Resepi Salmon Sedap dan Simple - Masak Asam Jawa

Jun 22, 2020


Dah tak tahu nak masak apa, boring asyik masak sama jer. illy nak share idea buat salmon masak asam jawa. sedap!! macam makan kat cafe. Bahan pun tak banyak, simple tak susah nak buat. Selamat Mencuba. 


Bahan - Bahan Salmon Masak Asam Jawa Special 

1) Salmon - 1 Keping
2) Bawang Merah - setengah biji (nak banyak boleh letak lebih kalau suka)
3) Bawang Putih  - kisar 2 sudu
4) Halia - kisar 1 sudu
5) Daun Sup - setengah genggam
6) Cili Padi - 4 biji potong tengah
7) Garam - secubit
8) Asam Jawa - setengah cawan
9) Fish Sauce - 2 sudu




Cara - Cara : 

Mix bahan kat bawah ni dalam mangkuk untuk kuah.
1) Masuk Halia + Garlic + fish sauce
2) Masuk air asam jawa 
3) Garam + Cili Padi
4) Masuk daun sup
5) Bawang Merah 
6) Simmer, biar atas api kecik, kasi air sejat. Biar pekat. 

Kuali punya step. 
1) Masuk Minyak goreng ikan. Pastikan kuali panas, masuk ikan yang da defrost dengan baik. 5 minit tak melekat baru terbalik. 
2) Masuk kuah yang mix tadi, simmer sampai air kering.
3) Simmer, biar atas api kecik, kasi air sejat. Biar pekat. 

Nak hias,just tabur lagi daun sup fresh dan letak cili padi di atas. 


Okay tu jer la dah siap pun. Kalau nak tengok video step by step boleh tekan play kat bawah ni. Jangan lupa subcribe nanti illy share banyak resepi lagi tau :) Thank you sudi visit blog illy. 


No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)