Tips Memakai Lipstick untuk Bibir Tipis

 
clip_image002
Siapa yang tidak mahu memiliki bibir mungil seperti Angelina Jolie? Kebanyakkan wanita pastinya mengidamkan bentuk bibir yang seksi seperti itu lebih-lebih bagi mereka yang mempunyai bentuk bibir yang tipis. Well, anda tidak perlu menggunakan teknik make up professional untuk memiliki bentuk bibir yang mungil bak selebriti, tetapi cukup dengan mengikuti tips-tips memakai lipstick wanita seperti berikut;

clip_image004
1. Bersihkan bibir anda
Bersihkan bibir anda atau dengan kata lain, buang sel-sel mati pada permukaan bibit anda untuk membolehkan sapuan lipstick menjadi lebih rata. Seperti kulit muka, bibir anda juga harus kerap dibersihkan. Anda boleh membeli produk skrub bibir di mana-mana farmasi berdekatan atau gunakan gula perang sebagai alternatif. Langkah ini bukan sahaja melicinkan permukaan bibir, malah melancarkan peredaran darah pada bahagian bibir anda.
clip_image006
2. Sapukan primer atau base
Seperti solekan muka, solekan bibir juga memerlukan bantuan primer atau base untuk memastikan warna lipstick kekal lebih lama. Selain primer, anda juga boleh menyapu bedak sebagai alternatif.
clip_image008
3. Lukis garisan bibir
Pastikan anda menggunakan pensel bibir yang berwarna lembut seperti pink, nude atau neutral semasa ingin melukis garisan bibir. Dan lukiskan garisan yang tidak terlalu keterlaluan sehinggakan bibir anda tampak terlebih besar.
clip_image010
4. Sapu lipstick dan diikuti lip gloss
Kemudian, pilih koleksi lipstick kegemaran anda dan sapukan pada permukaan bibir seperti biasa. Diikuti pula dengan sapuan lip gloss sebagai lapisan yang terakhir untuk menyerlahkan lagi bentuk bibir anda.


*This post is written by a Guest Writer 









Comments

  1. Nice sharing sis. Saya memang suka pakai lipstick. Makin-makin jenis yang merah sangat mak ngah tu.

    http://angellovesoldier.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih for dropping by and for commenting Ordinary wawa. hehe kita perempuan mostly memang suka bab melawa ni... hehe

      Delete
  2. ya.. I really believe that lips represent our soul. a good lipstick definitely can makes us more charming & attractive

    ReplyDelete
  3. setiap kali saya keluar,saya mesti pakai lipstick

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Popular Posts