KWC Fashion Wholesale - Tempat Shopping Raya yang Best!



Assalamualaikum and Olla everyone!

Korang semua macam mana? Steady? Korang jenis suka beli last minute atau jenis yang sebelum bulan puasa pun dah ready? Illy jenis medium, tengah orang kata. Tak awal sangat tak last minute sangat. Dulu pernah la juga busy sangat sampai malam raya baru sempat cari baju raya hahahaa... konon takpe lewat2 nanti banyak discount. Hampeh.. memang la discount sebab choice size yang design cantik banyak dah habis.. Lepas tu illy dah start belajar awal puasa or in middle dah boleh start cari barang skit. 

Kalau nak beli keperluan raya expecially baju kurung ke, baju melayu ke, boleh cari kat sini. Best la.. banyak sangat pilihan dan harga pun berbaloi. Tak percaya? 



Ni shopping dengan my friend Miera, dia nak cari baju raya for her and her daughter. You tengok set kebaya pink tu baru RM79.90 For those yang tak celebrate raya pun, beli untuk pergi open house or kenduri kahwin pun cantik. Material and cutting pun lawa. 



I dah 7 tahun jadi mummy. Dari I pregnant sampai la anak dah pandai bergaduh dengan I, memang I geram tengok baju budak. Mesti pikir dorang dulu. Kat sini baju raya girls cute sangat. Banyak colour pilihan dan tak perlu bersesak. Satu set ni baru RM40 tu belum beli borong lagi. Kalau anak 5 orang beli 2 set dah 10 set, boleh nego borong. Tu kelebihan kat KWC Fashion Wholesale sebab boleh beli borong. Bagi yang muda, tengah prepare nak kahwin. Yer la lepas raya selalu time tu la banyak kenduri kan? Kalau nak cari baju kurung bridesmade atau flower girls beli sini la senang nak cari. Design cute, jahit kemas, dan boleh beli wholesale. 


Tips, I suka pergi mall pagi. Kalau boleh time kedai baru nak angkat besi. Sebab masa tu tak ramai orang and peniaga pun tengah good mood lagi, nak tanya minta cari size ke apa dorang masih larat nak layan hahahaha.... Then orang baru start nak masuk mall, I dah settle. 


Seronok teman Miera, dia jenis shopping cepat cam ni juga. Tengok sini tengok situ, cari size bayar. Next.............. hahahaha... ada orang shopping suka tengok dulu semua kedai then baru decide cari kedai mana yang betul nak. Ikut korang la cara macam mana pun janji happy. 


Macam - macam jenis bottom ada, kain renda la, kain satin la, kain design pattern pun ada.. Harga pun tengok sendiri. Macam shopping kat Chatuchak harga dia. 


Pilihan dan design menanti korang. Best tengok belek. Adik kat tepi tu memang tengah tungu mak dia shopping tu agaknya. 


When it comes to SOP, I nak say thank you kat Miera sebab selalu remind I untuk scan. Yer la I ni jalan dapat keluar semenjak covid, so masih terlupa untuk scan sometime. Yang bagus kat sini memang semua kedai patuh SOP dan display mySejahtera code. 



Cute tak? Yang ni siap ada manik, kain organza ropol harga RM70. Memang worth it teramat sangat. 


Antara pilihan yang ada. Illy beli baju kotak2 purple tu, RM18 sehelai. Kain dah la lembut, tulis blog ni pun ada terasa nak pergi lagi hahahaha... Sebab banyak lagi floor tak habis explore haritu. 







As you can see, memang amat banyak choice. Dari pakaian lelaki casual, baju boys or girls, kasut budak, kasut orang dewasa, handbag, beg galas, dan macam - macam lagi. Tempat shopping mampu milik yang selesa, bersih dan memang illy recommend sangat. 






By the way nak share ni, sekarang KWC ada buat 'Mekar Di Aidilfitri' promotion. Dari 1 April hinggal 31 Mei. Sepanjang promo ni, 

    • akan boleh redeem free gift. Spend above RM 200, atau spend above RM400. Banyak hadiah menarik macam Set Pelangi Penyedut Minuman, Bakut Kuih, Pengisar Buahan Mini, Mini Speaker.
    • Contest OOTD #KWCStyleRayaku #KWCFashionWholesale
    • dan macam macam lagi aktiviti menarik. 
Boleh follow dan check out FB https://www.facebook.com/KWCfashionwholesale atau Insta https://www.instagram.com/kwcfashionwholesale/ untuk maklumat lanjut.  Nak tengok apa illy beli? Scroll ahead.. hehe 



Baju kurung set RM55, baju tidur budak RM10 satu set. Illy beli 4, sorang dapat 2 pasang. Murah kan? Baju tidur budak satu set RM10 memang worth it.


For baju kebaya illy tu lace tau, harga RM80 satu set dengan kain batik dah siap jahit. Baju kebaya budak satu set RM40. Illy selalu cari budak punya baju dulu, dapat dorang baru cari illy or johan punya sebab dewasa macam lagi senang nak cari. Ingat nanti nak pergi lagi la.. nak cari keronsang dan hair clips untuk budak. 

Okay tu jer la nak share kali ni. Harap bermanfaat. Kalau korang nak shopping baju raya boleh pergi KWC Wholesale Fashion tau! :) Till next blogpost, smile and take it easy. 






Comments

Popular Posts