Terjebak ke K Fry Urban Korean | Honest Review |

Feb 28, 2019






Assalamualaikum and Olla everyone! 

Illy telah berdosa. Ni kalau dr chee baca my blog mesti i kena membebel hahahaha.. Takpe kot sekali sekala makan menda sinful. Nak citer pengalaman pergi makan kat K Fry Urban Korean. Kami pergi cawangan One Utama. Lokasi dekat old wing bahagian LG. Kat tempat banyak kedai makan punya lorong dia sebaris dengan sushi tei, kenny rogers. Kalau pergi old wing one utama confirm jumpa la. 

Kitorang pergi time dinner, memang expect ramai orang sebab kedai ni tengah hip sekarang ni. Tapi takda la sampai kena beratur lama. Still reasonable. Illy kalau dah nak kena beratur sejam lebih memang sorry la aku nak layan. Tunggu dah redha hype baru pergi. 

Kedai dia punya atmostphere, ala lampu malap tapi ada banyak jugak neon punya lampu, macam happening la juga. Seating ada, yang tall table ada normal seating. Kami ambik normal seating senang nak letak babyseat. 

Satu nak puji, kat sini pakai staff local. Bukan nak racist ke apa, tapi kalau kita order pastu yang mengambik nyer blur pastu nak citer pun cam tak paham, agak potong di situ. Bila pakai staff local, kita nak tanya senang nak communicate tu mudah. Kalau nak pakai non-local staff pun boleh jer, tapi pastikan dia punya communication level tip top. Banyak jer tempat yang pakai non-local tapi mudah nak berurusan. Training main peranan penting. Illy tgk kat sini memang rasa puji manager dia. Sebab staff kat sini nampak cukup training. Sopan, sabar pastu proper sop, tangkas dah tahu nak buat apa. 



Order chicken rice cheese untuk anak illy share 2 orang. Sofea punya sengih nampak meal sampai, tuhan jer tau. Mula tu sibuk nak pegang, i dah kata dah panas. Tapi dia excited, hambik kau pegang besi panas. Tapi tak menangis sebab salah sendiri. 

Bagi illy, yang ni okay kalau untuk budak. Lagi plak yang suka telur and cheese. Tarik telur tu banyak cheese kat dalam. Sedap! 



Ni kami ambik Yangnyeom Chicken Bumbuk. Untuk sharing ni sebenarnya. Tak sangka la portion dia memang banyak giler. Setimbum sampai atas meja. 




Supaya tak rasa bersalah sangat kita kena ambik salad hahahaa... 




Untuk set ayam tu, nanti dia datang sekali dengan tempat masak ni. Pastu staff dia datang tanya, nak dorang balutkan cheese atau kita nak buat sendiri. Jawapan nyer memang minta dorang buatkan. Kalau buat sendiri karang ayam terpelanting kat meja sebelah pun tak berapa lawak sangat lah. 



Lepas dia melt kan cheese, dorang angkat dan balut ayam tu macam dalam gambar ni. Ayam dia banyak flavour ada orginal, honey mustard, yangnyeom ni patutnya pedas tapi bagi illy takda la pedas mana cam pedas cili sos boleh lagi nak makan. Tapi korang gi la survey kot dah ada perasa pedas kaw ke pula skang ni. 




Nampak dia punya excited? Zandria kalau tang makan memang dia champion. Kami spend bawah rm100 untuk 4 orang and siap bawa balik bungkus lagi ayam. Rasa nya yang set chicken bumbuk tu boleh share 4 orang dewasa. Okay la buat merasa. Bagi illy not bad, boleh jer kalau ada birthday ke, nak jumpa family ke boleh la bawa makan kat sini. Kalau gi korea memang tak merasa lah dia punya ayam sebab nak cari yang halal memang "harapan". Ada kat malaysia version halal, baik hargai hahaha.... 

Okay tu jer la nak share kali ni. Next time ada tempat menarik kami cuba, illy share lagi k. Take care and see you on the next blogpost. 






No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)