Resepi Ayam Masak Kicap - Senang, Sedap Makan Bertambah!

Jun 30, 2020



Assalamualaikum and Olla Everyone! 

Sekarang memang 90% masak kat rumah, sebab lagi jimat lepas tu pula boleh control letak apa jadi lebih sihat lebih bersih lebih yakin. Kadang tu sampai takda idea nak masak apa dah sebenarnya hahaha.. nanti illy rasa macam nak buat jadual terus food menu planning jadi tak pening nak masak apa. illy suka yang simple tapi sedap. Kali ni nak share resepi ayam masak kicap. Anak illy makan bertambah - tambah. hehe.. 




Resepi Ayam Masak Kicap
Bahan : 
Ayam 
Kentang
Kunyit
Bawang Putih
Bawang Besar Merah
Daun Kari
Kicap
Perahan air limau
Minyak masak
Air

Cara - cara : 
1) Goreng ayam dan kentang yang dah digaul dengan kunyit. Guna kunyit hidup lagi best. Tapi kalau takda serbuk kunyit pun boleh jer.
2) Angkat tepi ayam dan kentang.
3) Panaskan minyak, masuk bawang putih dan daun kari.
4) Masuk bawang merah besar.
5) Masukan ayam dan kentang yang dah digoreng dan masukan kicap.
6) Masukan kicap dan perahan limau.



Kalau nak pedas boleh masukan potongan cili padi. Boleh juga tabur daun sup untuk hias kasi naik warna dan juga dapat extra khasiat. Daun sup sebenarnya bagus tau untuk cuci buah pinggang. Bukan seadar hiasan. 


Okay tu jer la resepi simple tapi sedap yang illy nak share kali ni. Next time illy share lagi. Kalau nak lebih info boleh jemput tengok video youtube illy kat atas tu. Jemput like dan subscribe sekali ya :) boleh kita keep in touch! 

Terima kasih banyak sudi singgah blog illy. Take care! 

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)