Tempat Makan Best Giler di Johor | Wajib Datang Sesuai untuk bawa Family |



Assalamualaikum and Olla everyone! 

Kalau korang ada plan nak ke Johor, illy ada cadangan baik punya untuk port makan yang wajib korang try dan sesuai untuk bawa family. Nak tahu kat mana? Jemput baca... 



Kedai Makan Best Kat Johor No 1 : Restoran Kari Kambing 40 Hari - Yong Peng 


Tengok tu dia punya ramai, ni kami datang dia dah nak tutup ni. Kedai buka 7.30 pagi  sehingga 3.30 petang. Illy suggest kalau nak datang sini better pergi awal, risau sampai jer makanan habis kan. Tempat duduk selesa, kalau nak makan bersimpuh pun boleh nak makan atas meja pun boleh. Kat sini famous makan dalam dulang. 

Ada cerita kenapa Kambing 40hari? Okay cerita dia sebab owner ni Tabligh, dia selalu keluar 40 hari so lekat nama Kari Kambing 40hari. Kat belakang kedai pun ada di usahakan Tahfiz. 


Tengok tu makcik tengah kushyuk ceduk lauk kambing masuk atas nasi. Dia punya periuk kemain besarnyer. Yer la nak cater berapa ramai orang makan satu hari.  


Ada banyak pilihan, nak kambing ke nak ayam ke pun boleh. Tapi dah sampai kedai Kari Kambing 40 hari kena try la kambing baru betul. Bagi illy nasi dia lembut rempah cukup. Ganding dengan acar fresh so boleh balance rasa kambing tu. Kari kat sini lain dari yang illy biasa rasa. Dia ada rasa manis, daging dia memang lembut, dah kuah dia tu pekat macam masak hitam. Tapi kena rasa lah sendiri. Ada yang minat manis ada yang tak minat manis. Ikut selera korang la. Bagi illy sedap jer. Lepas tu kat sini ada juga crepe durian dan apam polkadot dan juga buah mangga asam kulit limau untuk pencuci mulut. 


Restoran Kari Kambing 40 Hari
Air Hitam- 86100 Yong PengJohor, Jalan Besar, 83700 Yong Peng, Johor
 019-627 2243


Kedai Makan Best Kat Johor No 2 : Restoran Noy, Kampung Danga 


Next kedai wajib cuba kalau datang Johor, kena singgah ke Restoran Noy di Kampung Danga. Yang ni nak datang makan siang ke nak datang malam pun boleh. Kedai operasi setiap hari dari 7.30pagi hingga ke 12 tengah malam. 

Ramai yang suggest datang tengah hari banyak jenis lauk. Kami datang malam. Boleh juga order lauk yang minat nak cuba. Menang sesuai ni kalau barang orang tua mesti dorang berselera makan. Banyak lauk traditional johor boleh cuba di sini. 


Antara wajib order Satay. Nak satay perut ada, satay kambing ada satay daging pun ada. Tinggal nak sediakan ruang dalam perut. Balik confirm tersandar hahaha.. Kuah satay sedap, tak pedas sangat budak nak cicah pun takda masalah. Satay pun memang terasa segala rempah masuk dalam isi.  


Antara yang special kena cuba di sini, masak lemak cili padi daging salai dan juga kalau minat boleh juga cuba masak lemak urat keting. Macam jeli tau rasa dia tu banyak kolagen. Lupa nak ambik gambar nanti korang tunggu illy punya video kat youtube boleh tengok. Pergh.. memang sedap!  


Unik di Johor boleh cuba sambal jawa. Ada tempeh dan kacang hijau masak sekali dengan soohun.  


Ni laksa johor. Special sebab makan dengan spagethi. Abang Yoes kami punya tour guide cerita kenapa laksa johor makan dengan spagethi? Sebab Sultan Johor well travelled, dia banyak ke luar negara jadi tu ilham nak makan laksa johor kena dengan spagethi. Sedap plak tu rasa nya. Kena makan dengan tangan baru betul cara laksa johor. Yang ni illy suggest wajib order. Sedap menjilat jari. 


Restoran Noy  Kampung Danga
1, Jalan Lurah Utama, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor


Kedai Makan Best Kat Johor No 3 : Desaru Fruit Farm


Desaru Fruit Farm ni memang unik. Kat sini pengemar buah memang syurga. Sebab dia ada 100 ekar dusun buah pelbagai jenis buah fresh. Ada banyak jenis package untuk nikmati. Nanti illy cerita details kat next bloppost. Ni kita nak fokus bab makan dulu. Serious wajib datang. 

Selain ada pelbagai jenis buah fresh untuk korang cuba, boleh juga try kuih kapit. Buat betul2 depan mata korang. Tak tahu nak citer fresh macam mana lagi nak. Illy sampai bawa balik beli 2 balang kuih kapit ni. Satu buat makan dalam van dengan kawan - kawan, satu lagi bagi mak rasa. 



Okay kalau kat Desaru Fruit Farm ni, sila lah ambik package yang ada makan tengah hari tu. Tak menyesal punya. Sebab dia punya hidangan sedap dan lain pada lain. Tengok Asam Pedas Pari ni nampak cam biasa kan? Sorry sikit, ni special tau. Dia punya asam tu pakai buah passion fruit atau dikenali sebagai buah markisa. Rasa yang sangat unik. 


Ni ada plak sotong goreng tepung cicah kuah sos dragon fruit. Kedai lain takda tau macam ni. Bukan main sihat dia punya sos. Pun termasuk dalam menu makan tengah hari.  


Tengok tu banyak lagi menu menarik, yang tom yam tu pakai air kelapa dan isi kelapa, udang pun besar sweet sour dengan mango fresh. Katanya sayur pun semua tanam di dusun ni juga. Concept from farm to table. Kalau nak order ala carte pun boleh start dari rm10 satu hidangan. Kalau pergi bawa parents atau budak or pergi fmaily day dah ramai tu illy suggest ambik group meal camni la baru best. Juga ada di sini fruit buffet, makan buah sampai lebam dan boleh juga jalan tour di dusun. Nak naik lori boleh nak naik atv pun boleh. Memang kena repeat lagi tempat ni. Sape belum pergi, apa tunggu lagi? 


Desaru Fruit Farm
92, 82200 Kota Tinggi, Johor
012-772 1817


Kedai Makan Best Kat Johor No 4 : The Seasonal Taste -The Westin Desaru Coast Resort 




Bagi yang nak celebrate special occasion, macam malam anniversary atau pun nak celebrate hari jadi ke ataupun saje nak makan special sikit final night before balik dari johor. Illy suggest boleh cuba makan di The Seasonal Taste The Westin Desaru Coast Resort. Lokasi betul - betul depan Hard Rock Desaru. 



Antara wajib cuba kari ikan merah, rasa dia illy suga very herby. Boleh makan dengan nasi putih dah juga popadom. Kat sini mengamalkan concept open kitchen. Boleh la kalau nak jenguk chef tengah masak sambil tunggu makanan. 



Kalau tekak teringin nak makan ala italian, kat sini dia punya pizza memang dibuat oleh chef yang diimport dari italy. Tepung semua memang dari sana. 



Dessert kat sini pun special semua nya, nanti illy citer satu2 dalam youtube video khas. Ni illy share secara general jer dulu. Antara illy paling suka ni jackfuit terracotta. Pakai buah nangka, lain pada lain rasa dia tu balik bilik hotel pun teringat hahaha.. 



Lepas makan boleh jalan sekeliling kawasan hotel, boleh ke kawasan pantai pun kalua nak. Kat situ lagi privacy kalau nak candle light dinner ke kan.. sesuai juga tu. Okay tu jer la illy nak share kali ni. Harap Bermanfaat. Nantikan banyak lagi post pasal johor yang illy akan share dengan korang very soon. In the mean time boleh jengok ke instagram illy nak tengok igtv click sini . Till next blogpost. Dont forget to take it easy and smile! 



Comments

Popular Posts