HACKED in LAZADA, SCAM ALERT!!

Mar 13, 2018

Scammer 2

Terketar-ketar tulis ni. Sebab selalu baca orang lain kena scam. Bila jadi kat diri sendiri dia punya rasa tu macam langit nak runtuh. Berdebar T.T

Pagi ni tiba2 illy ada dapat email dari lazada untuk tukar email. Padahal illy tak request. Pastu tertiba ada payment notification kata illy beli sunflower seed sedangkan tak order pun.

Hati terus tak sedap, pergi kat payment options dalam lazada candel kan paypal.

Nasib baiksempat Ya ALLAH... seram tengok orang jahat tu dah cuba beli telefon pakai account illy untuk hantar ke Sabah. Nasib illy cancel paypal. Kalau tak hilang melayang RM 954.30

Kita penat kerja siang malam cari duit, orang senang cari jalan mudah. Illy doakan orang jahat tu sempat bertaubat. Ingat ya, Tuhan ada. Tolong share untuk elak yang lain kena juga. Illy sarankan cancel payment method. Kalau nak beli biar key in pakai tac semua. tak perlu link pre-approved dgn paypal.

image

SCAMMER cuba beli sunflower seed dulu. Dia cuba berjaya terus dia order Phone 900 lebih Ya ALLAH, nasib illy sempat cancel payment options.

image

Cubaan tukar login email ke account PENJAHAT SCAMMER

Scammer 2

Dia tukar shipping address pergi ke rumah dia. Beli guna duit hasil titik peluh orang lain. Nama bukan main sedap tapi perangai nauzubillah. illy doakan supaya dia insf dan tak buat pada orang lain. Pergi lah cari kerja, cara halal kalau nak beli phone tu. Kenapa nak mencuri duit orang lain? tak berkat tau. DOSA tau tau DOSA?

image

Korang pastikan payment options ni cancel semua. Illy silap sebab authorize paypal. Lepas ni sorry no more. Serik, it was very CLOSE!!

image

image

image

image

Screen shot live chat dengan lazada customer service. Okay tu illy nakshare kali ni. please berhati – hati orang jahat sekarang banyak betul idea. Pergi lah cari kerja, atau buka business.

Till next time, take care!

4 comments:

  1. fuh
    nasib sempat cancel
    bahayanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. memang nasib sangat. sikit jer lagi nak burn hadoi

      Delete
  2. Geramnya baca post ni, orang tu memang jahat! Nasib baik Illy alert and sempat cancel payment, phew! Kena spread news ini kepada rakan sekalian sebab kita frequent online shopper, thanks for sharing Illy!

    ReplyDelete
  3. Allahu. Nasib sempat ek illy. Bahayanya zaman teknologi ni.
    Mencuri pun dah makin senang dan bijak pula tu.
    Semoga kita dilindungi dari penjahat2 ini.

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)