Super Nice High Tea + Free Flow @ The Stripes Hotel |HONEST REVIEW|

Feb 22, 2019


Assalamualaikum and Olla everyone!

Nak citer sikit pengalaman kitorang pergi high tea bawa budak-budak. Ni first time anak illy nak merasa high tea. Sekali sekala bagi dorang happy perasan princess. Husband i jenis memang control pemakanan anak, nak bagi gula ke jalan memang payah. Kalau fruits atau benda yag non-process takpe yang dia sokong. Tapi kali ni exeption la bagi la juga anak nak merasa makan dessert. Kesian la pula asyik kena makan sayur jer kan hahaha.. Hidup kena lah balance. Mak dia tang cari alasan pandai LOL 

Okay sambung citer, kitorang pilih nak spend time dengan budak dekat The Stripes Hotel sebab utama dia punya high tea free flow. Anak - anak boleh makan dengan puas. (ALASAN). MAk ayah dia pun dah berapa lama diet eat clean ni nak baru nak merasa buka pantang sikit hahaha.. Yer korang kalau tak caya tanya orang kat office illy. Memang minimum 3 kali seminggu I minum juice jer for lunch. Kat sini the price for HighTea RM55 per person (feb 2019) kebetulan masa pergi tu ada promo chinese new year agaknya tiba dorang cakap eh.. buy 1 free 1 tau. Okay bagus, rezeki jangan tolak. 


Lokasi dekat dengan Jalan Doraisami punya belakang area club tu, tapi gi siang takda la club. Nak alamat penuh boleh tengok kat sini, illy tempek google maps sekali kasi senang korang nak pergi nanti. 


Hotel Stripes Kuala Lumpur
25, Jalan Kamunting
50300 Kuala Lumpur
hsklresv@stripeskl.com
Contact Number : 03 2038 0000




Semua excited nak pergi high tea macam princess. Siap pakai spek mata bagai. Nasib tak minta crown, pengsan ayah dia. Kalau jenis malas nak baca illy tulis, boleh jemput tengok video illy dah buat kawah ni. Kenangan nanti budak dah besar boleh tunjuk kat dorang. Kami bukan jenis suka manjakan anak dengan mainan, kitorang lagi prefer spend untuk new experiences. Biar dorang appreciate memories instead of fizikal items. Tapi tu pilihan dorang lah, kita cuba terbaik. Apa keputusan dorang bila dah besar nanti pandai2 lah. Ko nak jadi hoarder ke, aku boleh buat ape Siapa lah kita nak dictate, itu hidup dorang. Eh lari tajuk plak. 

Tengok tau video ni, alang - alang tu jemput la like ke, subscribe ke, comment ke. Jangan malu jangan segan. 


Tengok tau video ni, alang - alang tu jemput la like ke, subscribe ke, comment ke. Jangan malu jangan segan. Boleh dapat banyak lagi idea tempat menarik untuk spend time and buat activites dengan anak - anak. Port dating mak ayah pun banyak kitorang share hahaha.. nak tengok illy buat make up tutorial pun ada, resepi menarik macam shell out tu pun ada.. macam - macam ada. Kalau tak follow rugi hahahaha.. 


Nanti masa datang dia ada bagi welcome drinks, air sejuk. Kitorang dapat air orange. Lega tekak tengah panas tu dapat air orange sejuk ice ketul. Lepas tu boleh start order drinks. Dia offer nak coffee ke, nak hot chocolate, nak latte minta jer. Nanti waiter datang hantar siap senyuman manis lagi. Dalam picture illy ni Hot Chocolate. 



Ni savoury tray. Yang ni pun boleh refill sampai lebam tau. Dari kanan karipap, fried risotto balls, roti salut sosej dan egg tart. 



Zandria, anak illy paling bongsu memang sejenis manusia yang suka makan crunchy. Yang risotto balls ni paling dia repeat. Macam bertih beras goreng dalam tu ada cheese melted. Tak nampak gambar cheese kat sini sebab anak i dah korek. 





Egg tart ni pun menarik, crust dia sedap lemak manis. Inti dia lembut, so campuran combinasi texture tu memang ngam dalam mulut. Tengah dia pu ada salmon, jadi ada element suprise kat situ. 




Sosej role ni agak banyak kali sofea repeat. Kat rumah ayah dia memang haramkan sosej dan segala makanan process. Budak kalau menda yang kita halang yang tu lah dia paling teringin. Masa gi high tea tu apa lagi, sofea pun bedal lah berapa round. Muka dia pun dah nak jadi sosej dah sikit illy tengok. 





My husband pula peminat karipap. Dia cerewet pasal karipap, sebab dia pandai buat. Serius i bukan nak puji, tapi husband illy kalau buat karipap memang champion. Dia punya luar tu crunchy tapi tak soggy, ranggup, dah tu isi penuh dan rempah pedas memang terasa. Kitorang try karipap kat The Stripes Hotel ni okay la acceptable. Tapi dah rasa husband I punya so memang rasa karipap lain still tak boleh nak lawan. 


Zandria paling hyper dapat sweet stuff hahaha.. Dari elok minta baik terus jadi macam anak pelarian aku tengok. Owh lupa nak citer, ada juga free flow french toast. Okay la sedap juga. Minum petang makan french toast buat sulaman. 



Tu diaaaa... DESSERT dah mai. Kat sini dessert dorang serve pakai tray. Dia bawa tray pastu tanya nak yang mana. Agak segan gak la nak minta itu ini. Anak i kesah ape, dia minta jer nak yang mana. I rasa okay juga buat serve dalam tray tak payah nak bangun banyak kali pergi kat buffet area. Sepanjang masa memang dulu layan anak, pape hal dorang memang layan serve ke meja. Berbaloi bayar service charge. 


Ada apple crumble, fruit cake, eclair with strawberry filling, manggo cheesecake, banyak lagi choices tak silap lebih 15 choices. Dengan biscoti, macarons pun ada. Kesimpulan memang berbaloi. Balik pasti jadi hyper cam anak illy semua sugar high. Nanti korang gi la try kot ada variety lagi menarik ke promo lagi mengancam ke, share la.. kalau tahu ada tempat high tea menarik yang korang dah pernah try pun.. meh la share.. kitorang nak try gak hahaha... 

Okay tu jer la nak share kali ni. Harap membantu. Cam dah lama jer tak update blog. Rindu juga sekali sekala tu nak menulis. Till next post, thank you sudi spend time baca my humble blog. Don't forget to take it easy and smile! 









2 comments:

  1. sedap menu lapooo lagi ni.. sofea tuh sebijik illy betul lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh la jom gi kak lily hahaha.. lama lah tak jumpa kak lily <3 windu

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)