Resepi Lala, Sedap dan Simple Giler


Resepi Lala Sedap and Simple Giler
Dah boring lala goreng pedas la, goreng kam heong, rebus? Kali ni illy share resepi lala sedap dan simple giler. Ni mat salleh panggil clam yang jenis tebal kulit dia tu. Warna putih tu sebab illy garas hahaha...



Okay dah cukup merepek. Jom masak.

Bahan - Bahan :
1) Lala / Clam / Kepah
2) Minyak masak
3) Serai
4) Cili Kering potong racik
5) Halia
6) Bawang Putih + Bawang Merah
7) Limau nipis
8) Santan
9) Air
10) Garam secubit

Hiasan : Daun bawang takda pun takpe. Kalau ada cantik skit hidangan tu.


Cara Memasak :

1) Tumis minyak masak, bawang putih bawang merah, serai dan halia, cili kering.
2) Bila bawang merah tu dh tukar warna boleh masuk limau nipis.
3) Kacau sikit masuk santan.
4) Masuk air, then masuk clam.
5) Tunggu sampai clam terbuka sendiri bila masak. Kalau kulit tebal lama lah sikit nak tunggu masak.
6) Garam then daun bawang secukup rasa.

Dah siap boleh makan. Kalau nak tengok video illy dah buat kat igtv. Ni boleh tengok. Kalau sudi jemput follow ya, boleh kita berkenalan dan kongsi2 resepi lagi :)



Comments

Youtube Series

Popular Posts