Kempen Memperkasakan Wanita bersama Elizabeth Arden, Resse Witherspoon dan UN Women |March On|

IMG_8248

Assalamualaikum and Olla everyone!

Illy ada topic penting nak share dengan korang semua hari ni. Tentang campaign baru dari Elizabeth Arden dengan Resse Witherspoon dan disokong oleh UN Women. Illy rasa Elizabeth Arden tak perlukan introduction dah sebab mereka memang terkenal sebagai salah satu nama dan brand yang kuat dalam bidang kosmetik berkualiti tinggi. Korang tahu tak yang pengasas kosmetik ni memang penyokong kuat hak asasi wanita dari zaman sebelum dia sendiri ada hak mengundi. Wah dah lama kan?

Tambahan dari semua sokongan beliau sejak beberapa tahun yang lepas, kali ini Elizabeth Arden berkolabrasi bersama Resse Witherspoon dengan sokongan UN women. Kalaunak tahu UN Women ni adalah badan pertubuhan yang focus dia nak bantu hak asasi dan kuat memperkasakan wanita di seluruh dunia.

image

Macam korang tengok kat dalam gambar ni, Gambar ni di ambil padatahun 1912 di mana Elizabeth Arden menyediakan gincu merah kepada semua peserta demonstrasi yang bertempat di Fifth Avenue. Zaman dulu, lebih tepat lagi 106 tahun dahulu pakai red lipstick bukan benda yang orang selalu buat. Ini mencetuskan revolusi baru tentang pemakaian lipstick merah. Ianya menjadi symbol kekuatan wanita dan masih diteruskan sehingga kini. Ia juga mengambarkan sokongan wanita terhadap wanita lain dalam mendapatkan hak sama rata.

IMG_4626

Baru-baru ini, Elizabeth Arden telah menganjuran sesi ramah mesra dan juga pelancaran kempen March On di Malaysia bertempat di Cocott’ KL. Ramai pihak media serta jemputan khas yang hadir untuk memberi sokongan.

IMG_4606 (1)

IMG_0126

Di antara tetamu yang hadir adalah Yuh Wen Foong. Dia adalah pengasas bagi SushiVid. Illy sendiri pernah berkerjasama dengan syarikat SushiVid dalam beberapa kempen sebelum ini. Happy lah juga bila dapat tahu SushiVid turut sokong kempen yang positif dan bagus macam ni,

Padahari tersebut, Yuh Wen Foong turut berkongsi pentas bersama Hannah Yeoh. Mungkin ramai mengenali Hannah Yeoh sebab dia adalah seorang ahli politik wanita. Senpanjang upacara, Hannah Yeoh dan juga Yuh Wen Foong ada berkongsi pengalaman dan juga kata semangat. Di antaranya :

1) Kita sebagai wanita tidak perlu berfikiran seperti mangsa. Kerana kita bukan lah mangsa.

2) Kita tidak perlu merasa bersalah jika kita perlu ke rumah untuk mengurusan keluarga. Kita harus menjalankan semua tangungjawab kita dengan terbaik.

3) Perubahan berlaku pada tahap undang – undang.

4) Sokongan kuat dari keluarga dan rakan – rakan adalah penting kerana mereka akan menyokong kita dalam apa juga keadaan.

Jadi, apa lagi yang boleh kita buat untuk sokong?

image

Korang boleh beli satu ataupun banyak gincu merah Elizabeth Arden Limited Edition Beautiful Colour Moisturizing Lipstick (Red Door Red). Setiap unit gincu yang cantik ini berharga RM109. korang bole hdapatkan di Parkson One Utama, Parkson Pavilion Elite, Plaza Merdeka, Aeon Mid Valley, Isetan KLCC, Isetan The Garden dan di online melalui Hermo, Zalora dan juga Lazada. Setiap pembelian iaitu 100% hasil jualan akan disumbangkan kenada campaign March On ini. Jadi bukan sahaja korang akan dapat miliki gincu edisi terhad yang sangat cantik, malah dapat juga membantu dan memberi impak positif kepada semua wanita di seluruh dunia.

Okay, tu jer lah illy nak share kali ni. Terima kasih banyak sudi baca blog illy. Nanti macam biasa ada isu menarik lagi illy akan kongsikan. Bye!

Comments

Popular Posts