Top Things to do in Kedah - Tempat Jalan Menarik yang Wajib Pergi di Kedah

Mar 22, 2018

clip_image002

Assalamualaikum and Olla everyone!

Sekarang ni cuti sekolah kan? Tu yang illy nak share pasal Top Things to do in Kedah. Banyak sebenarnya tempat menarik di Kedah. Ni yang nak cerita ni hehe.. Kedah sebenarnya sangat sesuai untuk pemiinat sejarah, pencinta alam semula jadi, kalau nak hiking pun ada tempat menarik. Dah penat tu nak pergi hospring pun ada. Boleh makan buah – buahan tempatan *hint” durian hehehe pastu jangan tak tahu Kedah ada air terjuan yang cantik. Nak tahu lebih, boleh sambung baca. Macam – macam illy nak share.

clip_image004

First sekali korang tahu tak pasal Bujang Valley? Kalau nak belajar dan tengok sendiri macam mana bentuk candi yang dibuat dari se-awal AD110 boleh dating kat Bujang Valley. Tapak sejarah dan di sahkan sebagai structure buatkan manusia paling tua di rantau asia tenggara. Banyak info tentang kerajaan Kedah Tua ada kat sini. Peminat sejarah dari serata dunia datang jauh nak tengok dengan mata sendiri. Kita ni untung sebab tak jauh dalam negara sendiri boleh lawat. Just bawa kereta pun boleh sampai tak payah nak naik kapal terbang jauh – jauh.

clip_image006

Next, Kota Kuala Bahang atau juga dikenali sebagai Kuala Kedah Fort. Kat sini banyak sejarah penting yang berlaku dulu. Masa zaman perang, macam mana kita di jajah dan kesan peninggalan penjajah. Tempat ni dulu dia punya fungsi sebagai banteng pertahanan. Korang boleh lawat bangunan lama dan museum. Cantik tau bangunan dia boleh tangkap gambar banyak – banyak hehe..

clip_image008

Bagi pencinta alam, boleh datang lawat Bukit Hijau Forest Recreation Park. Ada air terjun cantik. Tak ramai orang luar tahu tempat ni kecuali memang orang Kedah sendiri. Kat sini ada tujuh air terjun dan siap ada kolam renang semula jadi. Air bersih dan udara segar memang syok sangat. Kalau dah boring duduk bandar,then pergi tempat nature macam ni memang best sangat. Hilang segala stress. Boleh forest therapy pastu soak all the natural goodness. Mata pun sejuk jer pandang tumbuhan hijau.

clip_image010

Tak minat air terjun? Takpa, sebab kat Kedah pun ada Tasik Pedu. Kalau nak memancing kat sini memang terbaik. Sambil hirup udara segar tengok pemandangan tasik pastu kalau dapat ikan boleh lah bbq ke.. best! Owh lupa nak citer di Kedah pun ada Sungai Sedim Forest Recreation Park. Jangan main – main tau. Tempat ni di iktiraf sebagai canopy walk paling panjang dalam dunia! Yes, dalam dunia. Korang jalan tu betul atas kawasan hutan yang cantik dan menghijau dan juga nanti akan nampak pandangan Sungai Sedim dari atas. Kalau nasib baik boleh nampak monyet atau tupai. View tak yah cakap confirm lah cantik. Nak shoot video ke nak ootd ke mesti style.

clip_image012

Kalau nak hiking, boleh lah panjat Gunung Jerai. Kaki hikers confirm tau tempat ni. Tinggi dia 1,217 meter atas paras laut. Time cuti sekolah ni nak bawa anak hiking boleh survey Gunung Jerai. Illy rasa best tunggu anak besar sikit boleh bawa gi sini hiking sama- sama good bonding time sambil create memory sama – sama. Kolam air panas pun ada kat Kedah tau. Ramai orang suka datang bila malam. Yer la kalau tengah hari anas hangus terus karang hahaha.. Datang malam takda lah terik. Imagine okay, sejuk punya udara pastu berendam kat kolam air panas. Dah macam kat spa. Tapi ni original punya spa banyak benefit sebab air penuh dengan mineral yang bagus untuk kulit dah badan. Tak perlu susah masuk hutan pun. Sebab memang ada laluan pejalan kaki dari bandan Ulu Legong terus ke Kolam air panas lebih kurang 6km. Chill jer la, anak illy yang Sofea tu masa umur 3 tahun pun boleh settle ikut kami marathon 5km. Korang dah besar confirm boleh punya.

Kalau korang nak picnic tepi air terjun yang stylo leih 100 meter tinggi dia boleh consider untuk pergi ke Seri Perigi. Nama dia perigi tapi sebenarnya air terjun. Okay tu jer la illy nak share hari ni. Harap membantu kalau korang plan nak pergi mana masa cuti sekolah.

clip_image014

Kalau bawa kawan dari luar negara, jangan lupa singgah Bukit Pinang. Kat sini terkenal dengan kebun buah- buahan. Jangan kata durian, macam – macam lagi buah- buahan tempatan yang korang boleh nikmati kat sini.  Fresh tu, direct dari kebuh buah. Tinggal nak kosong kan perut, sampai terus boleh bedal hahaha.

Unseen Malaysia | 41 Bucket-list-worthy Destinations

Unseen Malaysia | 41 Bucket-list-worthy Destinations. View the interactive version here

.

Banyak lagi tempat-tempat menarik di Kedah yang boleh korang check out di laman web Unseen Malaysia yang disediakan oleh pihak Traveloka. Bukan setakat Kedah, seluruh Malaysia.Nak tahu lebih lanjut korang boleh tengok kat website Traveloka. Sambil tu boleh survey harga hotel kat sana. Banyak promo menarik tau. Till, next blogpost!

- I do not own any of the pictures in this post – If you are the owner of the picture and would like me to credit your website or blog, please email me at illy.ariffin@gmail.com and I will do so. Thanks!

3 comments:

  1. best la review iily, gmbar pun cantik,

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah blog illy :) gambar bukan illy punya <3 hehe

      Delete
  2. Banyak tempat menarik kat kedah rupanya kan. Ni bila sebut kedah je asyik ingat langkawi langkawi langkawi. Hihihi.
    Lepas ni boleh plan trip ke kedah pula.

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)