Pengalaman ke Maldives (Budget, Food dan activity)
Assalamualaikum and Olla everyone!
Kali ni illy nak berkongsi pasal pengalaman kami husband and wife pergi ke Maldives selama 5 malam. Illy sebenarnya punya la payah nak tulis pasal trip ni sebab banyak sangat gambar illy pening nak pilih yang mana. Akhirnya, lepas banyak di tapis ini lah hasilnya. Harap perkongsian kali ni bermanfaat untuk korang mana tau planning nak pergi ke in the future.
Ramai orang cakap kalau pergi Maldives ni mahal lah hanya untuk luxury place. Tak juga sebenarnya bagi illy lah. Sebab kali ni kami pergi version budget more like an affordable trip. Boleh kalau nak ke Maldives dengan budget yang berpatutan kalau kena cara nya. Yang penting korang tak kesah pasal benda kecik – kecik. Bagi kami, yang penting selesa, perut kenyang, dapat jalan- jalan pun kami dah happy sangat.
But then again, illy bukan lah expert. Pergi Maldives pun baru satu kali. Setiap orang ada pengalaman masing- masing. Kali ni kami nak berkongsi pengalaman yang for me one of the best trip illy pergi so far! Nak tahu kenapa? Jom baca entri illy yang panjang menjela haha
Transport – Flight
Kami pergi naik flight AIRASIA , ticket seorang dalam rm1.9k Sebenarnya boleh dapat murah lagi kalau booking masa sale. Cuba lah cari illy ada dengar, yang boleh dapat RM900. Boleh jimat dah situ.
Flight AIRASIA yang kitorang ambik tu gerak petang dari KL sampai Airport dalam pukul 8pm lebih. Perjalanan 4 jam setengah. Tengok lah kalau pilot korang rempit lagi cepat lah sampai. For us cepat ke lambat tak berapa penting yang penting selamat.
Sampai tu nanti korang tiba di Ibrahim Nasir Airport dekat Pulau Hulhumale. kalau naik bus dalam 2 USD sorang. Kalau naik kereta USD 10 sorang. Kami naik bus jer, banyak jimat nyer. Dari situ nak ke Hotel kami tak jauh sebab kitorang ambik Hotel yang sama Pulau dengan Airport. Mudah sebab banyak kemudahan kedai apa semua. Nak makan mudah, nak bergerak pun mudah.
Yang selalu jadi mahal tu sebab ambik resort yang jauh or pergi Pulau yang jauh. Kena naik sea plane USD99 per person. Jadi nanti kalau sebelum pergi survey dulu kat mana location Pulau korang. Kat sini pun ada banyak pulau lebih dari 1,200 pulau yang korang boleh pilih. Ikut selera dan ikut budget masing.
Bagi illy, i suggest duk Pulau yang dekat sikit dengan bandar atau airport jadi nak makan tu banyak sikit pilihan dan tak mahal sangat. Nak bergerak pun mudah. Kalau tiap hari naik sea plane semata nak cari makan boleh botak terus lah kan.
Time Different
3 jam lambat dari Malaysia, pepandai lah kira k? haha
Currency
Kat sini pakai USD dan MVR sahaja. Bawa duit Malaysia money changer dorang tak layan k? Tak terima. 1 USD = 15 MVR lebih kurang gitu.
Climate
Warm and sunny macam Malaysia. Dalam 29 celcius lebih kurang. Kalau terik boleh bawa payung. Air laut dia pun warm macam kat Malaysia so boleh mandi anytime. Next time, nak pergi time 15 islamic calendar sebab nak tengok yang plankton florescent kat laut tu. Masa kitorang pergi bukan musim dia jadi tak dapat tengok.
Accomodation
Ini dia Hotel pilihan kami. Dia macam bangunan block-block kat sini. Banyak sebenarnya pilihan kat sini. Yang kami duduk ni nama dia Hotel Ui Inn. Selesa, orang baik – baik dan rasa selamat. Kami spend 5 malam kat sini. Total cost untuk bermalam USD 250 consider berpatutan. Kalau tidur kat Private Island beribu USD satu malam. Belum mampu lagi. In the future, insya Allah amin… Kita kena think positive betul tak? hehe
Bilik kami dapat upgrade free ke Family Suite (patut illy tengok rate USD 85 satu malam with out masuk tax lagi). Kami husband and wife, selesa and happy tidur kat sini. Nak tengok tak illy ada buat room tour video kot lah korang curious kan?
Depan hotel kitorang ni ada lagi satu hotel baru nak buat. Actually ada banyak guest house tengah buka kat kawasan Hulhumale ni. Bagus lah kan? Boleh banyak lagi pilihan tempat mampu milik. Kebanyakan hotel guest house kat sini milik local. Dah alang2 datang negara dorang support lah the locals betul tak? Kitorang ada juga berborak dengan owner satu lagi Hotel Guest House nama Wonder Retreat. Boleh tahan juga. Korang gi lah google k?
Because kat sini guest house block2 jadi atas bangunan dorang ada terrance. Kitorang first day tu semangat naik terrance check out the view. Masya Allah, cantik nya. Open sea!
Activities & Excursion in Maldives
First activity yang kitorang ambik is the Male City Tour. Yang ni harga dia USD 9 sorang. Illy suka sangat masa ni sebab banyak belajar dari tour guide kami. Cara hidup mereka kat sana. Male nama main city dia. Berada Pulau berhampiran juga dalam 30 minutes naik bot. Letak map terus lah senang skit korang nak gambar kan.
Ni illy tengah posing depan Ferry Terminal di Hulhumale. Kalau korang nak gi sendiri pun boleh jer. Kitorang sengaja lah ambik tour guide as we get the chance to learn more.
Airport tepi laut. Punya lah stylo nyer. Kalau nak pergi Pulau lain pun boleh nak plane just book lah dengan dorang. Tenang jiwa tengok betapa cantik nya tempat kat sini.
Nanti, kalau berkesempatan boleh pergi lah lawat Masjid kat Maldives. Berhampiran dengan Sultan Park. Masjid pertama yang dibina di Maldives pakai coral. Yes, 480 tahun dulu dorang buat Masjid pakai corals. Ni antara ukiran ayat suci Al-Quran. Tu batu semua tu pakai karang laut tu. To be there, it felt magical.
Antara yang paling illy suka sebab kat sini Syariah Law. Jadi memang rasa selamat. Respect pada Maldivian for having Syariah Law. Undang- undang untuk protect orang yang tidak bersalah dan hukum orang buat salah. Jadi kalau tak buat jahat memang rasa selamat. Honestly, rasa tenang kat sana.
Ni illy ambik gambar depan sikit dari Sultan Park. Ni dorang tunjuk tapak sebenar bazooka dari Sri Lanka masa attack Maldives dulu. Nampak macam pecah2 tu? Tu lah bazooka hentam tembok dorang. Kami belajar banyak juga pasal sejarah Maldives dari Tour guide kami. Nama dia Hussein.
Dia cerita pasal dulu Maldives kena jajah dengan Jepun dengan British. Tu pasal dorang banyak yang tahu speak English. Macam kita juga lah di Malaysia. Kat sana memang mudah sangat communicate. Nak minta tanya jalan pun mudah, dorang baik dan sopan santun.
Ni main Masjid kat Male. Dia panggil Islamic Center. Kebetulan ada 2 orang staff tengah bersihkan masjid.
Pastu ni macam dataran dia lah. Depan Izzudin Jetty.
Kami tak lepaskan peluang pergi visit Pasar. Maldives negara perikanan dan pelancongan. Jadi memang meriah pasar dorang. Yellow fin tuna tu kalau kat Jepun dorang export beratus usd satu kilo. Kat sini murah jer. Kalau beli direct dengan fisherman boleh dapat USD 5 per kilo. Amacam banyak beza kan? Pastu fresh.
Dah sampai kat Pasar boleh beli stock makanan. Kami beli buah mangga dalam usd 10. Buat snack tengah malam or petang hehe. Mangga dorang manis nyer best sangat. Kami letak mangga dalam peti ice pastu macam sorbet jadi. hehe Boleh beli juga kacang dan barang basah yang lain.
My cheecky husband posing hahaha.. baik tau dia tolong bawa kan beg isteri walaupun warna pink. Tu dalam plastic tu beli mangga kat pasar. Gambar ni ambik masa kami di souvinier shop. Harga souvinier agak mahal sikit. Korang kena try lah minta kurang. Negara dorang kan Pulau jauh dari darat jadi menda macam ni memang lah mahal sikit. Kami beli baju Sofea jer satu dalam 200 MVR. Dulu illy rajin juga kumpul magnet kalau pergi jalan tapi skang dah tak. Sebab semak lah kat umah letak atas fridge berabuk last illy simpan dalam tupperware kat umah.
Kebanyakan Masa kami just lepak relax kat Pantai. Dah datang pulau apa lagi kan? Lepak pantai lah. Cantik ter amat sangat. Terpikir dalam kepala. Kalau kat dunia pun cantik macam ni. Apa pula di syurga kan? Harap kita semua di beri peluang untuk masuk syurga Amin.
Tengok tu. Allah’s masterpiece. Yang macam ada gelap tu coral. Korang swim situ bukan main banyak ikan. Tak larat nak kira. Memang sangat2 amazing.
Boleh juga kalau nak sewa basikat comel ni. USD 10 sejam. Kitorang sewa yang ni pastu the next day sewa basikat letrik sebab penat juga nak kayuh haha.. Basikal letrik USD 13 sejam. Kalau korang ada foldable bycicle boleh lah bawa naik plane mudah korang nak bergerak.
Okay untuk local island memang di larang pakai bikini. Sila hormati peraturan negara mereka. Kita datang jauh bawa nama Malaysia. Jadi be a good ambassador. Jangan buat tak paham. Mereka pandang tinggi kat kita sebab dari Malaysia jadi jaga lah nama negara kita k? Ni pesan sebab ada ternampak orang Malaysia pakai menjolok mata kalahkan mat salleh. Nasib polis dorang tak nampak. Just be respectable to their law k? Pakai swim suit muslimah pun boleh berenang betul tak?
Food
Untuk pulau berlainan munkin berbeza. Kebanyakan pulau yang jauh dorang ada full board terus kalau tidur situ sekali makan pagi petang malam. Boleh pilih lah kalau korang berminat. Kami sebab breakfast dah hotel provide jadi tinggal cari lunch and dinner.
Antara best kat Hulhumale ni kedai banyak. Cafe pun banyak. Kat sini dorang panggil Cafe. Kalau restaurant tu makna nya tempat high class dan mahal. Tips, tengok kedai yang banyak local makan kat situ mesti sedap dan murah.
Nak masak sendiri pun boleh. Kami bawa small cooker sekali sekala kami masak jer dalam hotel. But actually, kat sini benyak lah brand Malaysia. Ada macam – macam. Meraka banyak import dari Malaysia sebab halal. Ada juga illy nampak produk dari indonesia, turkey and india. Yang best tak risau semua halal kalau di local island.
Paling sedap illy recommend korang minta local food nama Garu Diya. Nampak macam soup kosong clear tu? Dia pakai fresh yellow fin tuna. Nak citer banyak tak guna, korang gi lah try memang best. Macam singgang tapi lain skit ada twist of Maldivian.
Nak barbeque pun ada tempat dah di sediakan kat Hulhumale. Tinggal beli arang kalau rajin lah. Mana tau balik fishing teringin nak barbeque ke kan? Tempat dah ada cantik pula tu.
Kitorang tak berapa rajin, jadi kitorang order dinner jer dari hotel. Ni rasa macam coral fish. Sedap sebab fresh. Manis jer rasa dia.
Ni local sweet buat dari kelapa. Lupa plak nama dia tapi dia ada yang rasa original, very sweet dan herbal macam spicy skit. Nanti dah sampai boleh cuba rasa local sweets. Kami ni kawan bagi. Thank you Ahmed (apet) for sharing this with us. Ahmed ni punya lah baik, siap bawa kitorang gi rumah dia pastu belanja pula kami dinner. Introduce us to his wife (Tahu) and son.
Keep in touch. If you ever come to Malaysia please contact us. We are very happy to host and show you around.
Ada ambik gambar menu, boleh korang buat kira2 planning ke kan. Tapi ni harga kat Hulhumlae jer tau. Kalau private island or island jauh then mungkin kena darap 5 or 10 dari harga ni. Kalau mineral water 500ml boleh cecah usd12 sebotol, kalau kat hulhumlae usd1 sebotol.
Nak tengok dan nak tahu lebih lagi pasal food kat Maldives, boleh tengok ni video illy buat pasal makanan yang kami cuba kat sana.
Romantic private Dinner – Ui Floating Villa
Antara activity yang paling illy tak kan lupakan adalah dinner dengan husband kat Ui Floating Villa. Ada citer dah dalam blog ni LINK kalau korang nak tahu details. Pun ada video juga hehe nanti gi lah tengok k? Sesuai lah kalau korang honeymoon ke atau saja nak dating pun boleh.
Tuna Jetty/Factory
Kami juga pergi melawat tempat Tuna Jetty. Tempat nelayan hantar tangkapan dorang. Kat sini hanya boleh tangkap ikan pakai joran tak boleh pakai pukat. Baguskan ? sebab nak pastikan ikan yang betul2 nak jer bawa naik bot. Kalau pakai pukat tak bagus untuk ecosystem laut. Sebab habis semua turtle lah apa semua termasuk sekali. Kat sini air bergelora ombak besar, jadi illy memang kagum and respect tengok fisherman yang handal tangkap ikan. What a valuable life skill.
Most of the time, kitorang sibuk ambik gambar.. ambik video. Ni muka tertekan camera masa tengah check one of the video kitorang buat. Dwi bahasa. Kitorang share tips pasal nak gi Maldives. Husband illy cakap english, illy cakap bahasa melayu. Nak tengok ke? hehe
Ada juga ambik gambar activiti and excursion punya price list. Lain hotel mungkin lain skit harga nya. Kitorang sebenarnya nak sangat pergi Dolphin watching tu tapi tak cukup orang sebab minimum 4 orang. Sajer jer kan nak kasi alasan suruh kitorang gi lagi hahaha Amin ya rabal alamin. Kalau Tuhan bagi peluang pergi lagi memang nak sangat. Boleh ajak family member kan?
Belanja sikit gambar gedik kami laki bini. Nanti korang datang sini ambik gambar puas – puas k? Nak di jadikan cerita before balik tu dah check out, boleh plak tak jumpa passport. I am like terus gelabah lah. Nasib gi balik hotel ada, lega tuhan sahaja yang tahu. Berpeluh kami laki bini. My husband lenjun peluh. I dalam hati ada rasa happy skit hahaah mana tau hikmah suruh stay lama lagi ahahahah always look at the birght side k?
Biasa lah dalam bercuti ni, walau macam mana kita plan mesti ada tergelincir skit. Baggage terlebih lah, silap itu lah silap ini lah.. The point here is to just enjoy the adventure. Kalau tak jadi benda pelik2 karang takda kenangan pulak kan?
illy nak end this post dengan gambar ni. Safe to say, illy ada banyak sangat gambar sampai tak tahu nak guna mana satu untuk wallpaper tukar hari2 pun takpe haha.. Okay tu jer lah nak share kali ni. Panjang entri kali ni. Illy dah cuba yang terbaik untuk kongsi pengalaman illy. Kalau korang nak tengok lagi, nak study lagi before korang punya holiday.. kat bawah ni ada lagi 3 video. Mana tau boleh give more ideas ke. Harap bermanfaat.
Thank you sebab sudi singgah at my blog k? Jangan lupa subscribe kat my youtube channel nanti illy share lagi tempat2 menarik yang kami pergi. Till next time, take it easy and smile!
* I am not paid to write this. This is our personal trip. As usual, I will test and review products or services regardless of whether they have been sent to me or not with honesty. Unless stated so in the post or marked with an asterisk, all products featured on this blog have been bought with my own hard-earned pennies. I started this blog to give my two pennies worth of thought and have fun along the way and that is exactly how this blog shall remain
thank you very much illy. Intan da bookmark url ni ingat next year nak pergi juger
ReplyDeletehappy to know!! thanks sebba selalu visit my blog Intan <3 appreciate it. Illy doakan your trip will be super awesome Amin <3
Delete*sebab
Deletecantiknya, one day boleh pergi insyaAllah
ReplyDeletetahu takpe memang cantik sangat :) amin one day you will <3
DeleteBestnya..insyaalah. nk pergi nanti
ReplyDeleteterima kasih Azlinda sebab tumpang happy :) illy doakan Azlinda pun pergi juga nanti Amin!! <3
DeleteThank you for this post babe, Insyallah if ada rezeki bleh la visit one day, it's such a beautiful & peaceful island <3
ReplyDeleteyou are most welcome my soul sister! thank you sebab dropby kat sini <3 amin2 i doakan you pergi nanti boleh bawak ammar yang handsome <3 haha
Deletegiler mahal tiket flight... ok usaha kumpul duit sebanyak mungkin ni ek
ReplyDeleteboleh tu kak lily, sikit sikit lama-lama jadi bukit hehe
DeleteNice
ReplyDeleteThank you!! :)
Deletecantiknyaa. berbaloi long journey dengan view yang cantik tu
ReplyDeletesekali sekala nak gi timba pengalaman :)
DeleteWaaa bestnya kak. Serious saya teringin sangat nak pergi nak bawa mak. Doakan saya dapat bawak mak dtg sini. Pagi tadi. Check flight RM8++. Murah sangat tapi duit belum cukup nak beli untuk 2 orang. Hehehe
ReplyDeleteamin2 semoga kak chu punya impian dapat nanti :) niat murni tu nak bawa mak jalan <3
DeleteHi, just want to ask. Totally their using usd dollar compared to mvr? Especially for food and services?Thank you.
ReplyDeleteyes betul as far as i know. cuma kalau gi kedai kecik at small2 pulau then they might prefer mvr. dont worry just bawa usd nanti pape tukar mvr kat airport sana :)
DeleteSlm. Regarding bas dr airport ke hotel, cari sendiri mcmna? Senang x? Sis dpt murah ye. Sbb smpai dh mlm. Semua hotel caj usd10/pax pula. Mahal la rm160 bg family utk bas je haha..
ReplyDeleteSalam :) kalau ramai rasa better naik taxi sharing2 atau pun van.. actually bus dia murah jer dalam usd2 masa illy gi tu bus dia setengah jam satu.. lokasi hotel budget dia pun tak jauh dari airport bazir lah kalau nak bayar usd10 satu kepala kecuali kalau barang banyak then boleh request hotel hantar van :)
DeleteAssalamualaikum...seronok baca dan view ur video...Insyaallah kami ke sana pada 25 oktober 2016 ni...semuga dipermudahkan perjalanan kami nanti..
ReplyDeletewalaikumusalam Zihan Hashim, terima kasih sudi singgah blog illy :) sangat appreciate your kind feedback. Illy wil ltry to improve from time to fime amin!! illy doakan your trip will be even more awesome dan semoga banyak memori indah <3
DeleteIlly, dari airport ke Ui Inn hotel tu naik bas apa ya? Turun dekat station mana? Thanks.
ReplyDeleteAda satu jenis bus jer kat betul2 tepi airport. Kalau tanya kat situ nak gi hulhumale town nanti dorang tunjuk tempat tunggu bus. Betul2 tepi food court dia. Ada burger king tak silap. Turun nanti just inform kat driver bus nak turun near ui inn nanti dorang turun kat kawasan cam perumahan flat. Jalam sikit jer tak sampai 10mins dah boleh nampak hotel 😊 confirm tak sesat sebab dekat sgt n most people can speak english n they are super friendly. Have fun!
DeleteTQ. It really helps!
ReplyDeleteglad it does :) enjoy your holiday sis!
DeleteHi... nak tanya, macamana you dapatkan tour guide sepanjang dkt sana? how much is the cost for that?
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteTahniah atas perkongsian ke Maldives.
Saya & isteri akan ke sana pada 27Sept - 1Okt. Bagaimana kemudahan Internet dan kad telefon serta kosnya?
Tkasih
X sabar ny nak pegi... nmpk cantik giler view kat Maldives. Klu bw baby pun no hal kan
ReplyDeletecantiknya, thanks for sharing :)hopefully dpt smpai sana one day
ReplyDeleteVery good info. Lucky me I came across your site by chance
ReplyDelete(stumbleupon). I've book-marked it for later!