KYOCHON Fried Chicken yang sedap sangat!

Mar 8, 2016

 

image

Assalamualaikum and Olla everyone!

Sekali sekala ada juga teringin nak makan ayam goreng kan? Tapi asyik2 yang sama. Kalau korang nak try ayam goreng yang sedap ya rabiii.. illy ada satu tempat nak cadangkan.. Hari ini illy nak citer pasal KyoChon 1991 Restaurant yang memang sedap sangat.

To be utterly honest, illy ada juga teringin nak makan ayam goreng sekali sekala tapi masalah nyer. Kebanyakan tempat yang biasa macam K*C dorang punya ayam hurm.. ada MSG. Kita ni orang besar mungkin lah sekali sekala tutup mata makan jer. Tapi nak bawa anak rasa macam bersalah expecially bila dah tahu keburukan makan msg. Itu yang illy nak suggest kat korang try KyoChan.

image

Tengok ni, ayam dorang pakai yang takda cucuk antibiotic, pastu dorang goreng ayam yang chill lebih sedap and juicy dari ayam frozen. Paling penting TIADA MSG. Minyak pun pakai minyak bagus, Canola oil. Bila makan tu kurang skit rasa bersalah, lebih berkhasiat.  Memang lah kena tunggu sikit, sebab dorang bukan fast food tapi sebenarnya berbaloi. Bagi illy lah kan, dah berapa kali illy makan kat sini (almaklum office berhampiran one utama jadi dah bosan tak tahu makan apa, habis semua kedai nak try) but kali ni illy nekad, gi time weekend bawa my husband, sofea and my bro pastu ambik gambar dan nak buat blogpost. Sebab apa? Sebab benda bagus patut dikongsi. That is the main reason why I started this blog anyway. Untuk kongsi apa yang illy suka dan apa yang illy rasa bagus untuk di kongsi.

 

image

Honey Mustard (Wingette & Drumette) 8 pcs RM 18.00

Ni yang paling kitorang suka. Honey Mustard. Ya Allah sedap teramat sangat. Ayam dia punya salut tu lagi tebal compared dengan other series tapi memang sesuai sebab sos dia tu meresap ke tepung tu sekali memang best lah. Yang ni korang wajib try kalau pergi KyoChan. Most recommended dari illy. Rasa dia manis tapi ada rasa masam skit pastu ada after taste mustard tu. Not overpowering but just nice. Tak payah nak sos cili apa semua. Makan ni jer ngap dah happy dah cukup rasa.

 

image

Original Soy Series (Wingette & Drumette) 8 pcs RM 18.00, Red Series (Wingette & Drumette) 8 pcs RM 18.00

Kalau korang suka masin then boleh try yang original soy series. Yang ni fav sofea. Yang suka pedas? Dont worry ada khas untuk korang. Red Series nama dia. Ni bukan main – main punya pedas. Kalau dia cakap pedas betul-betul pedas. Boleh terangkat. haha Yang ni husband illy and my bro memang paling suka. Memang spicy k? The amount of hebrs pastu salut ayam camtu memang memikat hati. hehe

Abis tu tak kan makan ayam jer kan? illy ada order juga salad (sos blueberry ambik kau) yer lah makan kena seimbang kena ada green baru senang perut nak hadam kan? Kalau korang yang tak suka sayur pun mesti suka dorang punya fresh garden salad. Sebab sos dia tu boleh pilih nak mandrin or blue berry. Jadi rasa manis masam dari sos tu buat korang tak muak makan sayur takde rasa pahit and salad dorang fresh and crunchy. Illy suka bagi 5 bintang!

Tapi takde pun gambar salad? sebab tangan gigil gambar blur hahaha

image

Porridge – RM10.90

Illy suka kedai dorang, bersih. Staff pun baik dan child friendly. Pastu ada bubur juga kalau yang bawa baby. Kitorang saje lah alasan order bubur untuk Sofea padahal kitorang yang belasah lebih. Sedap bubur ni, lagi sedap makan dengan cili ceruk korea tu. Perghhhhh

Pastu kalau nak nasi boleh try the garlic fried rice, not the best I tried but okay lah boleh la. Cukup rasa okay. Kalau korang pikir nak ambik garlic fried rice atau bubur illy suggest bubur. Tapi ni ikut selera tekak illy, why not order dua jer terus share sorang sikit? 

Buat masa ni dorang ada kat 1 Utama, Menara Hap Seng and kat Pavilion. Illy banyak kali try yang one utama tu jer. Harap dorang buka banyak lagi cawangan sebab negara kita ni kekurangan kedai yang masak tanpa MSG.  Harap business dorang makin maju dan lebih ramai orang boleh cuba masakan dorang.

image

Nah bagi gambar sofea satu. Nasib dia baik, next time mummy bawa Sofea lagi k? Okay tu jer lah nak share hari ni. Harap bermanfaat. Mana tahu kan korang dah takda idea nak pergi makan mana bawa family. Boleh la cuba tempat ni. Masak pun sedap dan takda MSG. Till next time, dont forget to take it easy and smile!

 

 

 

 

* I am not paid to write this. This is our personal trip.  As usual,  I will test and review products or services regardless of whether they have been sent to me or not with honesty. Unless stated so in the post or marked with an asterisk, all products featured on this blog have been bought with my own hard-earned pennies. I started this blog to give my two pennies worth of thought and have fun along the way and that is exactly how this blog shall remain

4 comments:

  1. sedap kan ayam dia, k lily pi je makan. nak tulis kat blog pun malas sebab tak de gambooooo hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah sedap hehe <3 memahami, kekadang suka makan tempat tu tapi bila tak ambi kgambar malas la nak menulis hehe <3

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)