Pengalaman ke Legoland Malaysia - Best Giler - Must Read

Jul 16, 2020


Assalamualaikum and Olla everyone!

Kalau nak bercuti dengan family, illy nak suggest korang pergi Legoland Malaysia. Serious best giler. Kali ni nak share pengalaman, sekali room tour bilik Legoland Malaysia, dengan Themepark, Waterpark tak lupa juga Sealife Malaysia. Kami actually 110 hari tak keluar rumah before pergi Legoland. Jadi nak create memories dengan budak. Dorang pun bila bagitau nak bawa Legoland, punya la melompat happy. Suruh tolong apa semua terus rajin jer buat.

Dari KL dalam ambik masa kurang dari 4 jam. Perjalanan pun smooth, takda jam cuaca pun cantik. illy suggest mungkin boleh tengok weather forecast dulu before book trip. Kitorang alhamdulilah cuaca cantik mendung tak terik dan tak hujan during trip. Dia banyak outdoor and ada waterpark so lagi best kalau cuaca cantik.





Posing skit kat lobby. Dah di sediakan box red tu untuk jaga social distancing. Jadi each family beratur ikut box before check in.








Masa sampai tu memang terus check suhu. Alhamdulilah semua lepas. Sekarang senang, pakai mySejahtera app untuk check in. For safety measure. Automatic hand sanitizer memang kena pakai dan every corner pun akan nampak satu. illy lagi yakin dengan jenis automatic ni sebab yang picit tu pun ada risk contamination. Lega sangat nampak kat sini semua majority yang auto dispenser ni.

SOP kat Legoland memang tip top. Semua visitor wajib pakai mask, illy buka tu sebab nak bergambar kalau tak memang all the time pakai mask. Untuk protect diri dan protect orang lain juga. Kalau nak tahu setiap bilik yang kita check in tu, dorang biar vacant for 72hours dia block nak kasi betul2 selamat lepas sanitize dan baru bilik tu akan dibuka untuk orang lain. Bagus kan?







Kat lobby ada kedai souvenir, hanya 5 family jer boleh masuk dalam satu masa untuk jaga jarak social distancing. Tengok staff kat sini semua rajin asyik mengelap jer. Lagi bertambah rasa selamat tu. Kami ada beli small gift untuk cousin budak ni.



Ternampak ada promo kat BRICK Family Restaurant. Ni right before ke lift hotel. Ni la tempat untuk breakfast dan nak dinner pun boleh kat sini. Lunch kami makan dalam themepark.



Lift kat sini happening hahaha... Ada disco ball lagu rancak boleh joget dalam lift before sampai. Nanti boleh tengok video kitorang gelek hahahaha. Video kat end of post la illy citer habis dulu k?




Bilik best!! Kali ni dapat Adventure Room. Tema macam zaman firaun, pyramid. Dulu kami stay Pirate room. Dulu harga dekat RM900 juga satu malam. Sekarang ni memang masa terbaik korang cuti cuti Malaysia. Harga range RM450 camtu boleh dapat 1 malam and FREE plak 1 malam lagi.. Kalau melepas promo agak rugi la. Baik check website Legoland kalau dorang apa promotion lagi.


Sambung cerita pasal bilik, disebabkan kat sini memang family friendly. Ada double decker bed. Just nice kami ada two girls. Bawah tu pun ada extra bed lagi boleh tarik just incase.


Antara good memories kat sini involve this treasure box. Kena solve trasure hunt dulu baru dapat code untuk buka the chest. Kecoh kitorang cari klue. Good family bonding activities. Buka tu siap ada reward. Seronok anak illy dapat hadiah.



Ni view from another angle. Ada TV juga and ada puzzle bawah tu then ada banyak lego decor. Memang kid's dream room.


Safety box pun ada, awal dah pesan kat anak illy jangan main tekan nanti tak tahu password haha.. then ada kettle, air, illy suka kat sini ada bagi vico sedap!! Lama tak minum vico.





Toilet selesa, bersih, kemas. Toileteries lengkap dan sinki budak pun ada. Dorang happy jadi rajin plak gosok gigi duduk sini hahaha..



Petang tu lepas check in kami pergi Sealife Malaysia. Anak illy dah tak sabar, segala figurine dorang nak bergambar. Adik siap boleh borak plak dengan lego man kat sini. Dia budget member - member tu agaknya.



Datang kat sini bukan budak jer teruja. Mak ayah budak pun excited. Banyak info boleh belajar. Kenalkan dorang tentang hidupan laut. Adik melompat happy nampak seahorse. Sebelum tu nampak dalam buku or cartoon ni memang nampak depat mata macam mana dia swim and tidur. Very informative trip kali ni expecially for kids. Kakak pun happy dapat pegang starfish.



Ada interactive sections, boleh colour dan tengok sea creature yang kita buat tu come alive kat screen. Yang ni pun seronok juga.


 Dalam Sealife sentiasa ada reminder pasal social distancing dan hand sanitizer pun everywhere.


Tunnel ni antara port ootd yang best kat dalam Sealife. Masuk banyak kali pun still adore lagi pandang ikan berenang tu boleh jadi macam tenang sangat.


 Kan dah kata hand sanitizer memang banyak dalam ni.


Dah nak keluar tu nanti boleh lah nak print gambar untuk souvinier ke nak beli buah tangan ke. Banyak toys comel semua kat sini. Lego set macam - macam, geram jer nak borong. Biar bertambah botak husband illy tu hahaha..



 Kitorang lepas tu terus gerak early dinner. Ada few set kat sini boleh pilih. Kami cuba appetizer mushroom soup. Sedap sangat! Memang terasa mushroom tu very creamy tapi tak muak. Sementara menunggu tu anak illy colour2 atas meja tu. Bagus tau buat alas meja macam ni. Dia ada activity tak bosan. Kita as parents pun tenang sikit  tak penat jawab soalan LOL.. siapa anak umur nak membesar ni mesti paham berapa banyak soalan kita as parent nak jawab sehari.. boleh tercabut telinga kalau yang tak sabar hahahaha..


Ni nama dia Asian Seafood Fried Rice kalau tak silap. Pun best, kitorang mintak pedas, terangkat dia punya pedas. Thumbs up kami bagi. Terima kasih Chef dan team Legoland masak sedap untuk kami.


Untuk dinner set dia sekali dengan dessert boleh pilih. Kami ambik macaroon dan carrot cake. Cantik decor :) Rasa pun sedap tak manis sangat just nice. 


Malam tu budak tidur berdengkur sampai bilik kami pun dengar. Rasakan biar dorang penat. Dia tak tahu esok satu thempark nak jalan hahaha... best tau budak2 tidur awal, again parents pun boleh rehat awal.

Ni set breakfast. Ala - carte buffet. Tinggal duduk kat meja dorang hantar everything. Nak tambah banyak kali pun takda hal.


illy setuju cara breakfast macam ni. tak membazir, dan lebih tenang. Duduk jer, orang hidang. Staff pun semua rajin, minta apa cepat jer sampai sekali dengan friendly. Zandria tu ayah dia tengah ambik gambar dia tak sabar terus nak capai apple. Zandria ni species suka makan masam.


 Johan punya breakfast. Beratur sosej tu dorang susun serving macam ni.

 Sofea pilih mee goreng, udang besar dua ketul atas tu. Sofea cakap very delicious!

illy suka classic. Nasi Lemak la baru breakfast tu pasal badan i pun dan nak jadi masi lemak hahaha.. Sambal tu boleh minta refill banyak kali bagi yang suka pedas cam illy. Ayam berempah tu pun sedap juicy dan berasa.


 Masuk Legoland Themepark pun SOP bagus sangat tip top, nanti boleh tengok kat video. Ni kami tenogk opening show. Seronok anak illy asyik senyum jer masuk. Seoronok tengok dorang happy.


Nanti boleh check setiap area kat sini ada games dan min height. Adik dah nak masuk 4 tahun so banyak game dia boleh naik. Kakak memang banyak lepas. Cepat giler dorang ni besar. 


Mula tu kami pergi driving school. Bagus tempat ni sebab masa dah balik Legoland pun dorang ingat apa dia belajar. Nampak traffic light stop dia siap remind kita stop, green jalan. Kadang - kadang trip macam ni bagus untuk education anak - anak.



Ada 2 bahagian kat sini untuk bawah 5 tahun dan atas 6 tahun. Yang kecik belajar basic, yang dah besar skit belajar banyak lagi sign. As parent illy suka, sebab ada educational play kat situ. 


 Kat sini pun best, naik tren pusing - pusing.

Before masuk setiap ride, wajib sanitize hand. Setiap seat pun dah sanitize for every user tau. Nampak usaha Legoland betul - betul care pada customer.




Nanti naik train tu, boleh tengok view. Semua tempat rasa macam nak ambik gambar kat sini.



Lepas tu kami pergi main yang game bomba ni. Naik macam truck tu pastu pergi kat tempat kebakaran then tembak air. Seronok family fun sebab ajar team work antara family members.



Pastu kami naik helicopter ni pula. Adik cakap 'this is awesome!' 'seronok sangat dia satu hari tu. Hopefully dorang bawa good memories ni sampai ke besar. Amin.



Then kami pergi tengok show pula. Kat sini boelh beli popcorn dan air boleh bawa masuk tengok show. Sedap plak tu popcorn panas. Nanti boleh check show timing. Kami ambik show pukul 12 just beratur masuk.


Seronok tengok show ni. Zandria cakap best friend dia kakak. Chewaah sweet jer. Masa show ni nanti ada menari, nyanyi budak memang suka lah. Boleh berangan.


Game ni pun best, masuk tu then tembak - tembak. Boleh tengok siapa dapat markah tinggi tembak pakai laser, seronok even untuk orang dewasa.


Muka kakak yang innocent sebelum dia menjerit kat atas game tu. Dia tak tahu tu, dah la dia jenis gelabah hahaha.. dia jerit punya lah kuat. Adik before naik tu dah tanya, are you sure its going to be fun? yang ni thrilling juga weyh. Terangat tau rasa masa dia jatuh tu. Kakak terus tak nak naik dah hahahaa... lawak. 


 Kami decide makan burger for lunch. Burger tu rupanya ikut konsep ninja kat legoland ni ada bread warna merah la tu kan? Satu illy nak puji Legoland ni enviromental concious tau. Bekas mostly paper, susah nak jumpa pastic. Botol air pun dia jual bekas tu then tinggal nak refill. illy notice effort macam ni memang bagus.




Dalam ni penuh tempat nak ambik gambar. Pastikan memory cukup before nak datang Legoland. Beratus gambar kami hahaha.. yer la kenangan nanti dorang dah besar time ni la paling berharga.



Tower ni pun seronok boleh tengok view seluruh Legoland. Pusing macam kat Menara Taming Sari yang kat Melaka tu. Dalam ni ada aircond hehe..


Sebenarnya besar juga kawasan Legoland ni. Tak explore habis lagi, simpan sikit untuk explore esok sebab anak illy pun dah excited nak masuk Legoland Water Park. Kalau nak tengok picture ni lebih jelas boleh click jer kat gambar tu k. 



Ni entrance belah kiri kalau nak ke Legoland Water Park. Nanti ada tempat locker untuk simpan baju, belakang tu nanti ada changing room Nak sewa cabana pun boleh. Nampak ada peti sejuk dalam cabana tu, dan boleh zip tutup jadi kalau nak breastfeed anak pun selesa.




Air memang heaven bagi budak - budak. Anak illy bagi baldi dengan air pun dah happy ni kat pula bawa pergi Water Park. Dorang memang enjoy dan illy suka tengok space dorang jaga, setiap spots ada time limit dan limit orang dalam tu berapa. Water Park punya attraction ada untuk setiap jenis umur. Tempat baby pun ada, yang kids umur kakak pun ada, kalau nak thrill lagi pun ada. Kami paling suka yang terapung badan dalam float kat river tu. Walaupun mula tu adik buat drama takut nak masuk float. Lepas pujuk, staff Legoland punya lah baik, datang duk bagi semangat pujuk adik baru dia cuba. Dah cuba tau pun seronok. Time macam ni penting untuk emotional development. Nak train dorang berani mencuba.




Snacking kami ambik set goreng - goreng macam ni. Sambil monitor anak swim, mak nyer excercise mulut. Kunyah makanan. Tapi comel tak fries bentuk lego tu? Cute giler!



Okay dah settle tu, kami naik bilik rehat pastu bersiap untuk dinner. Ni set dinner, ada banyak set lagi la. tapi yang ni just nice kena dengar selera. kami makan light sebab kenyang lagi makan ayam goreng. Then malam tu pun kami plan nak jalan bandar johor round dalam kereta pastu nak cari seafood supper. Tapi kalau anak korang dah flat penat sehari berseronok kat Theme Park then senang turun kat bawah dinner pastu naik. Kalau lagi penat, malas nak turun order jer room service. Boleh makan sambil tengok tv dengan anak - anak. 


Tonight kita makan chicken soup. Nutritious!

 Kenal tak? Sedap punya pasal malam ni pun kami order Asian Seafood Rice.

 Anak illy ambik kid's meal pasta. Besar la portion dorang kat sini. Pasta ni licin anak illy makan.


Check out nanti boleh drop jer kat sini. Kami check out, then terus masuk Legoland Theme Park, nak repeat lagi mana yang tak sempat try semalam tu then plan nak lunch kat dalam before gerak balik kl. Kasi budak ni betul - betul puas.


Dah la dapat pergi Legoland, daddy belanja ice cream plak. Memang heaven jadi dorang ni. Tenogk asik senyum sampai kembang hidung kemain happy. Kat sini illy terjumpa teh tarik ice cream, sedap plak tu apesal kat tempat lain tak jumpa hahaa..


Daddy order family set. Ada dapat pasta, chicken wing, pizza, dan air semua lengkap. Kenyang tersandar kami.


Pizza tu charcoal base, good for health tu. Cheese pun tak kedekut banyak tabur kat atas. Berbaloi set ni RM100 tak silap.


 Bagi dorang main game lagi, layankan anak - anak sekali sekala.

 Game naik boat ni best. Rasa nak repeat lagi.

Alhamdulilah time well spent kat Legoland. Seronok, rasa boleh repeat lagi. Patut la banyak iklan pasal unlimited annual pass. Memang seronok, nanti boleh la tengok yang tu, ada promo sekarang ni untuk unlimited annual pass. Boelh pergi banyak kali yeay!!

Overall, kami semua happy, hotel pun selesa, pasal hygiene pun terjamin, makan sedap, ride semua seronok dan banyak anak boleh belajar. Okay tu jer la illy nak share kali ni. Nanti jangan lupa visit link kat bawah tu semua untuk more info k?


Safety Protocols :  https://www.legoland.com.my/planning-your-visit/safety-measure/
Legoland Malaysia FB : https://www.facebook.com/LEGOLAND.my/
Legoland Malaysia Instagram : https://www.instagram.com/legolandmalaysia/
Legoland Malaysia Website : https://www.legoland.com.my/



As promised, ni vlog video pengalaman kami ke Legoland Malaysia. Happy Watching! Sebelum illy nak wrap this post, nak cakap thank you tau sudi spend time baca illy tulis ni. Harap membantu kalau korang plan nak bawa family bercuti. 

Till next blogpost, smile and take it easy! 

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)