Jom Shopping Raya dan Buka Puasa di Setapak Sentral



Assalamualaikum and Olla everyone! 

Tinggal lagi 2 minggu lebih sikit lagi dah nak raya, nak citer ni kalau korang tengah cari idea nak buka puasa kat mana atau nak shopping kat mana untuk keperluan raya. Illy suggest baik korang pergi shopping dekat Setapak Central. Banyak promotion menarik. Dah memang nak spend pun kan, baik pergi tempat yang berbaloi. 





Serious berbaloi shopping kat sini. Dah la tempat pun selesa and parking pun senang. Yer la kalau pegi shopping mall yang crowded nak cari parking pun dah satu hal. Nak terpusing - pusing sampai sejam semata nak cari parking tu benda yang paling illy menyampah hahaha bazir masa jer tau. Masa itu wang, so jangan nak membazir. Kat Setapak Central ni ada banyak brand dan pilihan. So buat apa nak membazir masa cari parking kat tempat lain kan? 



Kitorang bukan sekali tapi sampai tiga hari berturut pergi Setapak Central buka puasa. First sekali kami pergi Fish & Co. Sekarang ni mereka ada promotion semperna buka puasa tau. Ni semua dalam gambar ni termasuk lah juga ada dessert Waffles dengan harga RM199.00 


Masa pergi buka puasa tu ada kawan - kawan blogging illy sekali join. Ruby dan juga Ellie Toh. Tu yang budak - budak ni happy dapat jumpa kawan - kawan gak. Kenal Ruby dari zaman illy takda anak sampai lah ada anak dua orang. Umur anak kami pun dekat so everytime datang event, budak ni pun dah jadi kawan. Illy bersyukur dengan kerja blogging illy ni dapat kenal kawan yang baik - baik. Anak illy pun dapat bergaul dan ada kawan = kawan macam Adam dan Alif. 



I bukan niat nak mengoda tau, tapi tenogk lah tu. Hati mana yang tak tergugat. Satu kuali jer terus dia hidang. Penuh dengan seafood yang fresh dan masak sedap sangat! Actually bagi illy lah kan, portion ni cukup untuk 6 orang dewasa. Banyak sebenarnya. Kami sampa tak habis, bawa balik tapau untuk sahur pula. 



 Apesal ada bendera India plak ni? Ada sebab k, ni sebab nam masakan ni Bombay Fish and Chips. Sedap la sebab rasa dia penuh berempah. Jadi makan tu tak jelak. Perah plak limau atau herbs memang terangkat. Malas nak citer banyak, please pergi sendiri yang try. Promosi Sunset Feast ni hanya ada from May 1 - Jun 9, 2019 sahaja tau. Kalau melepas kena tunggu setahun lagi itupun kalau promo yang sama tahun depan hahaha.. 


Korang tak suka makan seafood? Takpe jangan risau kat Setapak Central ada Nando's. Anak illy memang suka makan kat Nando's sampai illy memang ada app nak kumpul chili points hahaha.. Kalau lebih 3 Chili points boleh redeem satu quater ayam. Berbaloi sangat tau. 

Yang special kalau pergi makan Nando's kat sini compare dengan kat lain, korang boleh join contest Setapak Central anjurkan. Boleh redeem macam - macam plak tu. Semperna raya punya musin ni, kalau spend lebih RM180 (boleh combine 2 receipts sama hari) boleh dapat sampul raya percuma. Kalau dah bershopping lah, campur buka puasa lagi, nak cecah spend RM450 tu memang dah confirm lah kan? Kat sini kalau spend lebih RM450 (boleh combine 3 receipts sama hari) then boleh redeem dapat FREE Limited Edition Raya Gift Set, cantik weyh... mangkuk kaca tempat letak buah. Nanti korang pergi nanti gi tengok k? 




Sambung citer pasal makan kat Nando's ada Ramdhan set, boleh la tengok kalau berminat. Kami ambik set family. Ada ayam satu ekor lepas tu boleh pilih nak side dish. Macam biasa lah kalau ayam Nando's tak pernah mengkecewakan. Sos Peri - peri ni tengah tulis pun terliur hahahaha... 



Kalau rasa nak buat reunion atau family gathering nak la bawa family makan special sikit kan? Boleh cuba My Dim Sum. Korang just jalan hujung sekali dekat sebelah area foo court. Kalau datang ramai better booking awal dulu k? Illy suka ambiance kedai ni. Terang benderang dan design dia sangat kena dengan jiwa illy. Kemas tak serabut dan ada sweet touch of classy. Yang tu illy suka sangat.

Tapi kan, memang nka kena mention pasal udang butter curry tu lah.. YA HABIBI... SEDAP GILER.. TOLONG LA TRY ni illy tak buat lawak, Udang Kari tu buat rasa nak repeat lagi. Dia bukan biasa punya tau sebab dia curry campur rasa butter pastu letak plak dalam mangkuk yang buat dari roti. Roti pun pun memang sedap matching makan dengan udang yang besar dan fresh. Ni kalau order, makcik ke atuk ke nenek ke confirm puji hahahaha..  



Illy sebernya tak tahu yang mana satu nama apa dalam gambar ni. Yang illy tahu semua sedap. Makan boleh berebut ni kalau hidang. Dah la the presentation is very instagram friendly hahaha... yer la 2019 kan, kena la instagram focus LOL joke aside, yang ni semua satu set khas. Kalau pergi My Dim Sum outlet lain takda set ni. Special di Setapak Central sahaja. Nanti japgi illy tampat terus apa menu yang termasuk dalam set special ni k. 








Combo Ramadhan sesuai untuk group 6 orang makan. Nanti pergi try okay? Lepas tu bagitau kat dorang, kawan i nama illy suggest hahahaha Okay tu jer la nak citer pasal makan. Sebenarnya banyak lagi kedai makan menarik di Setapak Central ni. Nanti korang gi jalan ikut lah pilihan hati nak bantai apa. 

Cuma illy nak bagitau, resit lepas spend tu jangan buang. Itu mungkin ticket untuk korang dapat kereta free sebiji terus. Start dari 1 April sampai 29 Septembet, mereka nak bagi bukan sebiji tapi dua buah KERETA pergh.. Just spend more than RM150 dan boleh masuk peraduan. Mana tau menang Produa Axia, kalua tak pun boleh juga menang First Prize Royal Carribean 5D4N naik cruise untuk dua orang yang berharga RM6000 ada banyak lagi hadiah menarik, cash voucher RM300 lah.. eh.. macam  macam lah.. 



Anak illy paling heboh main congkak giant hahaha, punya la besar sampai Zandria pun muat dalam tu hahahaha... Ada pertandingan kalau nak memang cash voucher, ada dua catergory. 25th May pukul 3 petang untuk budak bawah 12 tahun, lepas tu 26 May pukul 3 petang juga untuk 12 tahun ke atas.

Okay tu jer la nak share, have fun! Harap membantu kalau korang nak cari idea nak shopping raya kat mana dan nak buka puasa kat mana. Terima kasih sudi baca blog illy. illy doakan korang menang, kalau menang belanja illy hahaahaha okay bye! 










Comments

Popular Posts