Pregnancy Massage Date with Hubby

Oct 3, 2016

 

WhatsApp Image 2016-10-03 at 21.20.51

 

Assalamualaikum and Olla everyone!

Today illy nak share pasal pergi dating dengan my hubby aritu hehe.. gedik tul gi dating pun nak cerita kan? Nak document my pregnancy moment sebenarnya pastu nak appreciate my husband. Pastu nak share dengan korang pasal kat mana best buat prenatal massage. Masa sofea dulu illy y=ada buat prenatal massage kat villa manja and juga kat urban retreat. Kali ni pregnant anak no 2, husband tertibe baik hati nak belanja gi urban retreat. Illy pun apa lagi??? Dengar jer massage terus YABE DA BEDUUUUUUUUUUUU!!

Perkahwinan ni banyak naik turun, kami pun banyak belajar dan banyak buat salah masa mula kahwin dulu. Process nak sesuai kan diri lah kate kan. Then, we figure out penting nya dating walaupun dah kahwin banyak tahun. Walaupun orang kata gedik ke or mengada ke tapi sebenarnya bagi kami penting dating walaupun dah kahwin. Sebab itu lah masa kita nak spend time dengan pasangan. Ingat balik kenangan dulu, to make our relationship stronger. Insya Allah.

Sebab relationship ni dia macam jaga kebun, kena siram hari- hari kena jaga bagi perhatian baru tumbuh mekar and stronger. Kalau masa mula jer excited pastu lama nanti mati la semua pokok tu kan? Cerita macam puluh tahun kahwin. Bukan nak tunjuk pandai, just nak share apa yang berhasil buat kami mana tau bagi inspirasi dan boleh motivate married couple yang lain. Siapa lagi yang nak jaga masjid kita kalau bukan kita sendiri, betul tak?

WhatsApp Image 2016-10-03 at 21.20.52

Okay dah, panjang tul cerita. So, recently illy gi lah dating dengan husband. Mula tu gi isi perut dulu tak tahu nak makan mana then kami gi lunch kat The apartment. Husband illy order steak sandwish, illy order pasta.

Then lepas makan tu, gi lah urut kat Urban retreat. Illy ambik pregnancy massage (prenatal massage) 2 jam then husband illy ambik aromatheraphy massage 2 jam juga.  Massage memang theraputic, illy pernah tulis pasal pengalaman massage kat urban retreat ni dulu. Kalau nak baca nah ni link. Just ciick kat situ. Illy puas hati dan memang repeat customer kat sini. Kalau lah dorang ada buka outlet kat one utama kan bagus? hehe

 

WhatsApp Image 2016-10-03 at 21.21.13

Untuk pregnancy massage kalau lah korang nak idea ada juga few tempat illy pernah try dulu, boleh check Villa Manja atau pun kalau rajin nak gi PD boleh check out AviSpa.  Nampak tak bantal gemuk tu? Tu bantal untuk pregnancy. Sebab kalau pregnant ni tak boleh nak hempap badan kan masa urut, jadi pakai bantal tu selesa just mengiring jer masa dorang urut. Punya lah empuk bantal tu hampir illy nak tertidur. Tapi bila nak tertidur jer pikir “eh rugi tidur, bangun!! hahaha” . Bagi illy amat lah selesa. Tujuan prenatal massage ni nak kasi release stress nak kasi urat tu selesa masa pregnant kan banyak sakit badan, sakit kaki lah lenguh pinggan lah. Jadi bila ada tukang urut professional boleh bantu legakan. Sambil tu boleh bonding time dengan husband. Kalau korang nak bawa mak ke, or mak mertua ke atau pun nak bawa kawan pun boleh ajak teman.

Okay tu jer lah nak share kali ni, korang ada suggestion ke tempat mana – mana yang lain ada buat prenatal massage? kot lah lagi best ke kan? alang illy ada 3 bulan lagi sebelum beranak ni, nanti kalau ada kesempatan boleh try insya Allah. Anyway, nak cakap terima kasih kat my husband sebab treat isteri dia. I really appreciate it. Also, terima kasih kat korang semua yang sudi baca blogpost illy selama ni. Sekali sekala datang mood nak tulis bahasa ibunda. Okay ke tak? Ke tak best? hahaha Till next time, dont forget to take it easy and smile!

6 comments:

  1. Hope all preparation are done kak Illy. Semoga kak illy dan anak sihat2 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ya rabal alamin pika :) thank you sudi singgah sini pastu doakan yang baik2.. kak illy doakan pika always happy2, and sentiasa dimurahkan rezeki. amin! <3

      Delete
  2. I mcm terbalik pulak, mse pregnant dulu x suke massage sgt sbb asyik rse x comfortable =(

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)