Bangkok Thailand Travel with Family

Apr 3, 2015


2015-03-28 09.51.56

Olla everyone!

Illy baru balik bercuti ke Bangkok dgn family recently, alang2 memory tgh kuat ni.. ku gagahkan juga tulis blogpost ni.. mana la tahu bole bantu bagi siapa2 yang plan nak pergi next time kan?

So kami pergi tujuh orang, my dad, my bro 3 orang, then my husband, me and ofcoz our 10 months old baby sofea. Ma dan faten tak dapat ikut kali ni.. tapi kalau dorang join mesti lagi best Smile insya Allah next time bole berjalan lagi ramai2..


Kami pergi 3 malam naik air asia, masa tu ticket tengah promo so dalam rm2k plus minus dapat ticket pergi balik.. okay la kan? dulu ticket mahal… skang da murah banyak promo bole la merasa berjalan…

Kat sana kami tido di Grand Tower In Rama VI hotel. Tak silap kalau publish rate dalam rm250-rm300 satu malam… ikutkan kat thailand ni banyak hotel yang murah2 bawah rm100 pun ada.. tapi yang special pasal grand tower in sebab bangunan dia memang sangat dekat dengan Chatuchak Market (tempat shopping yang best giler). On top of that, hotel ni tinggi so dapat bilik yang permandangan dia memang sangat2 cantik.. kalau kat malaysia mana nak dapat permandangan camni harga range cam gitu kan?


Ni illy ada ambik video round tour bilik hotel dia.. Hotel nampak agak lusuh skit tapi tak kesah sangat yang penting dapat tido dengan selesa…


2015-03-29 07.09.11

Tak cayer? nak tengok sendiri.. tarik jer langsir hambek kau.. terbentang.. indahnya bandar bangkok. ni pun illy pakai camera biasa jer ni.. kalau korang yang pakai dslr mesti dapat tangkap gambar lagi lawa pada ni. By the way, masa check in tu dia ada minta deposit 2000 bath (lebih kurang rm200) untuk setiap bilik yang kita ambik. Bagi tau siap2 senang korang nak plan budget nanti.  



Dari hotel, kami naik tuk tuk ke hotel cost dalam 100 bath (RM10) satu tuk tuk. Kalau naik teksi meter dia dalam 50 bath (rm5) memang dekat giler hotel kitorang dengan chatuchak ni.. sebab kat Malaysia takda tuk tuk ni jadi kami feeling2 tourist naik la.. syok juga.. 

FYI : Chatucak market ni memang bukan sabtu ahad jer tau.. itupun by the time pukul 7pm da banyak kedai tutup.. tinggal yg jual makan2.. pakaian ade tapi dah tak banyak sangat..


Masa kitorang kat situ siap ada banyak street performance.. memang interesting.. happening pasar malam dorang kat sini.. do you know that chatuchak market is the biggest market in the world? ha.. tu pasal ramai org nak juga pergi sini untuk alami sendiri… Kalau nak shopping memang best.. baju seluar semua range rm10 kalau rm25 tu da dapat yg lawa sangat dah tu..

2015-03-28 18.20.07
2015-03-28 18.13.45
2015-03-28 18.14.11

Nak cari makanan halal memang terus terang cakap agak challenging.. Alhamdulilah kami jumpa kedai tom yam halal. Sedap tengok tu my bro n my dad tgh bantai.. sedap harga berpatutan sebab portion memang banyak.. tak kedekut bahan.. kalau kat malaysia tom yam banyak serai dari isi kan? kat sana order tom yam seafood.. hambek kau.. ketam udang isi ikan kepah lala ape bagai semua dia letak.. memang sedapp


2015-03-28 18.24.32

Posing la skit kan? bukan senang nak sampai kat Chatuchak Market ni


2015-03-28 19.06.14

Kat sini kedai jual makanan dessert memang banyak tepi2 jalan.. da la murah, coconut ice cream dalam rm3 pastu bole letak topping sebanyak mana suka macam2 jenis plak tu.. one of must try kalau da sampai sini. Ni upload gamba ni sebab gambar yg my bro hafiz tolong tangkap blur la plak hahahaha..


Ke esokan harinya tu, kami mula2 ingat nak jalan shopping mall pastu tukar plan pergi floating market.. ingatkan tak la jauh mana.. hambek.. dekat sejam gak perjalanan..siap tertido kitorang dalam van tu.. dia charge ikut meter so tak risau sangat.. kali ni kami tak ambik package tour guide ke apa.. semua kami free and easy.. ikut timing sendiri ikut suka hati.. haha cuma tu la kena banyak bertanya banyak bergoogle..

For internet bole pakai hotel punya wifi but for mobile illy ambik simcard thailand.. okay tak mahal berpatutan rm30 untuk 7 hair unlimited internet.. bole la kan?


2015-03-29 10.19.32
2015-03-29 11.34.54

Ingat kl jer jam? sorry floating market pun jam hahaha.. tempat yang bahagian banyak kedai la.. sebab kedai dia tepi2 sungai tu.. ada juga auntie jual makanan or souvenirs atas boat.. kalau teringin bole la pergi.. tapi kan sejujurnya kami rasa macam terkena jer pergi sini..

Naik taxi da kena charge rm78 camtuh okay lagi sebab pakai meter, tapi charge naik boat? RM500 satu boat yer.. nak pengsan.. kalau nak tengok show monyet tambah lagi rm50 satu kepala, kalau nak tengok crocodile show lagi kena hentam rm100 satu kepala.. kami decided ambik yang trip boat tu jer.. yang lain tu macam over price sesangat.. baik makan tom yam duit tu lagi best..

So, tips kalau nak gi sini, nego sebaik mungkin.. sebab banyak jual barang yang overprice.. kalau kat market lain okay affordable.. memang beza harga nya.. tapi tu la sekali sekala alang2 da sampai tak kan tak pergi plak kan?

2015-03-29 10.57.50

Kami memang posing sakan sebab first time datang floating market sini..

2015-03-29 11.00.27


Dalam trip floating market tu, dia ada stop kat tempat coconut sugar farm ni.. agak interesting la juga tengok macam mana cara mereka buat benda ni.. bau tempat ni wangi semerbak sebab bau dorang tgh masak kelapa tu nak jadikan gula..


2015-03-29 11.19.00



Masa half way tgh boat ride tu, bole plak ada orang tu call yang tukang bawa boat tu tetiba nak cakap dgn my dad.. tengok2 lepas habis tu dia berhentikan kitorang kat tepi sungai tempat station bus.. owh baru paham dia suruh kita balik naik bus kot? haha… murah skit katanya.. the bus ride take longer than the van ride sebab bus dia tak masuk highway.. 

banyak stop2. On the bright side, banyak la bole tengok permandangan kiri kanan… mase tu perut memang tgh keroncong da nak masuk lagu black metal concert da dalam perut.. bukan sebab takde makanan tapi yang halal payah nak cari.


2015-03-29 16.35.21

Petang tu terus kitorang direct gi Chatuchak Market sebab da hari ahad esok dah takde market tu.. nasib jumpa kedai halal.. kak jah tak silap nama kedai. masakan sedap dan harga sangat berpatutan.. yang daging ni my husband suka sangat siap bungkus extra bawa balik hotel. Sepinggan duit rm7 portion banyak rasa pun sedap








Penat lak nak citer satu2 korang tengok video jer bole? hahaha.. esok nya tu kitorang gi jalan Siam Paragon merasa naik lrt dorang kat sana pastu jalan the famous Terminal 21 shopping complex. Interesting Bangkok shopping complex dia buat macam konsep flight..

Staff kat information counter dia pakai baju cam stewardess pastu setiap tingkat konsep lain.. sampai ke dalam tandas pun cantik sangat.. yer… ada tingkat konsep macam britain, konsep istanbul.. sampai konsep hollywood pun ada.. kena pergi tengok dgn mata sendiri lagi best..

The last day sebelum kitorang check out kami sempat jalan di Pratunam Morning Market, tak jauh dari lokasi hotel. Kat sini kami lepas gian beli baju2 dan cenderahati buat kawan2 dan sedara mara kat Malaysia. Best kat sini sebab bole tawar harga.. design dia pun cantik2..

Okay tu jer la illy nak share kali ni, harap perkongsian kali ni bermanfaat la kalau korang planning nak pergi next time or mana tau nak pergi lagi sekali ke kan? kalau nak tahu more details ke apa.. inbox jer fanpage illy tu,.. illy akan cuba yang terbaik answer dan tolong Smile cuma kekadang tu banyak inbox so ambik masa sikit nak reply.. tapi yang pasti cepat ke lambat tetap reply… thank you once again for dropping by and for reading up my humble post. arigato!





** This is my personal trip. All Goods and Services was paid with my own money (hotel was sponsored by my dad). As usual, I will test and review products or services regardless of whether they have been sent to me or not with honesty. Unless stated so in the post or marked with an asterisk, all products featured on this blog have been bought with my own hard-earned pennies. I started this blog to give my two pennies worth of thought and have fun along the way and that is exactly how this blog shall remain.

26 comments:

  1. nice info, boat there no sit before. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you for dropping by Sherry :) you can try the boat next time... but just try to nego for better price :)

      Delete
  2. The food looks so good! Mmg thai puny tomyam mmg the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabby, makanan kat sana sedap.. dia punya mixture tu ngam jer.. just nice bahan2 ni citer pun da teringat balik haha

      Delete
  3. i am missing bkk already!! i watched all ur videos right after you uploaded it on youtube babe! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ajak eric go againnnnnnnn hahahahha...thanks Caro :) hehe i always watch you videos tooooo <3

      Delete
  4. Salam Kak Illy.. Im back on blog.. Hahaha.. The tomyam part was interesting.. Hahahaha.. Yes M'sia banyak serai je.. Hahahaha.. Anyway awat mahai naaaa boat dia.. Hahahaha.. Bankrupt gitu.. Looks interesting Bangkok.. Kawan I pon buat review haritu nampak best.. The food pon nampak yummy.. Tapi I tak puas hati kenapa boat mahal.. Hahaha berapa orang je bole sumbat untuk boat yg mahal tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam.. tq for dropping by Aliah :) a ah.. part tom yam dia memang legend.. boat tu kena nego lagi kot.. i hope next time kalau you pergi boledapapt better rate than ours.. boat dia ada 2 jenis kata nya... boat kecik dalam 4 orang camtu rm300 kalau boat besar 6 org rm500 tapi mahal laaaaa tak puas hati hahaha

      Delete
    2. Ha'ah la mahal sangat.. Hahaha.. Tu la I tengok semua ke Bangkok ni.. So I pon plan nak backpacking ke kan before grad nanti.. Hahahaha.. Kena plan wisely.. :D

      Delete
  5. lovely bangkok :) i can see it is a trip worth it :) fun fun fun :) and also relaxing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. it is lovely and worth it indeed :) you can experience it next round!

      Delete
  6. I love Bangkok! It's a marvelous place to eat, play, shop & rest. Stay strong Bangkok!

    ReplyDelete
  7. So happpy Illy Ariffin always go travel with family
    I also hope that i can plan a family trip

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you Eleene :) Hope you will enjoy the trip as much as we did <3

      Delete
  8. Replies
    1. yes, we should all travel as much as we could :) get to learn more and spend quality time with family

      Delete
  9. how i wish i could have an trip for bangkok hehe

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum.
    ada sesiapa yang berminat nak ke bangkok,pattaya hingga sempadan kemboja?
    26.12.2016 hingga 2.12.2016 ( 7 hari 6 mlm)
    RM 950.00
    0174945855

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Airport transfer bergantung lokasi hotel.

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)