Rai Syawal 2016 Bersama Poplook

Sedar tak sedar kita bakal menyambut kedatangan bulan puasa kurang daripada 100 hari lagi. Ini bermakna Syawal juga akan turut menyusul tiba dan seperti biasa, kini ramai diantara kita yang mula sibuk membuat persiapan hari raya. Ada yang sudah menempah langsir untuk dijahit, ada juga yang sudah menempah kuih raya dan ramai juga yang telah mula memulakan pencarian baju raya. Maklumlah, hari raya tidak akan meriah tanpa persalinan baju raya yang serba baru. Betul tak?

Menyentuh mengenai baju raya pula, biasanya koleksi baju kurunglah yang menjadi persalinan wajib turun temurun baik di desa mahupun di kota. Dan jika anda dapat lihat kini, terdapat banyak pilihan koleksi baju kurung dengan rekaan yang moden dan trendi.

clip_image001

Salah satu nama yang memang sinonim dengan koleksi baju raya adalah Poplook! Dan seperti tahun-tahun sebelum ini, Poplook sering mengeluarkan koleksi baju kurung moden dan koleksi dress Muslimah yang benar-benar menawan hati dengan tawaran harga yang cukup berpatutan.

clip_image003

Bukan itu sahaja, koleksi baju raya Poplook ini juga sering menjadi pilihan ramai wanita kerana ia diperbuat daripada jenis fabrik yang berkualiti dan memberikan keselesaan yang ideal kepada si pemakai.

clip_image005

Tunggu apa lagi? Buat pembelian baju raya anda sekarang juga dan sambutlah Aidilfitri tahun ini dengan meriah bersama Poplook!

Comments

  1. Pika memang suka shopping dekat poplook! Nice jugak koleksi Raya dorang tahun ni.. Excited!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg warna2 pastel tu yg tak tahan tu hehehe :)

      Delete
  2. X smpt tgk Raya collection diorg lg, byk sgt yg buat I tergoda ni, hahhaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Popular Posts