Pengalaman ke Pesta Angin Timur di Perlis - BEST GILER!

Mar 4, 2020




Assalamualaikum and Olla everyone! 

Rasa nya before korang start baca blogpost kali ni better pergi buat air dulu. Entry kali ni panjang sebab banyak yang best kat Perlis sebenarnya. Last time illy datang Perlis dengan family ada urusan sikit sekali dengan berjalan masa tu musim padi baru nak naik semua tempat menghijau. Korang kena check musim apa before datang tau. Mana tau time nak pergi tu musim harum manis perghhh.. Citer dia datang dua kali tapi dua pengalaman berbeza. Perlis is so small but have sooo much to offer! 

Kali ni illy datang join Tourism Malaysia, thank you Kak Wawa! Okay sambung citer, kitorang gerak pagi boleh expect 7 or 8 jam perjalanan. Tengok la kalau korang drive cam F1 mungkin 10 minit. LOL gurau.. 





Kami stop kat Rumah Makan Pak Long, kemain lah rasa selamat penuh tentera makan kat sini juga. Rupanya dekat dengan tentera punya base camp. Search jer la rumah makan pak long cawangan kulim nanti jumpa. Tak ka semua menda nak suap. rajin skit LOL 



Sini lauk campur, pastu special ada ikan bakar and sotong bakar. Harga pun okay boleh la kalau korang tak nak makan kat perhentian ramai orang ke, boleh gi sini. 



Alright, kita dah sampai di Putra Regency Hotel, Kangar. Luas lega selesa. Rate dalam RM160 satu malam. okay kan? Last time kami tidur rumah cari air bnb ala- ala kampung tepi sawah. Ikut korang lah nak tidur macam mana. Ikut which experience yang korang prefer. Nak citer hotel ni okay luas, cuma satu jer, illy nasihatkan bawa extension plug. Kalau bawa banyak device nanti nak charge senang. Ni lah tempat kami bermalam for 3 nights. 

Putra Regency Hotel
Alamat : 135, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis
Phone: 04-976 7755



Bagi minum petang kami ke Ladang Nipah Kipli. First time ni nak try. Apa special kat sini? Bak kata Sofi kami punya pemandu pelangcong dari Unic, sini sepcial air nira. Nak tahu air nira tu apa? Japgi illy citer. 


Sebelum tu, boleh layan gambar perasan satu hahahaha.. Banyak port instagram tau kat perlis ni. Ni ambik depan kedai jer ni. Bagi yang nak up kat instagram game, boleh visit perlis banyak port instagrammable. 



Okay sambung citer, ni buah nipah tu kalau time muda. Nannti besar dia jadi warna brown. Japgi tunjuk. 


Nampak belakang tu seketul brown tu? tu kalau dia dah besar dah matang. Nanti kena potong dahan tu, bersihkan pastu ikat camni satu malam. Esok bangun gi kutip air nira. Katanya orang kerja swah suka minum air nira untuk sejukan badan. Siapa sakit urat pula better avoid tak sesuai. 


Ni dia pakcik Kipli. Dari sikit sampai beratus pokok nipah di tanam untuk supply pada kedai. Sampai ada order air nipah dari petani lain juga. Suka tengok orang berjaya. Sebab tahu bukan senang dan kena kental. Good job pakcik! 





Pulut udang 50 sen weyh, kat kl mana nak cari. Dah sedap pastu gemuk, isi banyak cara ikat tu pun klasik pakai lidi, Kalau kat kl semua stapler. Serious lain dia punya feel. Walaupun menda nampak kecik tapi main peranan. Kat sini orang makan laksa dengan pulut udang. Kena cuba tau. 


Masa pergi ni illy sakit tekak, mak kata sakit tekak ubat dia lai chee kang hahahaha.. entah la gua bedal jer. Kalau datang kedai Ladang Kipli ni boleh cuba tau. Ada banyak lagi menu. 



Ni lah air nira tu. Takda campur air atau gula, pure neat. Tu illy pegang buah nira. Rasa dia manis, macam ada rasa kelapa campur air mata kucing. Ha.. macam mana tu, boleh bayang tak? Bila lagi nak cuba. Datang perlis wajib cuba tau. 



Dalam menu dia ada tulis pulut ayam. illy ingat ke pulut gulung bakar tu ada inti ayam. Sekali nah..... pulut berlauk ayam style thailand tu ha... kanf perlis ni sebelah jer thailand jadi ada unsur makanan siam juga. Ni kawan- kawan order kita tumpang try. Dia makan cicah dengan sos thai. 



Laksa Perlis pula, bantai.. Orang kata jangan tolak rezeki. Makan jer, nanti boleh exercise hahahaha.. 



Semua dah tambah setengah kilo masa ambik gambar ni. Kenalkan Grace dari tepi kiri, then abang botak, then illy comel, pastu kak wawa dan juga my step mum Vanessa. Yang lain tengah sibuk guling kat sawah ambik gambar instagram. 


Ladang Nipah Kipli
Alamat: 02700 Sanglang, Perlis
Tel: 017-430 6245


Sunset in Perlis gitu... Kat sini boleh la kalau nak melawat Masjid Terapung, gi jalan Kuala Perlis tepi pantai. Ada yang main layang - layang musim angin timur. Duk membesar kat Malaysia, baru sekarang tahu Perlis ada musim angin timur. 



Alirght bebeyh, kita dah sampai di PESTA ANGIN TIMUR 2020 (PAT 2020). Tapak sawah di ratakan pastu buat lokasi event. Besar tau kawasan dia. Kat Perlis illy dapat tahu yang time musim angin timur selalu nya siang panas and also masa ni petani banyak rehat sebab tak boleh nak usahakan sawah. Initiative event dari goverment macam ni banyak membantu penduduk jana pendapatan. Next time ada Pesta Angin Perlis korang gi juga tau. Banyak menarik kat sini serious. 


Banyak agensi goverment datang buat pameran. Macam ni Jabatan Perhilitan ada tunjuk kulit ular sawa. First time ni illy pegang kulit ulat sawa. Tebal rupanya, ada siapa nak tolong buatkan beg? 


Mesti la kasi up gambar banner Tourism Malaysia hehe.. Thank you tau Tourism Malaysia especially kak wawa yang banyak make sure kitorang have fun selama di Perlis. Unic Travel Agency pun bagus, staff semua sempoi. Gi stalk instagram dorang alau nak booking trip best camni. https://www.instagram.com/unicastanaholidays/



Sape lak botak ni. Kecoh betul la. Dia malam tu tidur senyum dapat berangan rambo. Kat sini ada booth tentera. Best giler, paling banyak peminat booth ni. Ada boleh tengok makanan askar pastu pegang senapang nak naik lory askar atau kereta masuk hutan yang ada senapang kat atas tu pun boleh. Semua ni free jer, takda bayar apa pun. Memang rugi kalau tak pergi. 


Au dah kata, tang perasan botak memang champion. nama pun Johan LOL seyum tu kemain poyo hahahahaahhahaahahah


Cuba tengok illy, ha camni ala candid jer gitu.. ayu LOL  



Okay kita gi makan dinner plak. Nanti citer lagi pasal Pesta Angin Timur, 3 hari berturut pergi. rileks.. banyak lagi nak share belum illy share pasal gua kelam lagi.. tunggu.. tu cakap dah siang-siang, kena sediakan air before baca blog ni hahahaha... Kedai ni nama Asputra. 



Kat sini boleh cuba mentarang, sejenis seafood kawasan lumpur macam kepah pun ada macam kerang tapi lagi besar ada gambar dalam igtv nanti illy up. Lupa nak ambik statis picture hahaha.. sekarang korang hadap gambar dinner ni. Owner kedai siap belanja ketam telur masin. Alhamdulilah kenyang. Sambal belacan dia power. 

Restoran Asputra Ikan Bakar
Alamat: Batu 6 3/4, Jalan Kuala Perlis, Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis.

Tel : 014-342 2201



Good morning! Time for breakfast. 



Breakfast, illy cadangkan kena cuba Warung Tepi Sawah, memang betul tepi sawah. Kat sini memang korang pun tau banyak sawah. Yang ni extra special dia ada menghadap bukit. View yang kalau korang break up pun insya Allah terlubat luka. 


Yang ni lupa nama dia hahahaha... sae orang Perlis bagitau jap mana dia. illy makan ni sedap apam guling ke apa nama camtu lah. 

Last visit, illy memang perasan kat Perlis orang suka makan capati. Kalau nak breakfast like orang Perlis boleh cuba. 


Menu klasik pun ada, tengok ada ubi kayu tu... ikan masin pupn ada. Masuk jer kedai ada bau ikan masing goreng panas. Best giler. 


Apesal si faisal tu macam baru bangun tidur hahaha.. kak lily gak sempoi. Si vanessa dah macam power ranges nak bertukarrrrr hahahaha... 



Best korang, tak tahu lah macam mana nak bagitau tapi memang best giler. ni cakap best bukan sebab tourism malaysia sponsor ke sebab makan sini sedap ke apa, memang best.. ikhlas dari hati. Kenangan indah sangat trip Perlis kali ni. Kenal kawan baru, spend time together. Ni la tulis balik cam ada rasa sedih plak. 


Nanti kena cuba pekna.. cam lempeng. Dia tepek kat belanga, tu nama manja pekna. Boleh makan dengan kari atau sambal bilis. 

Ni roti bakar telur gedik. Vanessa kan dari US, dia duduk langkawi banyak tahun. Di tanya telur gedik tu apa.. dia sebut telur gedik pun aku rasa nak gelak dah. illy cakap telur is egg, gedik is like me. sambil goyang bahu cam tarian depan raja. satu table bantai gelak. 

Abih tu gedik tu apa, time2 tu plak i nak translate hahahaha.. sis cuba. 


Tengok ah view.. makan rumput pun sedap kalau view camni. Nak plak dapat pekna sambil menhirup teh tarik. 

Warung Tepi Sawah, Bintong
Alamat : Jalan Wang Ulu, Bintong; 01000 Perlis, Perlis, Malaysia
Tel: +60 11-1083 7769


Next kita gi Gua Kelam. Rupanya banyak port Gua Kelam ni. Last time illy gi Gua Kelam 1, ni masuk ke Gua Kelam 2. Nak masuk ni ada bayaran tak ingat berapa tapi boleh mampu milik dan amat berpatutan rasa RM5 ke apa macam tu lah. 

Sorry lah korang, illy vain. Illy punya blog ke insta ke mesti nak kena ada gambar perasan sekali sekala. Tips kalau nak masuk Gua Kelam 2 (adventure sikit) pakai seluar dan kasut tutup. Jangan pakai selipar tali cam illy haha.. Aku sibuk nak gambar nasib tak pakai dress kembang kembang masuk gua hahahaha..


Boleh masuk dalam ni untuk dapat info dulu. Antara info menarik, kat sini ada pokok bojak. Living fossil, sebab ada yang berusia beribu tahun time zaman dinosour dia dah buat pahala tukarkan cardon dioxide jadi oxygen untuk hidupan. 

Terima kasih semua termasuk Ketua Pengarah yang sanggup tu turun padang time hari cuti untuk sambut kami. Bawa tour dan explain kat kami. Nampak kesungguhan each person yang kerja kat sini. Even representative dari Perlis Clim Development pun memang very informative dan for those yang tak berapa experience masuk gua pun rasa berminat nak pergi lagi. Boleh check out instagram dorang for more info https://www.instagram.com/perlis_climb_development/



Kat sini boleh ambik gambar 3d juga, kalau minat. 

Nak perasan mandi bawah ar terjun tapi tak basah pun boleh. 

Tips nampak kurus dalam gambar, penyorok. nampak separuh badan hahaha.. 


Nanti kena pakai topi ni. sebab kat awal tu gua buatan manusia, maksudnya dorang dulu ada tebuk gua nak kasi laluan. Dia sorong timah keluar tu dia tebuk lubang pakai bahan letupan. Jadi laluan dia tak tinggi sangat. Kalau size illy okay tak yah tunduk tapi kalau yang tinggi takut terosak patah plak terkena the cave punya minerals. 


Lokasi Gua Kelam ni di Banjaran Nakawan, Kaki Bukit. Panjang sejarah gua ni. Dulu tempat ni salah satu tempat melombong biji timah. Very historical. Ni kami tengah dapat taklimat sebelum masuk. Nampak railing tu? Dulu ada kereta api keluar masuk, zaman dulu untuk keluarkan biji timah. Lepas tu ada buat untuk pelancong juga tapi gegaran banyak kali sehari tak sesuai takut nanti kerosakan pula pada gua. 


Tempat masuk ni berkunci untuk jaga khazanah kat dalam ni. Kalau nak masuk kena dengan guide yang experience. Boleh contact facebook  Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. 


Yang putih tu calcium carbonate formation. Ambik masa banyak tahun nak jadi macam tu.  Kagum tengok kecantikan dunia. Dia macam ada kilat2 shiny tau. 


Okay jom jalan, terima kasih Mohd Aizat dari Perlis Climb Development dan Ketua Pengarah dan semua staff Jabatan Perhutanan Perlis. Banyak ilmu dapat trip kali ini. 

Woi apa tu, apesal ada baldi bersalut shiny macam tu? Apa sahaja yang dilalui oleh air dalam gua ni lama - kelamaan akan jadi selaput macam tu juga sebab ada calcium carbonate. Masuk gua ni rasa macam imagine macam mana pekerja dulu yang di bawa masuk dari China, berjauhan dengan family di janji kerja di sini. Gua gelap dalam tu mana ada letrik, harapkan lampu minyak tanah. Keadaan kerja kena korek biji timah, dengan rindu keluarga lagi. Memang cekal. 

Ni mushroom dia panggil fluffy ke spongy mushroom la macam tu. Dekat kayu tinggalan rail, mushroom ni tumbuh. Banyak lagi kalau nak cerita pasal mushroom. 

'
Ni la lebih kurang antara yang boleh nampak kat dalam tu. Lubang banyak tingalal korek biji timah dulu. 


Ape ni weyh.... dorang citer ni piramid. Apa lah orang dulu letak susun banyak macam ni untuk apa? Jabatan tak buka benda ni sebab kalau dah buka nanti susah pula nak susun balik. Biar orang geology lah datang kaji. Kawan illy, Grace cakap ni mungkin kubur sebab kalau ada persembahan air macam tu kalau air tu arak then kemungkinan ni kubur. 


Bila bergambar laju jer senyum hahaha, semua dah bau ketiak tu sebenarnya hahahaha.. 

Apa ni suba teka, ni marble. Orang kaya mampu la pakai marble. Ni asal usul dia dari batu kapur. Kalau rakyat marhaen pakai cement sudah hahahaha... 



Ni gambar dah keluar Gua Kelam 2, memang seronok serious. Pengalaman yang indah sangat. Nanti boleh cuba pergi tau. Tak menyesal, best! 

Bagi yang minat lagi adventure ada route yang masuk air macam ni. Ni part keluar dia. Masa kami datang tu ada group lain pergi juga buat team building bagus tempat ni. 



Dah redah bukit, kita makan! Nak kasi ganti tenaga, top up balik. Kami ke Restoren Tok Mek, Jalan Kaki Bukit. 


Makan di kaki bukit nasi perlu la setinggi bukit juga. Baru ngam hahaha... jangan terpedaya, illy ada order ikan bawal goreng garing gak cuma tak sempat ambik gambar. Sedap tu goreng panas minyak banyak, ranggup sampai ke ekor. 


Restoren Tok Mek
Alamat: KM 17, Jalan Kaki Bukit, Kampung Padang Malau, 01000 Kangar, Perlis


Lepas tu kami balik ke hotel dan rehat before gerak ke Pesta Angin Timur untuk upacara perasmian. Yeay! nak jumpa Sultan Perlis. 


Kenapa pakcik ni pakai topeng merah pula ni? Ni mana dia Awang Batil. Tradisi punya persembahan ni. Awang batil ni dia memang akan pakai topen separuh muka merah pastu hidung panjang. Dia akan cerita tentang hikayat rakyat. Very klasik.

Trip kali ni, illy belajar banyak tentang kesenian negeri Perlis juga. Ada tengok pelbagai jenis tarian. Ada tarian som som yang penari semua kanak - kanak pun ada. 

Comel jer Sultan Perlis tengah adjust rambut. Ampun tuanku. Terima kasih belanja kami makan kenduri rakyat. Dengar cerita 4 ekor lembu tumpang untuk kenduri rakyat di Pesta Angin Perlis. Sedap masak kurma matching dengan ulam dan kuah asam keladi. 



Gambar sekitar majlis. Semua berjalan lancar dan memang illy tabik spring la kat orang Perlis semua. Sporting sempoi dan very friendly. 

Ada banyak booth kat Pesta Angin Perlis, ni ada Jerami Kingdom. Kalau nak posing dengan jerami boleh masuk dalam ni. Angin kuat tau, tu belum malam, lagi kuat angin pastu sejuk ada yang nak kena pakai jacket kalau malam. 

Dinner kami ke Hannah Cookies Coffeehouse. Kat sini dessert nampak menarik, cookie coklat dia pun sedap. Johan order Lamb grill, illy tumpang sikit sebab dah makan banyak kat Pesta Angin Perlis. Nanti tengok igtve berapa banyak makanan illy hentam, mana lah tak bambam. 

Nanti kat Perlis kalau teringin makan western food datang sini tau. 

Hannah Cookies Coffeehouse
Alamat : Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
Tel: 04-976 2790

Malam tu kami ada ke Kangar Street Art juga, nanti tengok igtv tau. Dia macam ada street art untuk instagram sia ada painting 3D. Art work anak muda tempatan cantik dah kreatif. 

Esok tu bangun jer terus gi pasar pagi. Kat Perlis, pasar pagi dia panggil NAT. Baru illy tahu. Kali ni kami dibawa pergi Nat paling famous paling besar kat Perlis. Nat Pokok Getah, Pauh. 

Apesal illy tak tau kewujudan tempat ni!!!! Kalau tahu dari dulu memang lama dah pergi. Dah la kami husband and wife memang suka gi market. Tempat terbaik nak belajar pasal sesuatu lokasi. 

Ada jual rokok tembakau wa cakap sama lu. Legend ni. Pakcik tu potong depat tu jer, nampak very fresh. Kat sini ramai yang suka rokok daun. Dauh tu daun nipah tu kalau tak silap illy. 

Bungkus apa tu kak, bagi saya dua hahahaha.. Suka jengok periuk tu ha... rasa nak peluk jer bawa balik kl. 

Nasi ayam seringgit weyh, nasi lemak bilis pun, macam mana nak tahan godaan. 

Tolong, aku tidak kuat nak menghadapi dugaan ini. 

Kopi kampung, mesin tepi tu fresh ikat terus masuk plastic. Kami beli tiga bungkus. Dia punya kaw naik terus rasa. 

Kat sini ada jual barang lama - lama macam pasar karat. Kawasan dia besar ada jual baju la, makanan la barang basah semua ada. 

Nak beli keris pun boleh. Kot la balik kl nak bersilat ke kan..

Breakfast, mee hoon sup bawah pokok getah, dapat kueh talam, kuih karipap kecik inti serunding, pulut ayam kari dan kueh kasuey. Lebar Johan senyum lepas makan. 


Ni buah apa siapa tahu? Nama dia buah kerdas. Potong racik, tumis ikan bilis tumbuk dengan cili padi dan bawang. Dah angkat perah limau. Amacam terliur tak? 

Ni karipap kecik illy cakap tadi tu. 

Ni kedai paling banyak illy borong, beli telur puyuh, acar, pekasam sampai beli 2 packet hahaha.. Puyuh tak beli tak reti nak masak. Bawa balik telur, anak ily start banyak soalan. Kenapa telur kecik? kenapa ada polkadot? kenapa kita makan baby burung? Poning menjawapnyer. 



Jumpe celak legend ni lah.. siapa mak dia atau nenek pakai celak ni? angkat tangan! mana ada maybelline dulu. Ini lah celak nyer. 



Sebelum balik kami ke Pesta Angin Perlis lagi, dorang semua tengah sibuk naikan layang - layang. Best banyak layang - layang. Kami pula sibuk berselfie gedik hahaha



Terima kasih Tourism Malaysia, Jabatan Perhutanan Perlis, Unic Astana Travel, dan semua yang terlibat pada trip kali ni. Siap dapat hadiah mangga Perlis Sunshine Gold. 


Balik rumah kena tunggu beberapa hari baru boleh buka mangga tu, sekali buka sedap nyer terus rindu Perlis. Anak illy thumbs up sedap sangat katanya. Ada video anak illy yang kecik sampai baring isap biji mangga. Kan best kalau boleh beli online, teringin la weyh..

Okay tu jer la nak cerita kali ni. Terima kasih banyak semua sudi baca blog illy. Harap perkongsian kali membantu kalau korang nak visit Perlis atau terpikir nak jalan mana pula next. Jom la pergi Perlis!  

Till next blogpost, dont forget to take it easy and smile :) 




No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)