Pengalaman ke Pulau Pangkor - Coral Bay Resort, Seafood Dinner Sedap + Murah, Rojak Udang Besar Tepi Pantai

Apr 22, 2019



Assalamualaikum and Olla everyone! 

Banyak benda yang kami satu family spend, everytime kalau spend untuk pergi bercuti memang tak pernah menyesal. Tahun ni kami aim nak saving banyak nak cover balik duit simpanan yang pakai lepas kes rumah terbakar haritu. Jadi, kita kena jadi creative untuk spend masa dengan anak. Kalini kami pergi trip budget yang selesa untuk satu family. Kami ke Pulau Pangkor. Walaupun dari kecik dah berapa kali pergi pangkor dan dua tahun lepas pun ada pergi masa tu baru lepas keguguran.. Tapi tak pernah tulis pasal pengalaman ke Pangkor. Husband tersilap gi delete gambar satu memory card, jawapan dia nak tulis blog apa kalau gambar semua delete hahahaha.. 

Panjang nyer intro, sian korang.. Sorry la.. I sebenarnya rindu nak free write. Okay sambung citer. Kami pergi Pangkor ni agak terhad masa sebab just pergi sabtu balik ahad. Weekend Short Gateway. Walaupun short tapi cukup untuk bagi nafas baru. Rasa recharge. Kami bergerak dari rumah tak sampai 3 jam dah sampai ke Jetty Lumut. 





Sedap keropok udang ni. Siapa pernah makan? Daripada makan jajan banyak chemical baik makan keropok udang buatan sme. Boleh support local industry. Dah la sedap, anak illy pun enjoy makan dalam kereta. 






Inilah dia Jeti Lumut. Nanti kat sini ada special port untuk parking bermalam, nak pilih parking in door bertingkat pun boleh nak parking outdoor pun boleh. Sepatutnya rate rm15 sehari. Tapi kitorang sampai pun petang, brother yang jaga tanya bila balik kitorang cakap esok. Dia bagi flat rate RM10 untuk 2 hari 1 malam. Alhamdulilah dapat harga kasih sayang hehe.. 

Kat sini ada banyak kedai kalau nak beli souvinier, nak beli ikan bilis mata biru atau pun tak cukup baju nak cari dress pantai ke pelampung ke semua ada jual kat sini. Lengkap dah harga pun boleh nego and berpatutan. Tak payah nak risau conversion rate la hape, beli jer apa yang teringin. 



Okay ni tempat beli ticket ferry ke Pulau Pangkor. Dewasa RM10 ni harga pergi balik tau, just simpan ticket tu masa nak balik nanti tinggal tunjuk. Budak umur 4 hingga 11 harga RM5. Tersangat berbaloi. Perjalanan dalam setengah jam, tengok la kalau captain bawa cam F1 mungkin sampai awal sikit. Tapi kalau bawa slow pun okay jer sebab boleh duduk kat upper deck nikmati permandangan. Illy cadangkan gi Pulau tak payah bawa stroller, buat semak jer nak naik turun boat. Kalau anak kecik better bawa baby wrap atau carrier jer. 




Kat Pangkor ni banyak juga hotel yang dah try. Tapi illy rasa paling selesa dan berbaloi duduk di Coral Bay Resort. Paling senang nak cari makan, turun bawa jer kiri kanan tempat makan, Cuma tak berapa dekat dengan pantai. 

Kami dapat harga RM150 satu malam. Okay sangat weyh. Sebab pernah tidur hotel yang macam ala- ala chalet, tilam kepam pun dah rm100 baik tambah sikit dapat yang selesa semengah. 

Booking.com

Ni illy dah sediakan deal finder boleh survey apa yang better promo. Kalau nak 10% off boleh book pakai link illy ni. Kalau korang pakai link illy, nanti illy dapat commision sikit, ni salah satu cara blogger dapat income. Kalau rasa apa yang illy tulis ni bantu korang.. please la support and booking pakai link illy k. Boleh la kumpul buat beli pampers anak hehe. terima kasih banyak tau, korang pun boleh dapat 10% banyak tu 10% jimat macam-macam boleh beli, boleh buat bayar tambang ferry, boleh buat beli jajan. haha 


Selesa, walaupun hotel dah lama tapi memang okay. Ni laluan depan bilik. 



LUAS, kami minta bilik twin single bed. Besar kot dia punya katil single. Cukup untuk kami emapt beranak. Kalau yang anak ramai boleh jer request comforter letak kat bawah. Tengok la dengan harga RM150 pun dah boleh bagi yang selesa untuk anak. Kalau zaman belum ada anak, tidur hotel rm50 pun takda hal, tapi bila ada naka kalau boleh nak bagi yang selesa lah sikit. Tak semestinya mahal, pandai cari boleh jer jimat. 





Anak illy standard lah.. heboh, tu pasal ambik gambar pun banyak blur jer dia tu hahaha... Tengok bilik dia okay tau, walaupun semua barang lama tapi dimaintain dengan baik. Kelengkapan pun okay siap ada bathtub lagi tu. Weyh RM150, luas, selesa ada bathtub lagi memang okay sangat la. nak cari macam mana lagi. Hotel ni pun ada swimming pool, budak dapat swimming pool dorang dah happy dah. 





Malam tu kami gi round nak cari makan. Kitorang tengok banyak kedai kat luar macam ramai orang pastu mostly cam air dah sampai tapi dah tinggal setengah pastu makanan tak sampai lagi. Tu petanda nanti lambat sampai makanan. Tips tu hahaha, kalau nampak kedai tu dah ada banyak yang tengah makan okay, tai cuba tengok meja yang belum sampai ada berapa, tengok pula meja yang belum sampai makanan tu air customer tinggal banyak mana, kalau macam air baru sampai kita ada harapan lagi. Kalau air pun dah nak habis, muka customer pun dah kelat dah boeh dah cari tempat lain. Kalau sangup tunggu takpe. Kami ni bawa budak dorang punya sabar tak sama cam dewasa so kena cari yang cepat sikit. Jalan punya jalan last sekali kami decide makan kat hotel punya restaurant jer. 





Nak jadikan rezeki, kami ke Coral Beach Resort restaurant tengok memang kosong. Takda orang, yes confirm jadi yang pertama Chef masakan. Lagi plak tengok harga menu dia takda la mahal, berpatutan sebenarnya. Untuk semua ni bayangkn kami order nasi goreng cina untuk 2 orang makan, sup sayur masam, ketam 2 ekor sambal sekali dengan sotong masam asam baru RM65 sekali air buah  untuk empat orang makan. Satu family dinner seafood, RM65 is very berbaloi. Dah la cepat makanan sampai sebab takda orang hahaha.. Sotong masak asam tu memang geram SEDAP WEYH, tu buat nak repeat balik pergi Pangkor. Nanti illy memang recommend sangat korang try makan kat sini. Berbaloi dan sedap, yer la hotel ni pun dah berapa tahun beroperasi so confirm lah tukang masak memang yang banyak tahun punya pengalaman. Malam tu kami semua tidur senyum, puas dapat makan dinner yang sedap, rasa hilang semua penat badan. 




Bangun pagi pergi breakfast, budak dah ready dengan baju mandi. Lepas breakfast terus pergi swimming pool. Tapi nak dijadikan kenangan, anak illy yang sulung si Sofea tu ter excited sangat nak mandi, dia pergi naik slide yang terus pergi kat adult punya tempat swimming. Ada dua slide kat sini, satu yang biru ke tempat budak, yang kuning ke adult pool. Nasib juga illy memang duk kat atas jadi pemerhati. Husband illy tengah kecoh bawa yang kecik si Zandria tu swimming, illy nampak dair jauh anak turun slide (dia lupa dia tak pakai pelampung, nampak sangat excited nyer) lepas tu terus turun ke tempat dalam. Illy apa lagi, terus automatic terjerit terlolong dah macam orang tak betul. Daddy dia dah tak perasan, illy terus terjun gi kat anak. Hadoi dah macam drama pun ada. 

Pengajaran dia, jangan pakai spender warna oren pastu pakai skirt putih kalau nak teman anak tepi kolam. Sebab kalau kena terjun terus jadi transparent. Tengok kain skirt illy, lenjun. Anak illy memang sebakul lah daddy dia membebel. Macam - macam kena pesan lepas tu, bernanah kot rasanya telinga sofea lepas tu hahaha... Budak tak boleh salahkan 100% dah dia excited tu Tuhan nak bagi peringatan kat kita as parents supaya improvekan lagi pemantauan. Tak payah beli souvinier, dapat kenangan terus hahahaha.. 


Tu semua orang yang jadi saksi kitorang punya drama di pagi ahad yang indah. 



Dulu masa gi berdating dengan husband illy, kami ambik sewa motosikal. Kali ni pergi dengan anak payah la nak naik motosikal. Lebih selamat naik van pink pangkor jer. Anak illy pun enjoy jer naik van sama - sama. Ni lepas check out, kami nak juga lah bawa anak main pantai before balik kl. Tambang baru RM15 sehala. Ni gambar dalam van, bersama mini saloma siap dengan spect bagai hahaha.. 


Dah sampai kat Pantai, ada banyak gerai pilihan untuk lunch time, Kami pilih gerai betul menghadap pantai. Sederet kedai kat sini jadi boleh pilih ikut selera. 



Mini Saloma penat tertidur dia. Zandria ni memang anak yang baik. Tak banyak cekadak. Kat mana pun kalau dah mengantuk dia boleh tidur.  



Kami order rojak udang passembur. Ya Allah dia punya udang dah besar tapak tangan sebenarnya. Dia bagi pula dua ketul dengan fish ball boleh la pilih sendiri ak banyak mana. Kami order penuh satu pinggan ni harga dia RM35. Bagi illy berbaloi sangat, dengan view tepi pantai nyer okay la. Kalau order nasi goreng ke mee goreng ke bawah rm10 dapat dah. Kami ada order nasi goreng cina untuk budak tak pedas. Yang kuah kacang rojak tu puas hati, jenis kacang dia ada crunchy pastu kuah dia pun cukup pedas. 




Kalau nak minum petang pun ada banyak option kat sini. Kami ambik coconut shake with ice cream tak silap illy RM5 lepas tu cucur udang dan keropok lekor lagi RM5. Modal RM10 total dah boleh enjoy minum petang tepi pantai dengan family. Angin sepoi - sepoi memang enjoy. 



Perut dah kenyang, kami main pasir plak tepi pantai. Kitorang satu family memang suka pantai. Harap tuhan makbulkan doa kami nak besarkan anak dengan expose mereka kepada nature. AMIN ya rabal alamin..  In the mean time, we go to as many trip by the beach together. 

Okay tu jer la nak share kali ni, balik tu kami ambik teksi terus ke Jetty Pangkor. Overall, kami had a fun time. Walaupun sekejap walaupun dekat, kami still hargai peluang yang Allah bagi untuk kami spend time dengan keluarga. Thank you sudi baca blogpost illy. Harap korang will have even more fun time kat Pangkor nanti. Kalau belum pergi, boleh la pergi.. best tauuuuu... Pastu jangan lupa pakai link illy bagi tadi tu boleh jimat. Duit lebih boleh spend untuk makan atau beli souvinier. 






Till next blogpost, dont forget to take it easy and smile! Illy ada sediakan video trip ke Pangkor, jemput tengok kalau nak dapat info lagi dan juga please subcribe k? Terima kasih banyak! 

1 comment:

  1. Bestnya berjalan-jalan kat Pangkor. Tak sangka dinner kat hotel tuh RM65. Berbaloi-baloi sangat tuh. Nice sharing illy. Rasa macam memang nak menginap kat Coral Bay Resort je bila ke Pangkor nanti lepas baca entry ni. In sya Allah kalau ksarie nak ke Pangkor ksarie guna link yang illy bagi ye. Take care yar sweet illy

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)