Set Bersalin Danita | Review |

image

Assalamualaikum and Olla everyone!

Lepas balik dari pusat berpantang hari tu, illy banyak spend time duduk rumah menghabiskan waktu berpantang and cuti bersalin yang company bagi. Aktiviti illy kat umah memang setiap masa dengan Zandria mostly. Weekend ada lah husband illy kat umah. Kalau weekdays, pagi jer Johan dan siapkan sofea pergi sekolah sekali Johan gi kerja. Jadi kat umah memang illy dengan Zandria jer.

Mula tu payah lah juga sebab belum 100% sembuh nak gerak sangat pun tak boleh badan tengah sakit-sakit lagi yang jahit luka pun belum betul-betul sembuh. Tapi alhamdulilah dipermudahkan semuanya oleh Allah. Anyway, ni menaip entri pun sementara Zandria tengah tidur lepas minum susu nenen hehe..

Kali ni illy nak share pasal Set Bersalin Danita. Dia ada 3 jenis set which is Daisy, VIP dan Premium. Yang illy punya set VIP. Beza jenis set adalah apa barang dalam tu, kat hujung post ni nanti boleh tengok apa barang yang beza. Bagi illy set Daisy tu pun dah okay cukup. Tapi kalau ada budget lebih sikit boleh ambil set VIP atau set Premium. Bukan apa, tak salah rasanya spend sikit untuk kesihatan badan kita juga. Kalau mak sihat baru lah boleh jaga anak dan suami kan?

image

image

Okay barang pertama illy nak review adalah boreh panas dari Danita. Dia datang dalam bekas plastik macam ni. Boleh guna as pilis, nak jadikan lulur badan pun boleh dan kalau nak pakai letak before pakai bengkung pun boleh. Just campur air sikit sampai jadi macam paste. Bagi illy mudah sangat nak pakai. Dalam dia dah termasuk herba yang baik untuk ibu berpantang. Illy pakai lulur dia tu selang dua hari. Bau dia pun tak tengik. Just nice. Texture lepas campur air dia cam halus jer. Kalau suka pekat then kurang kan air sikit masa campur tu.

image

image

Yang ni apa pula? Ni lah Sabun Aura Terapi Danita. Sabun ni illy pakai hari – hari even masa kat confinement center tu pun memang illy pakai. Nampak tak herba dalam sabun tu? Bagus sabun ni untuk tambah kan aura badan kita pastu nak pakai pun senang buat cam pakai sabun biasa tu. Kulit rasa lembut lepas pakai. Rasa bersih sangat.

_1020357

_1020358

Ni pun barang yang illy pakai setiap hari lepas jer bersalin, minyak Serai Wangi. Illy suka bau dia cam tenang jer. Tak kuat sangat just nice paling penting tak panas. Minyak ni sesuai lah kan badan tu lenguh. Contoh macam illy kalau breastfeeding dengan masa pump susu ada rasa lenguh then memang illy pakai minyak ni. Kalau baby kembung pun boleh pakaikan juga sesuai untuk ibu and baby boleh share jer. Kekadang tu sapu kat kaki, betis sambil urut-urut sikit sebab dalam dia ada rempah ratus jadi badan rasa ringan selesa.

image

image

This one pula untuk minum. Jus Sengat Dara. Bukan main lagi nama dia kan? haha.. Kalau beli set premium ni dia ada bagi 2 botol. Illy suka minum 2 sudu pagi sebelum makan or minum apa masa perut tengah kosong lagi. Jadi biar serap terus. Banyak bahan yang baik dalam jus ni. Tengok lah tu ada delima, madu, serbuk mutiasa, goji berries, macam – macam lagi. Combination antara herba dari melayu, orang asli amerika hingga lah ke maharani china. Lengkap terus. Yang penting kita usaha sebaik mungkin nak sihat nak cantik. Rasa nanti kalau dah habis pantang pun nak sambung minum sebab illy perasan badan rasa ada tenaga and tak cepat letih.

image

Ni pula Mandian Herba Aura. Dalam tu ada 3 bunjut. Setiap bunjut boleh pakai banyak kali sampai hilang bau and warna. Illy masa kat confinement center tu memang dorang sediakan mandian herba setiap hari. Tapi dah balik rumah takda dah. Nasib ada Set bersalin danita ni dia dah sediakan bunjut mandi herba. Cara nak guna pun senang yang amat. Just masak air masuk bunjut dalam periuk sampai bau dia semerbak dan air tukar warna gelap. Satu rumah bau herba. Ada orang suka ada orang tak minat. Bagi illy best bau dia sebab relaxing macam bau spa bali.

image

image

Ni pula Bengkung Zip Zap yang ada Zip. Pasang tali tu macam tali kasut. Tapi nak gi toilet ke tak susah cam dulu-dulu sebab ada zip kat tepi so boleh cabut. Nak pakai balik tak yah renyah pasang jer zip settle. Orang cakap kalai pakai bengkung ni banyak kebaikan dia. Kalau nak pinggan ramping boleh lah amalkan. Orang dulu – dulu tak bersalin pun pakai jer bengkung sebab nak jaga bentuk badan tu pasal orang dulu slim jer punya stylo pakai kebaya. Zaman skang dah mudah pakai zip jer. Nak basuh pun senang masuk jer dalam mesin basuh. Material dia tak panas jadi takda lah gatal or ruam. Bila pakai tu rasa tegap selesa.

Sebenarnya Set Bersalin Danita ni punya lah lengkap sampai ke tungku besi (2kg) dan sarung herba pun ada. Cuma illy lupa nak ambik gambar tungku haha.. Dia macam besi panjang. Korang just panaskan atas api. Tehn tunggu dia sejuk sikit before masuk dalam sarung herba. Lepas tu letak kat perut kat badan. illy perasan setiap kali bertungku flow darah jadi bagus banyak darah kotor kuar dari rahim. Maybe sebab dia bantu perjalanan darah kan. Flow bagus cepat sihat. Insya Allah.

Seperti dijanjikan kat bawah ni ada jenis – jenis Set Bersalin Danita. Illy punya yang  tengah tu. Ikut korang lah nak pakai yang mana ikut kerperluan dan budget masing – masing. Kalau nak tahu more info boleh check out fb dorang kat sini or google jer la baca ramai lagi yang bagi testimoni pengalaman masing – masing.

WhatsApp Image 2016-12-06 at 14.19.57

WhatsApp Image 2016-12-06 at 14.19.58 (3)

WhatsApp Image 2016-12-06 at 14.19.58 (2)

Overall, bagi illy puas hati dan berbaloi Set Bersalin Danita. Takda complain apa. Kalau yang nak berpantang sendiri kat umah pun sesuai menda dah lengkap. Okay tu jer la nak share pengalaman illy. Harap membantu. Terima kasih sudi singgah blog illy. Ni dah nak out lah nak sambung belek baby hehe bye korang!

Comments

  1. hari tu nak try jugak Danita tp dapat Tanamera.. next time la cuba danita.. ehh tak nak peknen lagiii hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe takpe nanti ada rezeki pregnant lagi ke mana tau kan? boleh cuba danita pula <3

      Delete
  2. First time dengar pasal Danita ni..
    Mcm best ja boreh dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. best boreh dia tu Alia sebab multi purpose :) <3

      Delete
  3. Siap dgn bengkung sekali, mmg complete =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling best sebab ada zip bengkung dia tu nak gi toilet ke apa senang hehe <3

      Delete
  4. Dear you rasa tanamera or danita lebih bagus? cos you use both kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Popular Posts