Pengalaman ke Hard Rock Desaru - Serius Best Giler - Very Family Friendly

Aug 2, 2020


Assalamualaikum and Olla Everyone! 

Kali ni illy nak share pengalaman stay di Hard Rock Hotel Desaru. Last two years kami stay di Hard Rock Penang, ni first time datang Hard Rock Desaru. Dua - dua pun best, ada kelebihan dia. Beza kat sini illy rasa lebih baru, compund lebih besar, plus ada water park betul sebelah hotel. Kalau nak bawa family bercuti memang terbaik. 



illy haritu pergi dengan team Tourism Malaysia. Ni antara trip paling memorable yang illy pergi. Suka pergi media trip sebab jumpa kawan lama dan berkenalan dengan kawan baru. Group kali ni plak semua sempoi tu lagi best. 








Macam illy cakpa tadi memang very family friendly. Siap ada kids club macam kat clubmed. Masa pergi Hard Rock Penang hari tu Sofea belum 4 tahun so tak cukup umur nak anta kids club kena request baby sitter. Kids club kat sini besar giler! Lengkap, ada tempat membaca la, siap ada costume room lagi. Staff pun semua senyum jer. 


Ni gambar dari luar belah theme park. Tersergam. Datang sini wajib la try theme park, sebelah jer pun dah special kalau stay Hard Rock boleh keluar masuk banyak kali direct kat theme park. Yang ada anak kecik kalau nak kena gi menyusu ke pun boleh lari balik bilik dulu then sambung balik. 

Kat sini pun ada kedai mainan dan gula - gula. Betul sebelah dia ada cafe, special pasal caf tu boleh print coffee art muka kita, special kan? 


Alright, ni bilik dia. CANTIK. Tenang, rasa relax masuk tu. illy suka wallpaper dia, sweet ada bunga- bunga. 

TV kemain besar, dah la kalau kat sini sound system tip top. Kalau tidur hard rock memang kena enjoy the sound system. 


I suka detailing macam ni. Sweet touch. 

Kat sini, nak rock pun rock la.. tapi biar jadi rock yang beriman. Prayer mat ada disediakan. 


Ni kat tepi katil, ada phone, note pad, remote dengan jam digital. illy suka usb port built in tu, kalau lupa bawa kepala charger pun takpe dah provide usb port. 

Nampak thermos stainless steel tu? Penting tu, nanti boleh refill air kat tepi lift. Bagus kan? Innitiative kurangkan plastic, lebih earth friendly. 

ni biasa la menu, kad promo etc. Kemas kan susun camni proper tak bersepah atas meja. 


Siap ada view nampak laut lagi. Kat sini ada balcony kalau petang rasa nak relax ambik angin. 


View malam memang stylo habis. Warna purple so majestic! Korang nak dinner sini pun boleh atau nak pergi hotel sebelah ada The Westin, kami dinner kat sini malam tu. Yang tu kena baca previous post pasal johor trip. illy compile semua tempat makan sekali gus. Boleh baca kat sini senang nak survey nanti kat johor nak makan mana. Harap membantu. 


Layan skit gambar posing berangan illy. HAHAHA kat sini banyak port cantik ambik gambar. 

Infinity pool dia terbaik, menghijau jer view. Tenang, semua masalah hilang. Imagine baring kat deck tu, kaki kena2 air sikit. perghhh.. best. 

Ada port lepak berborak juga tepi swimming pool, nak lepak sementara tunggu anak swimming pun boleh. 

Breakfast time! 

i memang setuju tempat makan sediakan playground macam ni. Budak dia nak makan sikit jer, pastu attention span short so jadi parents makan selalu memang kecoh dan tak puas. Bila ada playground macam ni, parents boleh makan sambil tengok2 anak, japgi ulang2 suap, nak makan pun puas tenang tak kecoh


View dari atas, luaskan? Ni baru luar tau. 


Breakfast spread lavish, macam - macam ada. Western ke, asian ke just pilih jer nak makan apa. 

illy just ambik nasi lemak then latte. Comel tak stirrer tu? cute kan? 

Ni dari bawah plak. Overall, memang puas hati stay kat Desaru Hard Rock. Haritu pergi dengan kawan - kawan pun dah best, kalau pergi dengan family mesti lagi best. Next nak pergi lagi, boleh repeat kat sini. Nak bawa anak - anak plak datang main ride and mandi. Semoga Allah perkenankan amin. 

Okay tu jer la nak share blogpost kali ni. Kalau korang plan nak pergi nanti boleh la sebab memang best and kalau nampak promo tu grab cepat. Tak menyesal pergi Hard Rock Desaru, illy recommend kaw kaw. 

Terima kasih sudi baca blog illy, next time ada tempat menarik or citer best2 ke nanti illy share lagi. Till next blogpost, dont forget to take it easy and smile! 

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)