Sofea tercabut kuku T.T

Oct 24, 2016

sofea eliza

Assalamualaikum and Olla everyone!

Sebelum illy start share, rasa kalau korang jenis cepat seriau or geli tengok darah dan seangkatan best for you to skip this post. Sebab this post is not for the faint hearted. Illy yang mengalami sebagai ibu ambik masa berhari2 sebelum terima kenyataan. Rasa macam terstop jantung kejap masa jadi tu.

Okay cerita dia start malam jumaat haritu. Nak masuk weekend memang happy lah kan, bagi yang bujang pun happy weekend, bagi working parents weekend adalah waktu paling heaven sebab boleh spend time dengan anak.

Masa tu husband illy ada beli plastic panjang yang nak buat ice cream malaysia tu. Kami duk cari berapa lama dah bekas ice cream tu payah nak jumpa. Nak citer excited lah nak buat activity dengan sofea nak buat ice cream esok boleh makan sama – sama. Dalam happy2 tu tak sangka lepas tu jadi kejadian yang teramat ngeri bagi illy sepanjang jadi ibu.

Tengah kami seronok buat ice cream no 2 gitu tengah gelak, sofea ni duduk tak diam baring la kaki tunjal2. bukan nak salahkan dia dah kata pun budak kan.. tapi tu lah dah suratan nak jadi dia punya kaki tersepak stroller dia. Tiba – tiba terus stroller dia jatuh himpap badan dia yg tengah baring. nasib mengadap bawah T.T

illy punya jatung terus rasa stop panick tekejut menjerit terus angkat sofea. Check kaki dia sebab illy tengok bahagian bawah tu kena kaki. Walau tak darah risau juga patah je ke apa dah la budak2 tulang dia lembut. Pastu tengah check tu perasan jari dia berdarah. Ai… sudahhhhhhhh berderau darah pam ke otak cam nak meletup dah illy masa tu. Nampak pula tu kuku dia tercabut dari tangan yang kecil. Ya Allah Ya rabi… subahanallah… terus menangis illy kat situ panik tak tahu nak buat apa.

Suami illy melompat jer dengan kain pelikat terus cakap “Hospital Sekarang!!” illy pun ada lagi capai jer apa yang ada, selendang terus berlari pergi kereta. illy dengan suami dah tak hirau apa dah. Terus berlari kami tercunggap nafas rasajauh sangat kereta ni. Apa nasib anak aku ni.. Dengan sofea menangis nyer lagi. Kiramemang kelam kabut panik. Nasib suami and adik laki illy ada kat umah. Kalau illy sorang jer yg tengah sarat mengandung ni macam mana nak handle nak angkat anak yang dah 14kg pastu dengan badan pun memboyot. Timbul rasa syukur.

Okay dah dalam kereta tu adik illy drive sepantas mungkin. Husband illy dukung sofea, illy duk kat sebelah memujuk bagi semangat kat sofea. Ikut kan hati nak minta tuhan transfer jer sakit dia tu bagi kat illy. Sedih sangat tengok anak yang dikandung 9 bulan 3 minggu (yer dia kuar lambat) meraung kesakitan macam tu. Rasa macam hati ni kena hiris-hiris dengar anak menangis pastu nampak pulak tu jari berdarah camtu T.T

Sampai kat hospital, terus masuk emergency. Malam tu boleh tahan ramai orang. Tapi bersyukur sebab so far illy pergi hospital tropicana ni layanan dia memang terbaik. System dia bagus jadi memang on best afford lagi pun ni kes budak kecik dia memang experdite.

Dalam tengah panic tu boleh plak sofea buat lawak. Nurse check dia tanya nama kira macam nak bonding lah before masuk emergency ward kan? Nurse tanya nama siapa, illy and johan pun jawab Sofea Eliza.. boleh plak dia tengah nangis melalak tu dia stop cakap “kakak lah..” Face palm! haha melawak kau nyer dalam sakit – sakit. Sempat lagi.. terhibur jap hati. nurse pun senyum lepas tu terus asyik panggil dia kakak..

Okay dah check in tu, doc arrangekan xtray sebab nak tengok risau ada patah ke apa kan. Alhamdulilah tak patah. Masa xtray pun mudah sebab sofea dah tertidur kepenatan menangis jadi mudah process masa nak x-tray.Cuma part cuci luka la menjerit T.T sian dia.. illy sedih tuhan jer yang tahu. tapi paling boleh pun sedih on behalf tak dapat nak kurangkan sakit dia. Doc bagi ubat tahan sakit dos budak and juga antibiotik. Kebetulan illy ambik cuti seminggu, jadi llly decided jaga lah sofea instead hantar nursery.

Bukan apa, tak nak menyusahkan cikgu dia. Sebab tangan sofea yang kuku tercabut tu tak boleh nak kena sabun kena penjagaan rabi. Risau pula kawan – kawan dia tak tahu terpicit terduduk ke apa. Budak kan? Mana lah kita nak boleh control dorang ni pantas. Jadi jalan terbaik adalah illy jaga sendiri anak illy.  Ada buatkan bubur ikan kat dia harap cepat lah tumbuh kuku baru tu nanti amin.Korang pun tolong lah doakan juga k? please……… illy ni siang malam memikir sian anak aku 2 tahun 6 bulan dah tercabut kuku. Rasa macam failure sangat jadi mak. Rasa macam kalau lah boleh putar masa. Aku binasakan stroller itu dari hempap anak ku. Okay dah tu bengong. mana boleh putar kan masa. Kita kena percaya qada dan qadar. Setiap yang berlaku ada hikmah nya. Allah dah tulis nak jadi maka jadi lah iya. Jadi illy redha.

Okay before illy nak end post ni. nak tengok ke gambar kuku tercabut tu? kalau seram, korang exit jer k? Ni last warning.. okay nak juga fine, degil??? okay nah…

WhatsApp Image 2016-10-22 at 01.07.21

SEDIH Teringat-ingat lagi kuku dia tu tercabut. tu kulit jer tu kuku dah takde T.T Dah la illy nak gi peluk sofea. Semoga semua ni berlalu cepat, dan semoga cepat tumbuh kuku dia tu. amin ya rabal alamin. Ni antara pengalaman seram membesarkan anak. Jadi parents ni orang banyak cerita yang best jer, kalau korang nak tahu the issue here is sehabis korang bersalin tu your heart automatic live outside of you. super fragile, jadi apa kat anak, parents rasa impact dia sejuta ganda. Memang tak boleh control. Jadi hargai ibu bapa kita sebab masa kita kecik macam tu lah apa yang dorang lalui. Hingga ke besar.. Kasih ibu dan ayah tiada tandingan. Tak mengharap kan apa.

Okay dah sebelum illy menangis, (dah la jenis mudah nangis) illy out dulu. Next time, pape illy update. By the way ada good news nak ending. Middle of the week kami nak gi Hard Rock Penang. Ya be daa beduuu.. lama dah plan harap berjalan lancar. As usual pape nanti illy update k? Thank you for dropping by and for reading this up. Hugs!!

5 comments:

  1. masyaAllah...seriau tgk. it's the worse thing to see your child is in pain and you would give anything to take it away from her. hope she is feeling better! and you take care too illy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly sedih dia tuhan jer yg tahu T.T thank you for the kind wish n encouragement Dina ♡ hugs!

      Delete
  2. Sofea is one tough cookie, speedy recovery sweetie xoxo

    ReplyDelete
  3. Sakitnya tu... :(
    Cepat sembuh ye Sofea. U r a strong girl. ;)

    ReplyDelete
  4. Allah...
    Sakitnya..
    Kalau kita pun menangis2...
    Ni kan budak kecik...

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)