Melawat tempat illy nak berpantang nanti Confinement Centre Kimporo

Oct 23, 2016



Harini kitorang pergi site visit tempat illy nak berpantang bulan 1 nanti insya Allah. Nama tempat dia Kimporo Postnatal Confinement center.Tempat ni baru jer lagi buka, dia actually whole bangunan tu memang khas one stop center untuk penjagaan untuk dalam confinement.





Boleh pilih nak duduk 7 hari atau 14 hari or nak 28 hari. Pastu husband pun boleh stay sekali and sofea. Jadi tak la rindu nanti kan.. paling best bagi illy lah dorang siap ada kids nursery kat bangunan yang sama. Pastu makanan pantang dia nanti masakan dari restaurant Ketuhar khas untuk ibu berpantang.





Same building pun ada juga Sampotan Spa yang ada buat treatment untuk dalam pantang. Kira kalau ambik package duk kat Kimporo ni siap dapat urut lepas bersalin.


Bayangkan slipper and stokin pun dorang sediakan. Nursing pillow and juga professional breastfeeding punya consultant pun dorang provide. Sekali dengan dobi pun dorang uruskan, siap ada nurse dah doc inhouse. Tempat therapy kalau baby jaundice pun ada juga.

Ya rabi.. rasa macam memang complete sangat tak payah nak menyusahkan husband. Bersyukur lah teramat sangat.

Insya Allah illy akan share pengalaman illy kat sini nanti dalam bulan jan 2017. Tu due date illy. Ni yang gigih gi update blog sebab happy and sangat rasa cam lega hati lepas melawat tu. Yer la dok tengok kat internet jer pilih confiment centre. Jadi cam confuse juga sebenarnya. Kejap rasa macam ni kejap rasa macam tu.. ni pergi melawat terus bincang direct dengan dorang. Tengok dengan mata kepala sendiri terus rasa lega. Rasa cam hilang satu beban and pening memikir macam mana lah waktu pantang nanti.

Harap boleh bantu korang plak next time.

19 comments:

  1. Replies
    1. Ayna cantik tempat dia satu bangunan dia buat konsep one stop centre untuk confinement. Tingkat 2 ada nursery, pastu tingkat 3 ada cafe, homestay pun ada untuk sedara bilik photothetapy untuk kalau baby ada jaundice pun ada siap doc n nurse berpengalaman. Best sgt

      Delete
    2. Ayna cantik tempat dia satu bangunan dia buat konsep one stop centre untuk confinement. Tingkat 2 ada nursery, pastu tingkat 3 ada cafe, homestay pun ada untuk sedara bilik photothetapy untuk kalau baby ada jaundice pun ada siap doc n nurse berpengalaman. Best sgt

      Delete
  2. wah bestnya iily...
    mcm hotel dah...
    kita awal sebulan ja dr illy...
    semoga dipermudahkan for both of us kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah ada services macam ni. Illy doakan segala urusan Alia di permudahkan. Amin2 😊😊😊

      Delete
  3. Replies
    1. Tu la sebab dia complete semua paling suka sebab dorang memang support breast feeding 😊

      Delete
    2. Tu la sebab dia complete semua paling suka sebab dorang memang support breast feeding 😊

      Delete
  4. intan nak bookmark page ni siap2, nanti next anak boleh try service kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin2 hehe mana tau rezeki ada new baby ke kan 😊 tq sudi singgah blog illy

      Delete
  5. Izzati tak tahu pon ada disediakan tempat untuk ibu2 berpantang. Waahhhh bestnya.
    InsyaAllah next baby nk duduk tempat bpantang jgk la senang. Please update k kak illy. nk sangat tahu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah best sebab lengkap jadi tak yah nak susahkan husband or family 😊 i will update insya Allah. Harap nanti boleh membantu 😘

      Delete
  6. Untung ada confinement centre sekarang kan. Selesa dan memudahkan.
    Saya due bln 4. Harap sangat taknak susahkan parent/in laws. Tapi apakan daya, di tempatku ini tiada confinement centre. Hihihi.
    Apapun, selamat berpantang in advance sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sheAyang duduk kat mana? kalau nak stay kimporo boleh, sebab atas tu dia cam ada homestay kalau sedara or family nak datang lawat. :) illy doakan dipermudahkan semua urusan. amin!! <3

      Delete
    2. Saya di Melaka. Alor Gajah. Jauh juga kalau nak ke sama, suami pun kerja kan. 😅

      Delete
    3. lah kat melaka ke? mak mertua illy kampung kat melaka masjid tanah :) paham tu jauh nak ulang alik payah.. takpe la mungkin rezeki lain kali... mana tau nanti dorang dahmakin maju buka satu cawangan kat melaka pula :)

      Delete
  7. Dekat dah tu. Harap2 macam tu la kan. Memudahkan ramai orang.

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)