Pengalaman ke Johor - 8 List Tempat Menarik, Wajib Singgah!

Pengalaman ke Johor List Tempat Menarik, Wajib Singgah!

Assalamualaikum dan Olla Everyone! 

Ni dah musim cuti sekolah kan? Kalau ada yang plan nak ke Johor, illy ada cadangan beberapa tempat menarik yang korang boleh masuk list wajib singgah. Serious best and paling penting family friendly. Sesuai nak bawa anak berjalan dan cuba aktiviti lain dari yang lain. 


No 1 : Laman Mahkota Istana Bukit Serene 

Laman Mahkota Istana Bukit Serene

Ni tempat wajib datang kalau ke Johor. Nak datang tengah hari pun boleh, nak santai datang malam pun boleh. Ada parking luas disediakan yang lokasi betul depan istana. Mahkota tu adalah replika sebenar Mahkota Sultan Johor yang di reka khas oleh pereka yang sama untuk Mahkota Queen Elizabeth. Cantik permandangan di sini dan kat tepi tu pun ada air panjut, bawa budak seronok boleh main tepi air pancut dan ambik gambar. Kalau nasib baik mungkin boleh jumpa Sultan Johor sendiri sebab dikatakan Sultan kadang ada keluar dan datang jumpa rakyat di bawah replika mahkota. 




No 2 : SeaLife, LegoLand 




SeaLife Johor

Ni masuk kali kedua illy pergi ke Legoland. Dah sampai johor kalau ada budak memang rasa wajib la pergi Legoland. Tapi ni first time masuk SeaLife. Dulu belum ada lagi SeaLife kat Legoland. 


SeaLife Johor

Masuk jer nanti memang budak ataupun mak budak pun akan teruja. Banyak boleh belajar tentang hidupan laut. Tempat pun dijaga dengan baik. Boleh la kalau nak ambik gambar kenang - kenangan dengan lego man yang comel ni. 


SeaLife Johor


Section kids pun sangat interactive. Yang ni kalau anak illy mahu berejam duk sini. Nak plak si Sofea tu memang minat melukis mewarna. Kat sini anak - anak boleh warna hidupan laut yang mereka suka dan hidupa laut tu akan menjelma di main screen. Canggih sangat. 


SeaLife Johor


illy dah letak terus harga ticket senang korang nak planning. Untuk Malaysian ada special rate tau. Nanti boleh visit website Legoland Malaysia untuk info lanjut dan promosi. 


No 3 : Vrinity Malaysia, Medini Mall 

Vrinity Malaysia, Medini Mall


Bagi yang ada anak remaja atau pun korang sendiri budget remaja hahaha boleh visit Vrinity Malaysia. Ni first tau outlet di luar Korea hasil kerjasama antara Malaysia dengan Korea. Terbaik tempat ni. Lokasi betul depan sikit lagi dari SeaLife. Betul dalam Medini Mall. 


Vrinity Malaysia, Medini Mall
Serious syiok. Naik roller coaster VR yang punya lah real. Rasa macam nak terpelanting hahaha.. Husband illy naik menjerit cam awek. Kat sini boleh pilih nak mabik terus main semua jenis virtual game pun boleh atau nak per attraction pun boleh. Alang - alang, illy suggest ambik try semua. Ada game sport, ada tembak - tembak tapi paling wajib try yang roller coaster tu. Harga pun berbaloi start dari RM35 satu game. Kalau check website sekarang ni tengah promo ada yang per game dari RM75 jadi RM30 pun ada. 


Vrinity Malaysia, Medini Mall

So, tunggu apa lagi? Kena masuk dalam must visit list sementara tengah promo ni. Boleh berangan jadi askar cam adik ni. Kemain illy tengok dia main tembak hahaha.. 




No 4 : Skyscape @ Menara Jland



Skyscape @ Menara Jland


Amacam view? Stylo tak stylo? Ni real tau aerial view. Boleh nampak seluruh Johor Bharu siap nampak Singapore lagi tu. Memang pengalaman indah. View dari tingkat 34, mesmerizing tu jer nak cakap. 


Skyscape @ Menara Jland


Skyscape @ Menara Jland


Kat SkyScape ni bukan setakat view cantik. Ada juga Led Tunnel, boleh ambik gamba instagram macam artist k-pop. Lepas tu ada juga floor interactive games, untuk main sementara tunggu turn nak naik Skyscape. Bagus la sebab kalau bawa budak memang attention span tak lama kan, so ada aktiviti dia nak main sementara menunggu. Kat atas tu ada juga Virtual Reality Games main hunting Zombies atau pun roller coaster, nak try skiing pun ada. 


Skyscape @ Menara Jland
Paling illy suka mesti lah view dia kat Sky Bridge ni, lantai kaca tau. Dia boleh kabur atau clear kan, bagi yang gayat jangan pandang bawah hahaha.. Sebenarnya ada juga disediakan observation deck kalau yang seram nak naik bridge masih boleh nikmati permandangan from the observation deck. 

Skyscapes punya waktu operasi bermula 9.30 pagi sesi pertama dan sesi pada pukul 8.30 malam. Setiap sesi diberikan waktu 2 jam. Jangan lupa masuk must visit list k? Harga untuk malaysian special rate RM 28 untuk dewasa, RM18 untuk kanak - kanak umur 3 hingga 11 tahun dan warga emas hanya RM23 sahaja. 




No 5 : Taman Buaya Teluk Sengat  

Taman Buaya Teluk Sengat


Taman Buaya Teluk Sengat

Jangan lupa masukan Taman Buaya Teluk Sengat dalam must visit list. Sesuai untuk bawa budak belajar tentang buaya. Taman ni dah diusahakan oleh 3 generasi. Lokasi di Teluk Sengat. Waktu Operasi 9pagi hingga 7.30 petang. Nampak baju dress maroon tu? Tu lah dia Ratu Buaya. Nanti boleh tengok insta stories illy dan juga youtube nak tahu lebih lanjut dengan sendiri pengalaman madam. 


Taman Buaya Teluk Sengat
Johan ni suka over tau. Tengkorak buaya boleh la berani pegang, suruh pegang buaya hidup yang baby pun dia duk jauh. Dia cakap tak boleh buaya tu tahu kalau kita debor hahaha.. 


Taman Buaya Teluk Sengat

Sepanjang perjalanan di Crocodile World atau Taman Buaya Teluk Sengat, ada banyak board informasi macam dalam gambar ni. Banyak ilmu tentang buaya yang pasti korang akan dapat. Kami pun baru dapat tahu kalau buaya betina nak mengawan dia keluarkan bunyi macam harimau. 


Taman Buaya Teluk Sengat


Buaya bole hidup lebih 100 tahun, ada buaya yang berumur 150 tahun pun ada dalam jagaan di taman ni. Atas darat dia boleh berlari kelajuan 17km sejam. Johan cerita dia kalau bawa basikal paling kaju kayuh 18km sejam kalau turun bukit, bayangkan buaya selamber boleh lari 17km sejam tu atas darat tu kalau dalam air tak yah citer lagi power boleh sampai 30km sejam. Di sini ada lebih seribu ekor buaya dia jaga oleh Madam dah keluarganya. Harga masuk sangat perpatutan RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak - kanak. 



No 6 : Desaru Fruit Farm



Desaru Fruit Farm


Tempat ke 6, wajib masuk list untuk korang lawati Desaru Fruit Farm. Yang ni best sebab banyak buah. Yer la yang duk bandar bukan kenal jenis pokok. Selalu jumpa buah kat supermarket bukan kenal pokok dia sebenar macam mana kan? Bagus bawa anak untuk trip lawatan sambil belajar. Jadi cuti tu tak kosong, bukan jalan semata siap dapat ilmu. 



Desaru Fruit Farm

Desaru Fruit Farm ni ada market tempat jual buah yang ditanam. Dusun buah 100 ekar, punya lah luas. Tengok nangka dah macam nangka giant. Satu kampung boleh makan nangka ni. Harga buah kat sini pun amat berpatutan. Illy obvious jakun tak pernah jumpa nangka besar camni.  



Desaru Fruit Farm

Desaru Fruit Farm

Kat depan market ada juga jual kuih kapit yang dibuat fresh depan mata. Satu balang rm18 kalau ambik dua balang rm30. Terus illy minta johan belikan 2 balang. Yang satu balang tu dalam van pun dah habis. Sedap laaaa, crunchy pastu tak manis sangat.  



Desaru Fruit Farm

Ada fruit buffet tau, boleh makan buah sampai lebam. Hentam lah selagi muat perut. Senang citer haritu memang cukup segala jenis vitamin masuk dalam badan. 


Desaru Fruit Farm


Desaru Fruit Farm Lunch
Kalau datang berkumpulan, bawa orang tua atau pun sedara atau pun kawan illy suggest ambik package yang ada makan tengah hari sekali. Sebab menarik tau menu makan di Desaru Fruit Farm ni. Paling illy suka sotong tepung dengan sos buah naga. Tempat lain takda macam tu. Yang asam pedas tu pun bukan pakai asam jawa pakai passion fruit/buah markisa. Tom yam pun pakai air kelapa, nanti datang ke Desaru Fruit Farm boleh cuba. 


Desaru Fruit Farm





Selain ada makan - makan, dan juga tour naik lori di sini pun ada ATV ride sekeliling kebuh buah. Memang pengalaman yang unik. Sesuai untuk aktiviti keluarga. Jangan racing tau, kena dengar cakap guide. 


Desaru Fruit Farm Price

Okay, illy dah ambik gambar segala package boleh la kalau korang planning nak ke Desaru Fruit Farm ni. Alang - alang dah sampai Johor ambik package B yang lengkap tu jer la, berbaloi. 


No 7 : Muzium Kota Johor Lama


Muzium Kota Johor Lama


Muzium Kota Johor Lama

Bagi peminat sejarah, boleh melawat ke Muzium Kota Johor Lama. Johan lah paling seronok bila bab sejarah ni. Dia orang jenis fact and figures. Suka tahu bab sejarah, setiap kali pergi mana mesti nak singgah muzium sampai illy tak minat sejarah pun jadi minat sebab asyik ikut dia. 


Muzium Kota Johor Lama ni special sebab ni betul - betul lokasi sejarah. Masuk jer kawasan akan terus dapat rasa the ancient energy. 



Muzium Kota Johor Lama


Elok plak kucing tu masuk photo bomb aku punya gambar ni. Kat muzium ni boleh tengok artifak yang ditinggalkan dari zaman Johor lama. 



Lupa plak nama abang ni. Dia banyak kongsi ilmu tentang sejarah. Boleh datang tengok sendiri hasil tinggalan tembok Istana Johor Lama. Ada tiga jenis batu yang dipahat dan dibuat tembok. Terselit juga kat situ abang Hakimi tengah posing cam model dan OD yang khusyuk dengar cerita sejarah. 


No 8 : Desaru Coast Adventure Park

Desaru Coast Adventure Park


Desaru Coast Adventure Park


Desaru Coast Adventure Park, yang ni jangan cakap budak orang besar pun rasa tak nak balik! Dah sampai Johor kena lah pergi ke Desaru, dah sampai Desaru berdosa kalau tak singgah Desaru Coast Adventure Park. Suka hati aku mendosakan orang hahaha.. nak bagitau penting datang. Ni themepark paling besar paling baru di Johor. Kalau dah sampai Johor rugi tak pergi. 


Ada banyak hotel sekeliling, paling berbaloi kalau tidur kat Hard Rock Desaru sebab dalam multiple same day entry termasuk harga bilik. Cerita pasal Hard Rock nanti illy review special. Ni citer pasal water park dulu. 


Desaru Coast Adventure Park


Kat sini buka dari 10 pagi hingga 6 petang. Harga ticket RM121 pemegang MyKad untuk dewasa dan RM90 bagi budak dan warga emas. Tapi kalau nak two day pass ke atau promo terbaru boleh check website click kat sini  lah terus. Illy suggest duk Hard Rock jer la senang nak keluar masuk. 





Desaru Coast Adventure Park

Taman ni besar dan ada banyak rides yang boleh cuba. Anak illy rasa payah giler nak ajak balik kalau bawa masuk ni, hahaha... illy suggest pergi pagi, enjoy satu hari suntuk boleh cuba macam - macam jenis ride. Kat sini pelampung memang dah masuk dalam harga ticket jadi tak perlu nak bayar extra atau nak heret pelambung sini sana. 

Okay tu jer la nak share kali ni, serious next datang Johor nak repeat lagi semua tempat ni bawa anak illy dan parents pula. Banyak lagi tempat menarik di Johor, kali ni illy share yang ni dulu k. 

Tunggu posting tempat makan menarik di Melaka pula menyusul lepas ni. Sementara tu jemput like instagram dan follow youtube illy untuk lawati tempat - tempat menarik dan port best!





Comments

Popular Posts