kami melalui tawaran rangkaian produk yang pelbagai pada

nilai hebat,” tegas Priscilla.

Bersempena dengan kempen ‘Raya Untuk Semua’ guardian, sebuah video muzik Raya telah

dilancarkan di Youtube. Video tahun ini, yang merupakan sekuel video terdahulu, sekali lagi

mengetengahkan kepentingan hubungan yang kukuh dan nilai-nilai kekeluargaan semasa

musim perayaan utama sepeti Hari Raya. Menjayakan kembali watak mereka dalam video

tersebut, watak-watak utama terdiri daripada Sham Visa dan Amy Mastura masing-masing

sebagai bapa dan ibu; dan empat anak perempuan yang dilakonkan oleh Dr Amanda Elli,

Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi. Lagu rancak dengan

irama joget itu juga akan disiarkan di Era FM bermula 1 hingga 12 April.

Video tersebut memaparkan bagaimana guardian menyokong perjalanan sesebuah keluarga

menuju kehidupan yang sihat dan indah, merentas generasi daripada peringkat datuk dan

nenek hingga ke peringkat cucu dan cicit.



Oleh kerana kita digalakkan untuk introspeksi diri, memperbaiki diri dan prihatin terhadap

golongan yang kurang bernasib baik di bulan yang mulia ini, rakan-rakan media,

pempengaruh dan tetamu pada majlis pelancaran itu telah dijemput untuk mengambil hadiah

Raya di stor guardian di TRX untuk 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan

Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, yang terdiri daripada 50 perempuan dan 50 lelaki, dengan

jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM10,000.

Selain itu, ‘Pulut Kuning Zarina’ telah diagihkan sebagai hadiah kepada para tetamu yang

hadir. Zarina Zainuddin, seorang ibu dan usahawan, diiktiraf sebagai salah seorang tokoh

Hari Wanita Sedunia guardian. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, Zarina

mengimbangi aktiviti keusahawanannya dengan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-

anak autism dengan penuh keanggunan.


Sempena meraikan kempen ‘Raya Untuk Semua’, pelbagai tawaran hebat telah disusun

dengan penjimatan sehingga 50% termasuk diskaun 60% untuk semua Warna Rambut dan

semua Topeng Kecantikan dan Pelembap Bibir bagi pembelian item kedua.

Selain itu, tawaran Hadiah Dengan Pembelian yang menarik boleh didapati di stor-stor

guardian sepanjang tempoh promosi yang bermula pada 21 Mac 2024, seperti:

Uncang Puffy Beauty Percuma dengan pembelian RM180 dan ke atas dalam satu

resit untuk mana-mana produk kecantikan termasuk Penjagaan Kulit, Penjagaan Kulit

Sensitif, Kosmetik, Aksesori Kecantikan dan Wangian.

Kotak Makanan Tahan Karat Quby dengan Beg Thermal Percuma dengan

pembelian RM120 dan ke atas dalam satu resit untuk produk Penjagaan Rambut,

Penjagaan Mandian, Penjagaan Mulut, Deodoran, Pencukur, Penjagaan Wanita dan

Kelengkapan Mandian Bayi.

Troli Boleh Lipat Percuma dengan pembelian RM188 dan ke atas dalam satu resit

untuk semua produk Penjagaan Kesihatan, GMS dan Makanan dan Konfeksi.

Sampul Duit Raya guardian Percuma (8pcs) dengan pembelian RM68 dan ke atas

dalam satu resit sementara stok masih ada.

Kupon RM5 Percuma dengan setiap pembelian melebihi RM68 dalam satu resit.

Priscilla menyimpulkan:

“Kami sangat teruja untuk menyambut Raya bersama anda dan keluarga, malah dengan

semua orang. Sentiasa ingat, guardian adalah untuk semua. Tidak kira siapa anda,

keperluan, umur atau jantina anda, guardian Ialah jenama yang pasti memenuhi semua

keperluan kesihatan dan kecantikan anda, menyatukan seisi keluarga. Kami sentiasa disini

untuk anda.”


TAMAT

Facebook: @guardianmy

Instagram: @guardianmy

YouTube: @guardian MY

Telegram: @guardianMY

#guardianMYApp

#guardianMy

Comments

Popular Posts