Tanamera Set Bersalin Review

Jul 5, 2014


image

Olla everyone!
Hari ini illy nak share pasal Set Bersalin Tanamera. Kalau korang planning nak ada baby or currently tengah pregnant, harap2 this review akan dapat bantu korang Smile Yer la, kita mesti nak yang terbaik untuk diri kita dan baby kita betul tak? Nak2 pulak kalau first baby lagi la excited itu ini.. Illy ada buat research aritu pasal perbandingan2 set2 bersalin. Bukan ape kalau tak kena dengan kita risau membazir jer da la mahal set2 ni kan.
First of all, illy nak ucap terima kasih kat kawan2 illy dari FedEx sebab belikan set ni sebagai hadiah. Illy memang da target nak beli set ni, kebetulan dorang da belikan. Alhamdullilah, rasa bersyukur sangat.
Sepanjang waktu berpantang, illy gunakan set tanamera ni da juga set bersalin afiat. Hari ni illy share pasal tanamera dulu, nanti kalau illy da tulis pasal set bersalin afiat tu, illy share link dia kat section Pregnancy post kat tepi side bar blog k?
image
First, perkenalkan my favourite product dalam set ni, Herbal Massage oil dan Virgin Coconut oil. Memang illy pakai hari2. Paling berbaloi. Masa lepas bersalin, memang akan lenguh2 satu badan, kalau illy paling sakit part bahu. So, memang illy pakai herbal massage oil ni. Bau dia best sangat herbal and calming.
Virgin coconut oil, do I really need to introduce this? Well, rasa nya memang ramia yang tahu kelebihan nya. Bole sapu2 kat badan (stretch mark, perineal massage) dan juga bole minum (yes, siap bole minum hebat tak?) minum untuk mudahkan process bersalin nanti.  Da kata pun virgin coconut, bau dia memang bau kelapa. Wangi sangat, felt like a walking coconut tree when ever I lather the oil to my body.

image

Next, Feminine Herbal Wash. Cara nak guna just rebus this sachet ni dan air dia buat untuk basuh ehem2. Mula2 tu rajin la enjin husband tolong masakan air, pastu illy just rendam pakai hot shower lagi senang. Gunakan sebagai bilasan terakhir. Herbal wash ni bantu bersihkan bahagian ehem2 sambil untuk elakan masalah perempuan.
image
Yang ni Boreh Body Scrub, bau dia kuat because of the herbal dalam tu. Masa pregnant kan ada  banyak pigmentation gelap2 kat celah2 ketiak la, peha la so boleh guna scrub ni untuk reduce’kan colour of the pigmentation tu. Illy suka pakai scrub ni together with the brown soap. Actually the brown soap before bersalin illy da start pakai dah. Kan that day illy kena pembawakan budak. Bergaru satu badan and they call it PPUP, so pakai brown soap memang start dari 36 weeks of pregnancy sampai la dalam pantang continue jer pakai.
Yang best pasal brown soap tu, dia da infused granule2 dalam tu so alang2 bersabun bole scrub sekali badan. Bau dia reminds me of cengkih. Sedap harum jer. Tips: kalau nak brown soap tu tahan lama, illy potong2 bentuk cube pastu pakai skit-skit.

image
Herbal Tea ni, illy amalkan sulam2 dengan air masak biasa. Illy perasan bila minum jer herbal tea ni mesti darah nifas keluar banyak. Sebab minum ni dia lancarkan perjalanan darah then apa lagi keluar la kaw2. Bagus sebab darah kotor memang kena keluarkan dari badan baru bersih dan sihat.
Bau die tak best sangat, tapi nak jaga badan punya pasal telannnnn

image
Next this Calming Herbal Paste, atau lebih dikenali sebagai pilis. Yang ni just campur skit dengan air macam paste pastu letak kat dahi. Illy pakai pilis ni sekali sekala jer.. Memang la best sedap bau menenangkan cume serbuk dia suka tumpah2 so risau bed sheet and bantal kotor.
Tips : Kalau tak nak serbuk tu jatuh, bole pakai kat dahi pastu ambik kain skit ikat macam ninja. Haaa.. baru la tak jatuh.
Last but not least floral water spray dan benkung. Illy pakai floral water spray tu buat macam face mist, bau lavender memang sedap. Bawa ke mana2 bile nak rasa refresh just spray jer. Kalau you all nak buat face mask pun bole spray buat campur dengan your fav mask.

Bengkung Tanamera high quality style ikat2. So kalau nak pakia memang kena orang bantu, kalua da pro pakai sorang pun takpe. Tapi illy baru anak first mana pernah pakai benkung ni. Masa ada orang datang mengurut tu, makcik tu yang tolong pakaikan.
Kalau ceaserian macam illy, kalau bole elakan pakai ketat2 kat tempat jahit operation. Situ kena longgar bahagian atas takpe ketat. Illy personally lagi prefer pakai benkung yang zap2 tu jer senang citer. Illy ada share pasal Belly bandit, memang sesuai kalau korang macam illy ni tak berapa reti nak ikat situ sini.

So that’s about it. Harga set ni RM350 and ramai yang suka beli set ni sebab tak payah nak makan jamu2. Illy jenis yang makan je jamu tu yang illy combine dengan set bersalin afiat. Korang camner pulak? Pakai set apa? Berkesan tak?

image


*I am not paid or requested to do this review, I was given the Tanamera set as a gift from my kawan2. I just decided to share my experience using it and hope that it would help others to have more insight while considering which post natal care set to go for.


UPDATE 12/1/2015 : illy finally siap review set bersalin afiat 

http://www.illyariffin.com/2015/01/set-berpantang-afiat-review.html

20 comments:

  1. ayu pun suka set ni...ah standby beli satu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum illy, sheila minum tau virgin oil tanamera ni. hahaha pastu buat sapuan kat stretch mark. hehehee btw nice review. sheila pakai set shaklee utk dalaman, set anugerah untuk luaran. hiewhiew. sedap dan selesa sangat pakai anugerah sebabnya kandungan produk semua telah dibacakan dengan Al-Quran dan surah2 terpilih. so jiwa rasa tenang sepanjang berpantang ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam :) a ah best pakai vco oil tu illy pun sapu2 kat stretch mark :) set anugerah macam best jer.. more holistic and islamic approach <3 berapa harga tu?

      Delete
  3. ecah dah beli da set tanamera ni..ecah baru guna vco buat urutan perineum,minum n sapu kat perut start 32weeks..sekarang 37 weeks..xsabar nak guna set ni dalam pantang nnti..thanks review
    *done follow awak..
    http://ecahkhalili.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh da 37 weeks :) Sikit lagi jer tu.. skang ni pun da anytime kan..semoga semua lancar n thnak you for following!

      Delete
  4. saya pun pilih tanamera... tapi combine dengan nona roguy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana pakai nona roguy okay tak? ni yang pilis die jenis tampal dlm botol tu kan?

      Delete
  5. tanamera punya nama popular. I pun suka product ini.

    ReplyDelete
  6. I pun suka bengkung yang terus zap on tu je. Haha. tak perlu ikat2. I tak pernah try lagi this set. Maybe next anak boleh try ^_^

    ReplyDelete
  7. thanks for review ye Illy, tgah usha2 produk ni. Ingat nk time ptg tahun depan...:)

    ReplyDelete
  8. thank..kak tgh review produk ni, next month nk bersalin

    ReplyDelete
  9. tq illy. Tgh cari info pasal tanamera ni. rasa macam nak beli set yg ni lah. hehe.

    ReplyDelete
  10. wahhh..mcm best jgk je set tanamera ni..illy ade review x pasal set afiat?

    ReplyDelete
  11. tumpang iklan..nak.letgo set bersalin ni cz ade barang yg sy x guna..sy bersalin bln 10 aritu..kalah nak blh w.app 0137440155

    ReplyDelete
  12. kalau pakai brown soap saja without boreh scrub


    rasanya cukup tak?


    hihi


    sebab rasa macam nak pakai lulur herbanika NR

    ReplyDelete
  13. terima kasih menggunakan Set bersalin Tanamera :) review ini dipautkan ke dalam blog kami.

    ReplyDelete
  14. Thanks for sharing your experience ^-^

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum. Kalau berminat nak beli boleh contact 0199874342. Promotion dari RM355 kepada RM319 ke semenanjung. Promo sampai bulan 5 je. Tumpang promote. Harap halalkanšŸ˜Š

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)