Smart Selangor First Home Buyer - Pembiayaan 100% - Syarat Dan Cara Memohon Serta Promosi

Jul 28, 2019



Assalamualaikum and Olla everyone! 

Baru ni keluarga illy di jemput untuk Pelancaran Koleksi Hartanah PKNS 2019. Baru jer dua tiga hari lepas. Pelancaran di buat di Kompleks PKNS Shah Alam. Banyak  betul memori at bangunan ni. Teringat sedekad lebih lalu illy study buat diploma in microbiology di shah alam. Sekarang ni datang balik bawa husband sekali anak dua orang hahaha.. time flies.

Okay sebelum terlari tajuk, ni nak cerita kalau korang nak beli rumah better datang survey kat sini. Serious banyak promotion. Kalau first home buyer lagi la banyak promo. 



PKNS ada banyak jenis rumah boleh pilih, ikut kemampuan dan selera masing - masing. Yang pasti kalau beli dengan PKNS memang value for money. Tengok 3 storey super link home pun still harga okay, sebab kalau developer lain RM 1.5 million dapat la rumah size kotak kasut, kalau dengan PKNS dapat rumah 3 tingkat 4 ribu lebih square feet. Banyak tu beza nya.  





Ada banyak lagi koleksi yang boleh dipilih. Nanti kan datang PKNS kat main hall dia akan nampak booth macam ni. Sekali dengan booth maybank pun ada, senang kalaul dah minat boleh apply loan terus. 



Ni antara design yang illy rasa sesuai untuk family. Anak i sibuk nak bawa balik kereta mainan tu, nasib dia letak dalam box gitu kalau tak haru plak melayan budak ni punya cekadak. Jangan bagi malu company please hahaha.. 



Survey jangan tak survey, pau daddy.. hahaha yang kecik tu pun bukan main kecoh nak gak tengok. 



Ni masa event launching belum start, ambik gambar nak share dengan korang kat blog. Banyak juga illy belajar datang event ni. Konsep macam mana PKNS dia sediakan infra struktur supaya kawasan tu harga naik, dan developer akan masuk paling penting cara macam mana mereka pastikan rumah keluaran PKNS lebih murah dari harga pasaran dan mampu milik bagi seluruh rakyat. 

Sambil tu sambut ulang tahun PKNS yang ke 55 tahun. Lama tu dah 55 tahun dah PKNS banyak dah berjasa sediakan rumah selesa dan mampu milik untuk rakyat. 



Okay ni point penting. sekarang ni kalau korang gi kat PKNS punya booth kat PKNS Shah Alam, 55 pemilik rumah pertama akan dapat discount sehingga RM5,500 termasuk lagi pula 90% pembiayaan dari Maybank dan tambah lagi 10% dari Kerajaan untuk bantu orang muda yang belum pernah memiliki rumah. Lagi plak sekarang ada promo 20% discount untuk khidmat guaman + MOT, serious berbaloi.  Illy dah mabik gambar apa syarat dia. Harap membantu. 




Ni contoh rumah di bawah scheme Smart Selangor First Home Buyer. Berbaloi bawah rm200k dapat rumah selesa rumah bawah. Yang minat rumah tinggi2 pun ada pilihan juga yang penting harga memang berpatutan dan senang nak apply. Pastikan ikut syarat, pilih nak yang mana dan pohon. Boleh pohon terus on the spot sebab bank pun dah ada booth kat sana. 

Okay la tu jer nak kongsi kali ni, harap membantu. Take care and terima kasih sudi singgah blog illy. 



No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)