Pengalaman Food Hunting di Muar, Johor


Assalamualaikum and Olla everyone!


illy ada berita baik punyer kali ni. Kalau korang cari port nak weekend gateway dengan family, apa kita singgah Muar. Best rupanya kat sini. illy memang lahir and membesar kat Malaysia tapi ni first time pergi Muar. HAHAHA apa lah, buat malu jadi orang Malaysia jer.. 


Takpe better late than never tak gitu? Okay, kali ni illy nak share apa yang best nya kat Muar. Tak jauh pun, baru 2 jam jer dari kl. Dah la kat sini banyak port makan sedap rupanya.. Gosh apesal baru jejak ni. Tepuk dahi! 





Kalau sampai Muar, boleh la pilih nak duduk mana ikut korang. Tapi illy suggest duduk kat Hotel Classic. Hotel ni berbaloi giler. Dah la memang lokasi tengah bandar Muar. Kalau nak gi makan dekat-dekat tu tak yah drive jalan kaki jer pun sampai. Lepas tu dia attached dengan satu - satunya shopping mall Wetex Parade. Jadi senang nak beli diaper anak tak cukup ke, nak beli susu anak ke senang turun bawah hotel runner. Rate dia pun berbaloi, better tengok kat website la for current rate. Dalam rm200+ dapat dah satu malam. Bilik bapak luas giler kalau ambik special room. Japgi illy tunjuk gambar bilik. 



Ni dia punya walkway, amacam? Stylo kan? Boleh ootd gedik cam illy ni. Tu tangan maka otak - otak cheng boi tu hahaha. sempat tapau bawak bilik. Saper suruh sedap LOL 

illy suka walkway jenis kayu detailing, nampak kemas, proper. paling penting dia carpet semua tu serap bunyi. Tada la tengah malam kalau guest lain masuk bunyi gedegung gedegang.. 






Kan dah kata, luas giler kot. Ni kami ambik bilik corner, special la sikit bawa budak. Actually bilik biasa dia pun luas gak, memang ada kerusi tempat lepak, sesuai nak buat kerja tengah malam kaalu anak dah tidur. If korang bawak kids macam kitorang boleh request extra bed. 




Bathroom luas giler, nak tidur toilet pun boleh LOL, takda la gurau jer buat serious luas and berbaloi dengan harga. Kalau kat kl ni paling minimum RM500 plus satu malam kalau nak bilik luas and selesa camni. Paling illy suka sebab tempat mandi and bathtub asing. Tak semak. Nak tengok full room tour boleh check out illy punya highlight kat instagram click sini


Betul depan hotel ni ada port kedai camni. Actually kan kalau pergi weekend jumaat malam ada cam pasar malam tau bawah yang awning colour tu. Teringat macam kat Petaling Street kan..  



Mula tu ingat nak lunch kat Muar Soup House ni, antara kedai famous kat sini sebab dia buka dari 1956 (bapak lama giler lagi tua dari kemerdekaan kot hahaha.. pro dah tu buat soup kalau lama camtu) tapi kedai buka 3pm. So, takpe ada hikmah so illy boleh citer kat korang. Dia tutup tengah malam, kalau nak dinner ke supper ke sesuai k.  



Muar ni rupanya banyak betul Mural cantik - cantik. Teringat Penang pun camni kan? Kalau dah boring gi Penang, boleh mural hunting kat Muar juga tau. Ada banyak lagi mural. Japgi illy share jap k? By the way tips nak nampak kurus ambik ootd, minta anak posing kat depan dapat cover skit perut HAHAHAHA pastu jgn posing tangan pegang kat depan cam sofea tu kalau tak nampak pregnant. Utung tak baca blog illy, siap tips posing nampak kurus pun aku bagi. 



Alang - alang jalan kat Muar, nanti boleh singgah Muar Yi. Antara bangunan lama dibina kat Muar ni. Dia punya seni bina tu menarik. Illy dan family memang excited kalau pergi bangunan lama, no satu boleh banyak dapat belajar and paling best sebab bangunan lama ni dia punya energy lain macam. Kalau korang jenis yang sensitive to energy then you memang akan jadi addicted bila pergi bangunan lama. Bila pegang dinding dia atau dia punya tangga ke memang akan rasa strong sense of energy absorbed dalam badan. Serious boleh ketagih.  



Kat bangunan Muar Yi ni dia macam Tourist Center, boleh kalau nak booking tour guide atau pun nak belajar pasal sejarah Muar.  




Sambung jalan, kan dah kata banyak Mural kat sini. Kau orang jangan nak tanya ni Mural nama apa lah kenapa tak credit artist lah, aku jalan bawa dua budak kecik kot. Ingat ada masa ke nak hafal satu - satu. Memang cantik mural kat sini. Jap lagi illy share lagi. Ada element of suprise lah sikit, nanti korang datang boleh baca sendiri info pasal mural k? Tak kan semua nak kena suap kan.. takda la suprise lah korang datang nanti. 



I rasa kat sini dia macam ada feel Ipoh Old Town sikit, banyak veteran kat sini. Pastu mana korang nak cari auntie jual roti potong fresh camni tepi jalan? Kat Muar jer ada camni. Classic betul.  




Ni satu lagi bangunan lama ada kat sini. Sekarang dah jadi kedai buah tapi dia punya structure masih dipelihara. Cantik kot design dia. Pun illy lupa nama bangunan ni hahahaha... korang pusing muar pasti jumpa la, bukan besar mana pun town. Nanti boleh ootd gedik cam kami ni. Tips kalau nak posing dengan bangunan tengah bandar, bangun pagi kalau boleh pukul 7pagi, masa tu kedai belum buka dan jalan clear nak ootd baring pun takpe, takda kena photobomb dan kereta tak parking depan kedai lagi so cleaner korang punya gambar. Masa kat Phuket aritu camtu kitorang buat. 



Okay Mural ni aku ingat nama dia, The Bond dia nak tunjukan bond antara manusia dan hidupan liar. Stylo kan? Ni kat Jalan Ali/Jalan Yahya. Artist nya Sabek dia Spanish Street Artist. Memang banyak mural kat Muar ni, korang kena rajin gi hunting.  









Kalau malas nak hunting, pergi direct ke Muar Cultural Walk. Kat sini ada lebih 30 murals belakang lorong. Teduh sikit lah kalau nak berjalan tengah hari. Actually the best timing nak ambik gambar outdoor either pagi 7am, atau pun 6-7pm golden hour. Instagrammer tegar pasti tau pasal golden hour ni. Sebab lighting paling cantik, tapi window time dia sekejap. Kalau petang mungkin ramai orang jadi penat nak edit picture, illy suggest pagi la orang tak ramai. Tapi kalau korang just nak spend time dengan family bukan kesah sangat pasal insta feed, nak gi pukul berapa tu kau punya suka lah, just kalau bawa budak kecik illy rasa avoid tengah hari nanti panas dia cepat merengek. Banyak lagi port stylo kat Muar Cultural Walk ni, nanti raa nak gi lagi nak photoshoot semata hahahaha... kesian anak aku dapat mak yang vain LOL. 



Mana tumpah nya kuah kalau bukan ke nasi. Anak kami pun suka posing gak HAHAHAHA... ni gambar ambik sebelum Zandria tergolek cium dan peluk jalan. Dia punya menangis macam nak kena gi hospital padahal tak luka apa pun, just segan la sebab ramai orang kan. Nangis over sebab shy. Takpe, standard la jatuh bangun adat dalam hidup. Yang penting kita bangun balik! 

Banyak nyer merepek, sian korang baca blog illy kena melayan aku meroyan LOL.. Okay back to topic, mural ni nama The Loving Sisters. Special mural ni sebab The Largest Portrait Mural di Malaysia. Ni pun artist luar negara yang lukis. Julia Volchkova dari Rusia. Boleh cari mural ni kat Jalan Arab. 

 Illy kan masa jalan tu geram jer nampak Pasar Maharani ni. Tak masuk lalu depan jer. Husband illy dah kenyit - kenyit mata bagi signal. Yer la korang pun tahu kitorang kalau berjalan suka pergi pasar, the best place to learn about local economy dan kitorang suka beli barang dapur and masak local cuisine. Ni duk hotel takda tempat nak masak. Kalau ada dapur geram gak nak beli barang basah and recreate Muar punya satay ke Mee bandung ke.. 




Antara tempat wajib singgah kat Muar. Muar Local Coffee. Kopi 434 start dari tahun 1953, pergh banyak giler pengalaman buat kopi. Cantik kedai dia, ada aircond. Dah berjalan kat town nak sejukan badan dan tekak boleh la singgah kedai ni. 



Boleh jumpa monalisa posing dengan kopi-O hahahaha..  



Ada baca gak apesal lah 434. Rupanya no telefon kedai ni dulu 434 tu letak sampai sekarang nama kopi 434.  Wajib try, rasa lain dari lain dia punya kick coffee tu cam tendang bola masuk goal.  



Nak ringan punya snack boleh la try roti bun atau toast. 





Dia dah siap tuliskan apa must try kat Muar. Boleh cuba, harga berpatutan dan rasa pun sedap. Banyak local juga kat kedai ni, kalua kedai banyak local selalunya memang best la. Yer la dorang duduk sini hari - hari kot, kalau pergi sini repeat tu memang best la. 



Hari itu dalam sejarah. First time makan mee siput. Ingat kan apa lah mee siput, mee soup letak siput ke? HAHAHA.. sekali sampai atas meja, pergh cam snack rupanya. Illy serious first time try mee siput ni. Dia macam maruku tapi bukan, dia crunchy dan korang makan cicah dengan sambal bilis. I baru tau yang mee siput ni memang terkenal kat muar. Kira dia punya specialty. Datang Muar, wajib try mee siput kalau tak berdosa. LOL pandai jer aku dosakan korang. 




Kat sini menu dia extensive, nak canggih2 chocolate blended drink pun ada. Budak kecik suka ni, siap cream bagai.  



Ni dia, champion dah mai. Mee Bandung Muar. Antara special di Muar. Kena cuba, setiap kedai ada version Mee Bandung Muar dorang tersendiri. Maybe next time illy try buat food hunt all the mee bandung muar then buat list mana paling best and wajib try.  





Kalau nak gi macam One Stop Center boleh datang ke Muar Art Gallery. Ada kedai makan kat bawah tu. Nak order all muar specialty dan kalau malam kat bawah tu ada juga kedai Muar Seafood. Katanya famous port lepak bagi locals. Bangunan dia banyak tingkat. Kat bahagian atas ada art gallery. Japgi illy share gambar. 


 Naik tingkat atas sekali boleh nampak view macam ni, ada port macam untuk buat event. Kalau nak celebrate birthday ke, special proposal ke boleh nak sewa location atas Muar Art Gallery ni. 






 Ni gambar dalam Art Gallery kat upper floor. Banyak boleh belajar tengah seni bina furniture yang mengunakan rotan. Boleh belajar jenis rotan. Boleh ambik gambar cam anak illy ni hahaha.. sofea pandai betul over HAHAHA..




Kat bawah ada kedai untuk belajar dan ada kelas workshop tentang furniture. Ada yang guna macam - macam jenis kayu. Kayu getah pun ada. Sesuai kalau bawa budak, boleh sign up join kelas. Yer la Muar pun adalah Furniture Capital of Malaysia kan.. so boleh belajar ilmu perkayuan kat sini.  


 Dah sampai di Muar, rasanya kena masuk ittinerary ke Masjid Sultan Ibrahim. Siap dibina 1887. PERGHH.... 132 tahun tu, lagi lah lama. Memang cantik sangat masjid ni, warna pun sejuk mata memandang. 






Seni bina dia tu memang classic habis. Banyak idea kat kepala ni shoot. Takpe nanti datang lagi, shooting baik punya. Boleh baca lebih lanjut lagi sejarah tengah Masjid kat sini. 



Berdekatan dengan Masjid Sultan Ibrahim, ada port baik nama Tanjung Emas. Kat sini macam dataran lepak. Boleh beli bubble main petang dengan anak sambil tunggu sunset. Kitorang aritu siap nampak jelly fish dalam air. Best giler. Ada nampak boat lalu, tak sure boat tu datang dari mana. Tapi kalau dapat river cruise petang- petang, pun cam menarik gak kan? 




Seberang sungai ada sebiji lagi Masjid Identical dengan Masjid Sultan Ibrahim. Power tak? Apa sebab dorang buat mirror bangunan illy pun tak sure. Kena kaji lagi kenapa. 




Comel lah Sultan Johor ni, boleh plak dia Saranghae kat situ. HAHAHA... Kitorang pun saranghae lah juga. Adik memang tak layan, ko suruh la dia posing camne, dia nak buat suka hati dia jer. Rebel cam bapak dia. 


Ni nak tunjuk dulu ada keretapi kedua tertua dia malaysia kat Muar. Tapi stop sebab jalan darat dah buka untuk semua orang pakai dan lebih cost efficient. Tapi ada lah kenangan. boleh lawat betul sebelah Tanjung Emas punya dataran. 



Nah korang tengok ada jelly fish dalam air dia. Comel giler.  




Next jom dinner, dah sampai Muar, kena try Asam Pedas Muar. Kami ke Isa Asam Pedas lokasi di Parit Jawa. Ramai orang kat kedai ni. Rasa famous kot. 







Menu simple tak pening, sayur satu jenis kobis goreng dia letak dalam kuali besar tu tinggal nak ambik. Then boleh la pilih nak ayam goreng ke atau pun nak sambal belacan dan telur dadar. Ikan banyak jenis kat sini. Kami ambik ikan jacket dan juga bawal putih laut. Yang ikan bawal tu manis sedap fresh sangat. Tulis pun teringat rasa dia. Next time datang nak repeat lagi. 




Malam kalau nak lepak cari dessert sambil tangkap gambar dengan mural art boleh datang kat betul depan Muar Soup House tu dia ada lorong tau. Korang kena masuk lorong tu nanti ada port kat situ, #MuarBackLane Off Jalan Sisi, Boleh makan chendol terbaik. 


 Ada lampu kelip ala twinkle camni, anak i siap minta ambikan gambar dia. 



Sorang lagi pandai mengedik cam mak dia. Basically, datang muar ni kena sediakan perut dan space memory telefon atau kat camera. Sebab akan banyak makan dan juga ambik gambar hahahaha... 



Aku dah kate, chendul dia lain macam. illy budget nak diet tau, last-last diet terus ke laut. Mana boleh tahan hahaha... dugaan! Chendul Kampung Ulu buka tengah hari sampai tengah malam. 




Ape nak lagi, boleh... ada Mango Float Royale Melaka plak dah. Tapau bawa ke bilik, untuk peneman ubat kerja tengah malam sambil reply email siapkan report sedut air manggo pun terbaik. 






Esok nya gi tengok Piala Hektar. Ada pertandingan Choral Speaking Competition 2019 Grand Finale. Tajuk dia "The Use of Sosial Media for a Greener Future". Hebat budak sekarang. Teringat i masa sekolah dulu adalah juga tengok kawan - kawan join choral speaking. Sekarang up level dia punya choral speaking. Sofea lepas tengok contest terus dia bercakap dengan illy pun cam ada bunyi korang speaking juga LOL.. 

Anyway tahniah pada semua yang join dapat masuk Grand Finale. Bukan senang nak lawan sekolah satu Malaysia kot. Masuk Final dah kira power tu. Tahniah juga pada Pemenang Utama juara bertahan SMK Subang Utama! Yang lain jangan give up, do better next year tau. 




Lepas tengok Choral Speaking, kami nak cari Satay for breakfast tapi kedai yang nak pergi tu tutup plak hari jumaat. Takpe, chill it is always for the best. Tu nak suruh datang lagi tu. Then kami pun pergi kedai kopi A Luck. Berhampiran dengan kawasan hotel juga. Tu best tidur kat Hotel Classic semua dekat jer. Kalau datang sini illy suggest order kopi susu dan juga roti moonlight. 

Masa order tu illy cakap kat uncle yang ambik order nak roti sunlight satu. Terus uncle buat muka pelik hahaha.. saje test gurau dengan uncle. Yer la dalam hati dia mesti cakap budak ni buta ke, aku tulis besar kot menu kat dinding roti moonlight, kau order sunlight buat hape? 



Yeay bebeyhhhh.. Jumpa kedai Satay Warisan. Ada reader illy kat instagram nama Wany dia citer kalau family dia balik hometown kat Muar memang selalu gi Satay Warisan ni. 

Orang muar makan satay for breakfast, dah datang sini kena try la makan cam local baru betul. Ada borak dengan makcik kat cashier tu, dia cakap kedai buka dari 7pagi sampai 3 petang pastu hari selasa tutup. Bagitau siap ko korang nanti boleh plan tak kecewa lah. 

Brader yang bakar sate tu kerek hahahaha.. illy tanya berapa lama bakar sate bang, dia cakap lebih 10 tahun, memang dah lama.. turun temurun kedai pun nama warisan kan? HAHAHA aku suka orang jenis menjawab camni ada fight! Nanti gi tengok illy punya igstories illy kena smash dengan abg kerek ni.  





Serious sedap weyh, ni memang wajib giler try. Satu cucuk 70sen kot. Kat kl kalau 70sen tu dapat batang satay jer la. Dah daging jenis juicy, tak kira daging ke ayam ke perut ke semua harga sama. Best tau gi luar bandar, makan cam raja dah rasa. Wajib order lontong dia, lemak manis kobis banyak sedap. Anak illy kata nak try jer lontong yang illy order, last tu habis tinggal kuah jer dia pulang pinggan kat aku. 



Budget Titanic, Ni tepi lorong ni tau. Creative kan dia punya mural. 

Malam next kitorang gi juga Muar Soup House. Tak boleh jadi nak kena try gak. Bukan soup jer, ada juga pecal lele la, rojak, menu nasi pun ada. 


Ada gear box lah plak, dia boleh posingkan depan kedai camni. Mana tak kuat iman tu memang akan order. Boleh pilih nak makan soup macam - macam jenis, kambing ke daging ke, ayam atau perut nak pairing dengan nasi boleh nak dengan roti pun boleh. Ikut selera korang lah. Sedap kot dia punya soup pekat melikat. Daging lembut giler. 



Husband illy ada order mee rojak pun sedap gak. Kesimpulan nyer MUAR BEST. Next time nak datang lagi. Datang banyak kali pun takpe, banyak lagi port yang kitorang tak cover actually. Nanti dah sampai kalau nak beli sourvinier boleh pergi kedai Yong Sheng famous sini bakery dia. Lupa lak ambik gambar. Nanti check igtv illy lah. Ada masuk situ. Kami beli swiss roll comel bawa balik. Tak sampai 2 hari habis, orang kat rumah makan cam piranha. 

Next time, kalau korang nak jalan - jalan cari makan atau weekend gateway boleh masuk Muar dalam list to visit k? 

Okay tu jer la nak cerita kali ni. Harap membantu. Next time ada citer best illy share lagi k. Till next blogpost. Dont forget to take it easy and smile! 



Comments

Popular Posts