Burger Bakar Abang Burn Review

Oct 1, 2016



Assalamualaikum and Olla everyone!

Sajer lah nak share pengalaman kami gi makan kedai burger bakar abang burn kat shah alam. Rasa macam pernah viral pasal burger bakar dorang ni tapi kami ni jenis yang kalau tengah hit sangat tu kami tunggu slow down skit baru gi try. Bukan apa tak larat nak bersesak.

Recently kami pergi la merasa. Kedai yag kami pergi located kat shah alam seksyen 7. Punya lah banyak berubah shah alam compare dengan 12 years ago. Dulu illy ambik diploma microbiology kat uitm shah alam. Masa tu lengang takda jakel lah, ict lah apa semua. Sekarang ni kawasan tu dah sangat membangun.

Tapi ni nak citer tak susah cari parking walaupun kawasan dia happening. Kami pun sampai dah tengah malam juga dalam 10 lebih. So, orang dah kurang skit dah lega.
Tak sure plak kedai ni tutup pukul berapa tapi tengok masa kami nak gerak tu still ramai lagi datang makan. Jadi maybe dorang tutup lewat lah kot.



Concept kedai dia, gi counter order then bayar then dorang anta makan. Okay lah sangat untuk orang pregnant macam illy pastu dengan bawa budak kecik kan. Tak payah la berdiri nak menunggu burger.

Harga pun sangat berpatutan comparing dengan portion dan quality food dia. Cuma sebab datang dah lewat jadi banyak menu yang dah habis. Husband illy nak burger yg quarter kilo tu tapi adik cashier tu cakap nanti lama kena tunggu sebab tebal. Then illy cam nak ambik lamb cheesy tapi dah habis. At the end illy dengan husband ambik Beef Cheesy (rm12.90 per burger) , pastu ambik sausage cheese (rm2) , curly fries (rm5) then air plak ambik teh o ais (rm2.80) dan 2 air kosong (rm0.50 satu).





Sebenarnya seksa nak habiskan. Punya lah tebal burger dia pastu lagi dengan cheese slice lagi, cheese sauce lagi pergh. Memang meleleh. Sofea makan sampai blur kenyang sangat. Masuk kereta terus tido kekenyangan. Total kitorang spend rm38.80 sebab ada gst rm2.20

Personally illy and husband rasa memang berbaloi. No wonder walaupun dah bertahun hype dia still ada customer. Kalau nak bawa family makan pun sesuai. Nanti lah lain kali kalau ada rezeki boleh ajak keluarga mertua dan keluarga illy sekali datang try.

Kitorang tak larat nak habiskan last2 bungkus bawa balik curly fries dan sausage tu. Dalam beef cheesy tu siap ada cendawan goreng celup tepung lagi tu. Kalau korang nak tambah extra bole nak onion ring or tambah extra cheese lagi ke. Bagi kitorang dah cukup cheese dah sebab memang berlambak cheese dia sampai tangan lenjun asyii nak cari tisu tiap kali gigit burger haha

Okay tu jer la nak share this round. Location kedai at no 23, jalan plumbum u7/u, seksyen 7, shah alam. Selamat mencuba k?

8 comments:

  1. wahhh dia punya cheese, betul2 banjir. pernah makan gak, memang puas hati. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sebab singgah blog illy, sayaiday 😊 betul sangat cheese dia betul2 banjir next time boleh repeat lagi 😊

      Delete
  2. alia, thanks singgah blog illy :) eh nanti turun shah alam boleh ler try :) <3

    ReplyDelete
  3. Dulu masa burger bakar tgh trend mmg pernah pegi. Punya la ramai time tu.. beratur nak bayar tu pun dh amik masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la illy tak sanggup nak redah tu pasal tunggu dah reda skit :) tapi memang sedap lah.. patut lah ramai org :)

      Delete
  4. Byknye cheese, I tgk pun dah kenyang, hehe =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorang tak kedekut bahan :) harga pun berpatutan

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)