Pengalaman ke Menara Taming Sari, Wajib pergi kalau ke Melaka

Feb 9, 2018

image

Assalamualaikum and Olla everyone!

Baru ni illy pergi Melaka. Sebenarnya banyak kali sangat pergi melaka sebab tu kampung mak mertua illy. Tapi banyak kali balik kampung sekali pun tak pernah pergi Menara Taming Sari. Berjalan ke town melaka memang jarang sangat sebab kalau kitorang balik selalu nya time weekend or time cuti public holiday jadi memang jam kalau kawasan bandar melaka. Tu yang lagi prefer duk kampung, lepak dengan sedara.

Kali ni kami sajer la balik sebab nak melawat mak mertua dan mak sedara yang kat kampung. Fil and BIl keluar 40 hari jadi mak mertua illy balik melaka sebab kalau duk kl pun dia boring. Alang – alang balik, husband illy plan nak bawa lah dorang semua berjalan tu yang pergi Menara Taming Sari.

Nak cari parking kena creative sikit, kalau takda boleh park dalam Dataran Pahlawan punya mall pastu jalan kaki sikit. Tak jauh pun betul sebelah dia. Ticket masuk menara taming sari RM25 untuk adult, tapi ada discount kalau ada IC. Tak sampai RM20 seorang. Kami masa tubawa warga emas so dapat discount lagi. Budak 3 tahun hingga 12 tahun kena charge. Adik naik free sebab consider baby.

Alhamdulilah tak ramai orang masa kami pergi. Beratur pun tak lama. Kejap jer duduk terus dapat naik. Seronok kalau korang minat tengok aerial view. Boleh nampak pemandang Melaka 360. Nampak macam-macam. Boleh nampak selat Melaka, tempat laluan cruise, kedai-kedai menarik. Memang pesat bandar melaka membangun. Duduk dalam tu kita 10 minute juga lah pusing – pusing. Tak gayat sebab dia tertutup tinggal nak duduk and nikmati permandangan.

20180203_192417

Bagi illy, puas hati lah.. walaupun dalam hati ni rasa kalau lama lagi pusing kan best hehee.. Kalau pemandangan cantik 30 minute tenung pun belum tentu cukup. hahaha sian plak orang lain tunggu giliran. Okay tu jer la nak share kali ni. Nanti nak tengok more details and the view boleh check out latest video kat YT illy. Ada illy share kat bawah ni. Mana tau bermanfaat ke, boleh bagi korang idea. Sambil tengok YT tu jangan lupa like and subscribe k? Banyak lagi tempat menarik yang illy akan share in the future. Insya Allah.

Terima kasih sudi singgah blog illy. till next blogpost, don’t forget to take it easy and smile!

2 comments:

  1. wow seronoknya..Melaka antara negeri yang sangat suka pegi.Wajib naik taming sari lepas ni kalau pegi Melaka.

    ReplyDelete
  2. nanti kalau pergi boleh singgah :) dekat jer dgn dataran pahlawan <3

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)