Resepi Nasi Goreng Kampung Confirm Sedap | Multicooker Pensonic |

Jun 4, 2018

Resepi Nasi Goreng Kampung

Assalamualaikum and Olla everyone!

Puasa ke tak? Illy nak share resepi simple dan confirm sedap. HAHAHAHA bukan main lagi confident. Husband I cakap sedap. I percaya lah cakap dia. Nasi Goreng Kampung, serius senang sangat nak buat. Takda pakai serbuk perasa atau msg. Semua natural dah bekhasiat. Kalau raya first or kedua, orang datang confirm ada rendang lah lemang la semua lauk2 special kan? Tapi bila dah masuk ketiga raya bila ada tetamu plus berkumpul dah ramai kalau boleh nak masak yang simple dan senang biar ada masa spend time. Kalau sibuk masak jer ber-jam2 kurang masa untuk catch up. Paling kuat mee goreng atau bihun goreng ke atau soto ayam. Kalau boleh nak tetamu kenyang. Jadi illy cadangkan buat nasi goreng kampung. Very the traditional and simple.

Resepi Nasi Goreng Kampung

Resepi Nasi Goreng Kampung Confirm Sedap

Bahan – Bahan :-

Bawang Besar Sebiji

Bawang Putih 3 ulas

Cili padi kampung segengam

Ikan bilis segengam (separuh untuk blend separuh goreng garing)

bawang goreng

minyak masak – 3 sudu besar

kangkong – 1 ikat

2.5 pot nasi putih yang dah dimasak

Pensonic Multicooker -  PMC-1501

Resepi Nasi Goreng Kampung

Resepi Nasi Goreng Kampung

Okay, first kita blend dulu cili padi dengan ikan bilis dan bawang putih serta bawang merah. Kalau nak tumbuk pun boleh tapi blend cepat sikit. Ikut suka janji hancur. Bawang besar bagus untuk lebatkan rambut kita, dan bawang putih pula bagus untuk tingkatkan immune system badan, cili padi pun banyak khasiat tau. Kalau nak tahu cili padi kandungi vitamin C tujuh kali lebih tinggi dari orange. Selain ada banyak vitamins A dan E on top of that siap ada beta-carotene, folic acid dan potassium. Semua bagus untuk kesihatan kita.

Resepi Nasi Goreng Kampung

Illy cadangkan goreng dulu ikan bilis sampai garing, then letak tepi simpan untuk kejap lagi nak gaul dengan nasi. Minyak balance goreng ikan bilis tu boleh pakai untuk menumis bahan yang dah di kisar tadi.

Resepi Nasi Goreng Kampung

Okay tumis. Ada sebab illy suka pakai Pensonic Multicooker ni. Sebab first dia warna pink hahahaha. Sebab kedua, kan rumah illy pernah terbakar haritu punca dapur gas so macam masih serik. Tu yang prefer pakai letrik. Pastu illy suka sebab kapasiti dia 5L. Nak masak senang sekali jalan sebab orang kat umah illy kuat2 makan and suka repeat. Pastu sebab dia stainless steel illy rasa bersih takda masalah bottom tu calar ke apa. Then tak leceh nak basuh.

Cara buat nasi goreng

Bila dah settle tumis, bau naik boleh masuk kangkung.

nasi goreng kampung simple sedap

illy punya kangkung memang suka panjang. Kalau takut tercekik boleh potong kecik hahaha.. sempat lagi bagi petua takut orang tercekik. Okay sebenarnya bukan illy suka panjang. Illy suka potong kecik. Tapi masa tengah masak ni nak kena ambik gambar then sekali pula illy minta husband record video ingat nak upload kat yt. Dan masa yang sama anak illy, dua orang budak kecik teramat curious. Jadi terlupa nak potong sayur kangkung terus lah termasuk dalam kuali. Nak buat balik dari awal kang membazir. Sambung jer la. Korang ingat kena potong k sayur hahahaha

Bila dah layu, pecah telur. Goreng kasi telur masak dulu.

nasi goreng kampung simple sedap

step by step masak nasi goreng

Masukan nasi then masuk ikan bilis goreng. Jadi dah. Baru warna dia cantik sekata rasa pun sedap. Jangan lupa letak garam gula sikit. Dah siap, dah boleh makan. Lagi best kalalu ada telur goreng mata.

step by step masak nasi goreng

Illy sempat gi beli satay kat bazaar ramadhan nak kasi ngan makan dengan nasi goreng kampung. Okay tujuan illy share resepi nasi goreng kampung ni saje la nak share pengalaman illy pakai pensonic multicooker. Pastu illy ada berita best ni. Korang ada peluang tau nak menang banyak barangan rumah dari Pensonic siap boleh peluang menang kereta baru lagi. Macam mana nak join?

Contest Visual

BKBP_Contest-Celebrity 3

Kalau baca blog illy dah bertahun mesti perasan every year illy citer pasal campaign pensonic kan? Menarik tau. Sape tak nak join, menarik sangat hadiah dia.

1) Beli produk Pensonic RM50.00 ke atas.

2) Like Facebook Pensonic dan Poster peraduan kat sini

3) Share Poster Peraduan (set public)

4) Tonton rancangan “Balik Kampung Bersama Pensonic di TV3”

5) PM Gambar Resit, kad warranti, korang punya personal details dan jawapan untuk soalan peraduan FB.

 

Antara hadiah selain hadiah utama :-

  1. Pensonic 8.5kg Washing Machine
  2. Pensonic 43” LED TV
  3. Pensonic Air Cooler
  4. Pensonic 45L Oven
  5. Pensonic Nutri De Blender
  6. Pensonic Air Conditioner

Soalan akan dipaparkan di Facebook Pensonic yang rasmi lepas program “Balik Kampung Bersama Pensonic kat TV3. Jangan lupa tau kat TV3 setiap isnin pukul 6 petang. Ada 8 episode semua nya dah ada total 80 pemenang setiap episode 10 pemenang lah. Hadiah mingguan boleh tengok kat poster. Kalau tak menang Peraduan Beli Tonton dan Menang pun takpa sebab masuk ada peluang untuk join PensonicFacebook Live Grand Final punya peraduan pada 21 July 2018 untuk menang banyak lagi hadiah termasuk Nissan X-trail Haidha Utama yang bernilai RM137,000,00! Asyik nampak orang lain jer menang kereta. Mana tahu tahun ni rezeki korang pula dapat menang kereta baru!!!



No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)