Flower Fun Brunch | Tanamera Malaysia + Bloomingwithilly |


Assalamualaikum and Olla everyone! 

Hari ini illy ada nak share pasal Flower Fun Brunch. Kita ni kadang - kadang terlalu sibuk dengan hal kerja, hal rumah tangga sampai lupa bertapa penting untuk kita pamper diri. Pamper diri tak semestinya pergi massage jer, luang masa untuk bergaya dan jumpa kawan pun boleh release stress tau. Sebab tu baru ni, illy host Flower Fun Brunch semperna bulan Mar ni ada sambutan International Women's Day. 

Kali ni, Tanamera sweet sangat sebab sudi nak sponsor Flower Fun Brunch. Illy kan, kalau orang baik dengan illy, lagi illy rasa nak try my best untuk balas berlipat kali ganda. Masa Catherine contact illy cakap nak bekerjasama, memang happy sangat. Sebab illy rasa ada peluang untuk kongsi kegembiraan ni dengan kawan - kawan yang sudi support perjalanan blog illy selama ni. Sambil boleh meet up kawan lama, boleh juga kenal kawan baru. Kalau selalu nya asyik contact kat instagram kali ni boleh jumpa face to face. illy suka kenal kawan baru sebab illy realised banyak illy boleh belajar dari setiap orang yang illy jumpa. 





Event kali ni buat di Two Sons Restaurant di The Starling Mall. Senang just depan tu jer dah kedai Tanamera. Lepas habis event boleh terus visit Tanamera punya official shop. Illy suka bila orang sekeliling illy happy. On that day, illy sengaja datang awal nak decor dulu lunch table. Biar tetamu rasa happy dan dihargai. Harap dorang suka la dengan decor simple ni.  Tema pun flower, kena lah ada flower atas meja baru matching. 






Boleh la kan? Illy rasa lepas ni nak lagi better lagi, kalau ada next event nak decor lagi gempak lagi amin. Nak kasi kawan - kawan rasa happy vibe bila datang. Macam mana korang rasa okay ke? Jangan cakap illy tak jemput k. Illy banyak kali dah citer yang illy kalau share invite memang buat kat insta stories atau insta timeline. Illy memang setahun sekali nak login fb pun payah sekarang ni. Illy just focus pada instagram untuk communication channel, content output illy focus pada youtube dan blog. Jadi kalau tak nak ketinggalan invite next time, jemput follow kat instgram, pastu on notification. Next time illy buat event boleh kita jumpa. 






Terima kasih semua sudi luangkan masa sabtu tengah hari untuk spend time together. Kitorang borak pasal anak lah, pasal pengalaman guna produk tanamera dan macam - macam lagi. Everytime dapat borak dengan kawan - kawan illy rasa macam lupa masalah sekejap. Rasa being supported, illy harap everyone yang datang pun dapat rasa macam tu. Illy rasa selesa sangat bekerjasama dengan Tanamera sebab they are very human focus. Korang kalau nak tahu, Tanamera boleh jer nak letak harga mahal sebab kualiti memang bagus. Produk Tanamera di jual di serata dunia kat spa yang berbintang-bintang. Mat Salleh sanggup tu bayar shipping bagai semata nak pakai produk natural Tanamera. Tapi dorang nak produk dia ni biar mampu milik, Jadi setiap lapisan masyarakat boleh dapatkan produk natural. Rugi la kalau kita yang kat Malaysia ni tak ambik peluang dan rasai sendiri. illy kan kalau brand yang jenis human focus ni memang illy nak support. Rasa align dengan jiwa. 

Semenjak dari start pregnant anak first, illy perasan illy macam lebih berhati - hati. Both perpantang memamng illy guna set bersalin Tanamera. Sape dah try mesti tahu kenapa best. Bab makan sampai lah barang pencuci. Illy kalau boleh semua nak guna natural. Sebab kesan jangka masa panjang dia tu. Kalau tak tukar 100% pun illy harap korang try la alternative yang natural. Ni nasihat sebab sayang tau. 







Terima kasih kawan- kawan sudi spend time sama - sama. Harap dapat join lagi next time punya event k. Segala kesilapan or kekurangan Flower Fun Brunch, illy minta maaf. Overall, illy rasa berjalan lancar. 






Terima kasih banyak yang tak terhingga kepada Catherine, Elaine dan Tanamera Malaysia Official atas kerjasama ini. Terima kasih juga kerana bermurah hati untuk bagi goodies menarik untuk setiap tetamu. Floral water Tanamera antara paling worth it sekali kalau korang beli. Percaya lah illy dah beli banyak jenis floral water, yang ni worth it. Bau wangi, segar kalau tengah hari lepas lunch rasa nak mengantuk sila la spray kat muka. Terus dapat hydration campur aura bunga jadi terang jer mata. Essential oils dan Tanamera Aroma Stone tu pun wajib cuba. Ni bagus kalau ada naka kecik tapi nak rumah bau wangi. Kalau burn candle takut bahaya kan? Kalau pakai humidifier kerja nak tambah air jer, ni tak payah just drop kat aroma stone, boleh tahan setengah hari. Illy letak dalam kereta. Takda la hidu bau chemical bagai, ni memang natural dapat bau wangi dan dapat rawatan aromatherapy sekali gus. Feminine Herbal Wash ni very the klasik. Kalau berli set berpantang ada herbal wash ni. Buka bekas terus semerbak bau herba. Nak merasa cara rawatan dan penjagaan wanita dari turun temurun boleh cuba tau. 

Okay tu jer illy nak share kalini. Terima kasih sudi singgah blog illy. Next time nanti ada yang menarik illy share lagi. Till next time. Dont forget to take it easy and smile. 








Comments

  1. Tanamera ni dah well-known kan.
    Saya pun decide utk guna Tanamera masa berpantang nanti sebab baca review semua kata bagus.
    Cuma teringin juga nak pergi outlet dan rasa buat urutan kat sana pula. Maybe ada rezeki nanti, sampai la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Sheayang, sudi singgah blog illy. Setuju Tanamera well known, ada sebab tu illy rasa memang ramai dah mula sedar tentang kebaikan pakai product penjagaan natural. nanti boleh try, have fun!! :)

      Delete

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Popular Posts