Jalan pergi Bird Park KL

Aug 11, 2015

 

2015-08-02 12.59.59

Assalamualaikum and Olla everyone!

Last 2 weeks, kami sekeluarga pergi berjalan ke Taman Burung atau lebih dikenali sebagai Bird Park KL. Honestly, illy dgn johan da pernah pergi dulu leibh kurang 6 tahun lepas masa tu zaman bercinta haha.. Sejak dari pregnant lagi illy dengan husband memang dan rancang and teringin sangat nak bawa baby kami pergi melawat tempat ni. Best sangat tau.. Memang sesuai kalau bawa budak. Mesti dorang seronok and actually kalau nak pergi berdua pun bole nak gi ngan kawan2 pun seronok sebab teruja banyak burung berkeliaran. Dah nama pun bird park yer tak?

Last time illy pergi tempat ni takde tulis review or blogpost. So, kali ni illy nak capture memory dengan tulis blogpost. Alang – alang tu bole la korang baca mana tau kalau takda idea nak pergi mana time weekend bole la dapat information sebelum pergi kan?

Harga nak masuk tempat ni kalau penduduk malaysia harga dia RM27 untuk dewasa kalau foreigner RM50. Masa kami pergi Sofea umur 1 tahun 3 bulan jadi tak kena charge. Jadi untuk dewasa 2 orang kami bayar RM 54. Bagi illy berbaloi harga tu sebab taman dia ni besar tau. 21 ekar, lepas tu burung memang banyak dan tempat pun cantik.

Cuma satu la sebab dia outdoor, so korang kena check dulu weather forecast sebelum plan nak pergi takut nanti karang pergi time hujan pula dah rugi. Illy suggest korang pergi awal pagi. Masa tu tak ramai orang dan tak panas. Nak tangkap gambar pun best la skit. Kalau da tengah hari da panas melekit pastu orang pun ramai. Illy pergi awal2 pagi then lepak dalam pukul 2pm da habis pusing satu taman sekali dengan tengok bird show. Tempat ni buka dari 9 pagi sampai 6 petang.

 

2015-08-02 12.52.12

Pasal makan tak yah risau kat dalam ni ada jual cuma harga dia mahal skit kalau nak bandingkan dengan kat luar. Illy selalu nya makan siap2 kat rumah and bawa bekal for Sofea. Tapi time tu kitorang macam breakfast light jer so beli la juga kat dalam.

2015-08-02 13.30.51

Tengok tu Sofea bukan main sedap bantai air kelapa. yang ni over rated skit sebab mahal la air kelapa RM10.90 jadi habiskan jangan bazir haha

2015-08-02 13.45.57

2015-08-02 14.00.43

Kat dalam Bird Park ni ada Restaurant nama dia Hornbill Restaurant and Cafe. Harga dia okay la berpatutan sebab service dia bagus, pastu makanan pun sedap. Nanti illy buat satu blogpost review pasal restaurant ni on seperate post sebab kali ni nak focus pasal bird park jer dulu. Nak tulis semua satu post cam serabut la pulak rasanya hehe..

 

2015-08-02 15.24.44

Masa korang jalan kat dalam tu dia macam ada sediakan tempat photo booth ni. Bole tangkap gambar dengan burung. Kami tak join sebab line panjang pastu macam dah banyak dah ambik gambar. Kalau tak silap illy RM20 untuk malaysian IC holder.

2015-08-02 13.41.00

Disebabkan Bird Park ni bole tahan besar gedabak, illy suggest korang plan betul2 nak gi bahagian mana dulu basd on korang nak tengok apa. Ni kat atas ni illy da tangkap gambar activities dia sekali. Illy suggest masa masuk tu korang pergi pagi pastu direct pergi Zon 1 dan 2 dulu. then before 12.30 pm terus direct pergi Zon 4 sebab ada bird show. Karang terlepas rugi plak. Lepastu baru slowly habiskan yang lain2 punya area.

image

Click on image for clearer view.

2015-08-02 12.54.03

Family Picture time!

 

2015-08-02 12.57.47

Kitorang tak sempat tengok Eagles Feeding Show, posing pun jadi la hahaha

 

2015-08-02 12.58.14

2015-08-02 13.04.50

We bump into some sort of Peacock meeting haha..

 

2015-08-02 13.09.40

Best tau, bolejalan tepi sungai kecik pastu nampak banyak burung tengah lepak kat sini minum air. Kat belakang tu ada burung merak hehe nampak tak?

 

2015-08-02 13.13.15

More birds! and most of them are free flying birds. Illy da macam perasan Cinderalla. Nyanyi skit hahahaha

 

2015-08-02 13.14.04

Bayangkan 2000 ekor burung dan ada lebih kurang 200 jenis burung dari luar dan dalam negara. Memang terbaik lah. Pastu like many other zoo ada infomation board. Jadi bole tahu more about birds yang korang minat.

 

2015-08-02 13.14.23

Sofea pun tengah perasan princess kot. Nyanyi depan burung haha

 

2015-08-02 13.18.16

2015-08-02 13.18.22

More family pictures! tak tahu bila lagi nak datang, alang – alang ambik la gambar kenangan banyak2 hehe

2015-08-02 13.19.34

Ingat senang nak ambik gambar dengan budak kecik? berapa banyak gambar yang jadi camni haha.. sabor jer la

2015-08-02 13.34.09

Kat sini ada ikan juga. Kat zone 1, ada macam small pond ada ikan koi bole lepak bagi makan ikan. Tapi kena bawa duit syiling 50 sen. Kitorang tak bawa pastu tak bole beli sebab dia jual makanan tu dalam mesin. So, kalau korang nak bagi makan ikan ingat bawak syiling 50 sen siap2 k? Tips ni.

Ni gambar Johan masa trip kitorang 6 tahun lepas. hehe Tempat sama. Tengok tu burung tu bukan main berminat dengan dahi dia hehe.. sorry yer gurau jer! Gambar pun blurry yer la dulu mana mampu nak pakai camera canggih, ni tangkap pakai camera tepon jer ni.

2015-08-02 15.21.13

Ni johan zaman sekarang haha.. Amacam ada beza tak? first off dulu dia botak skang da banyak rambut.. pastu sekarang datang bawa isteri dengan anak. How time flies Smile

 

Alright, we are the end of this post. Terima kasih sudi lawat blog illy dan kongsi kegembiraan dengan kami. FYI, illy pun ada buat cam simple video, kalau korang interested bole check it out kat bawah ni k? Nak pergi tempat ni mudah jer. Korang Waze jer. Actually dia sangat berhampiran dengan Taman Tasik Perdana also known as Lake Garden. Alahai… area tugu negara tu depan skit. Senang jer cari. Okay, jgn lupa tengok video ni tau? Penat illy edit haha.. bye!

 

 

 

 

 

 



* I am not paid to write this. This is our personal post. I spent personal time and put in personal effort on this blogpost. As usual, I will test and review products or services regardless of whether they have been sent to me/paid for me or not with honesty. Unless stated so in the post or marked with an asterisk, all products featured on this blog have been bought with my own hard-earned pennies. I started this blog to give my two pennies worth of thought and have fun along the way and that is exactly how this blog shall remain.

33 comments:

  1. nmpk seronok.. nk pegi lah nnti bwk si kecik..comfrm seronoknya dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole la try pergi nanti :) bawak budak memang best!

      Delete
  2. ms pegi tgh bercintan cintun.. dah ade ank ni x tau bile plak nk pegi... tp memang best tmpt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sama la kita last pergi zaman cintan cintun haha.. nanti pergi tau buat revisit.. hehe

      Delete
  3. Mcm best ja kan....
    Hari tu bwk.Adriana p zoo negara pun kemain terujanya dia....
    Sekali ngan kita pun sama naik...
    Nx time klau p kl...boleh la singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. zoo negara wahhhh tu lagi best tu lagi besar.. nanti illy pun nak bawa sofea jugak la :) nanti kalau singgah kl bole la try bird park ni alang2 syok jugaa :) hehe

      Delete
  4. waaa mcm best lah! hv to plan for a trip one day, thx to intro yah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best! haha glad you find this post helpful :) hope you will have an enjoyable visit!

      Delete
    2. ya, previously I don't know there is a bird park here... never been there before.

      Delete
  5. macam menarik...gi dating sini pun best jugak...asyik dating kat mall je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, lain skit ada cam natural feel la skit kan :)

      Delete
  6. thanks for the review... was planning to go to the bird park at penang.. have u been there? from ur review.. i know what to at the bird park :) thanks sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh i didnt know there is a bird park in penang :) will try my best to go and check it out next time. Im missing all the yummy food from penang! :) haha n glad that you find this post helpful.

      Delete
  7. Thanks for the good review, i has not been go over there before. But the briefing and picture you capture really make me want go over there enjoy my holiday .
    Try to manage it for coming soon holiday

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. do come and visit, it would be a fun and memorable visit :) Have fun!

      Delete
  8. Bird Park brings back memories....went there once with my partner and it was an awesome outing ^-^ Seeing your review makes me want to go again! Haha

    ReplyDelete
  9. Kak illy, maksudnye nak ambil gambar tu RM20 kena charge?

    ReplyDelete
  10. never been here before

    ReplyDelete
  11. yong dah 2 tahun lebih doka Kl tak penah pergi bird park..harap one day nnt blh bawa anak kenal dgn burung2 ni :)

    ReplyDelete
  12. I will go on this sunday. Thanks for the review.

    ReplyDelete
  13. I pun tak tahu sini ada . Biasa i pergi singapore.

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)