Pengalaman ke D’sora Hotel dan D’Tempat Country Club

Aug 15, 2017

d'sora blog review illy

Assalamualaikum and Olla everyone!

Kalau korang tengah cari idea mana nak bawa bercuti illy ada tempat nak suggest. Lokasi tak jauh dari KL, dalam sejam setengah dah sampai. Budget bawah RM200 dah boleh bawa family tidur hotel dua hari satu malam. Sekali pula boleh bawa budak mandi manda. Nama tempat dia D’Sora Hotel, lokasi betul tengah Bandar Seri Sendayan. Tak susah nak cari boleh waze atau google. Sebenarnya kat illy ada borak lah dengan Dina dia citer kat illy sekarang ni tengah ada promo semperna Merdeka start dari RM178 satu malam tapi kalau korang nak lagi good deal boleh search kat website macam agoda dalam RM150 pun boleh dapat. Yer la dah nak hujung tahun nak cuti sekolah tak lama lagi, kalau pergi bawa mertua atau family besar okay lah juga buat gathering ke kan? Harga berbaloi.

Yang special pasal D’Sora Hotel ni, bagi setiap guest boleh dapat complimentary access untuk guna segala kemudahan di D’Tempat Country Club. Kalau ikut kan rate nak jadi ahli RM2k tau setahun tapi kalau tidur kat hotel ni dapat masuk free jer. Jap.. Jap.. Satu- satu dulu.. Nanti illy citer pasal D’Tempat. Kita start citer pasal tempat tidur dulu lah.

_1050938

Traffic dari Damansara ke lokasi smooth jer, alhamdulilah dalam 1.30 petang kami sampai ke lokasi. Rasa standard check in dalam pukul 2.00 petang macam tu. Dah sampai tu kami check in and everything goes smooth. Sofea bukan main happy lagi asyik peace jer. Ni ambik gambar family kat lobby D’sora Hotel buat kenangan.By the way, kat sini tak payah risau pasal parking ada banyak at no extra cost. 

20170812_141159

20170812_141040

Ni lah bilik kami 4 beranak. SELESA! Untuk rate harga yang diberi memang berbaloi sangat. Katil tu special tu, illy dengar citer dorang pakai tilam Ameri-Guard and Ameri-spring siap dengan cashmere cover and ada teknologi CoolMax. Senang citer memang empuk dan teramat selesa. Illy sebenarnya tidur kat lantai pun boleh jer tak kesah sebab bukan lahir anak orang senang tapi kalau dah ada katil selesa kita enjoy jer lah kan hahaha.

image

image

Lengkap perkakas kat hotel ni, paling penting ada ironing board and steamer iron. Orang yang pakai tudung akan paham dia punya happy kalau hotel ada provide iron. Amenities toilet pun lengkap shower gel ada shampoo ada berus gigi pun ada kalau terlupa nak bawa dah selamat. Hair dryer pun ada juga, lupa nak tangkap gambar shower dia ada jenis yang rain shower tu tau. Bath tub takda lah.. hamboi dah bagi macam – macam over lak hahaha

20170812_141643

Ruang buat kerja pun disediakan LCD TV ada banyak channel. Pastu internet wifi pun free. Laju plak tu illy dah try. Kira tak da menda nak complain. Bagi harga yang di tawarkan memang berbaloi. Kat sini ada 4 jenis bilik start Deluxe Twin/King, Deluxe Queen, Superior Deluxe dan juga Executive Suite. Nanti korang boleh pilih ikut kesesuaian.

20170812_164054

20170812_163430

Lepas puas bergolek hilang kan penat dalam bilik petang tu kami turun ke Feather Lite All-Day Dining. Minum petang makan popiah goreng dengan sandwich before dengar taklimat dari Lydia. Lepas dengar taklimat kami naik shuttle ke D’Tempat Country Club. Nanti kalau korang datang tidur kat sini tak yah risau nak ulang alik kalau malas nak drive kat sini memang provide shuttle. Ni illy ada snap gambar jadual shuttle boleh lah korang nak planning nanti.

WhatsApp Image 2017-08-15 at 14.00.21

_1050952

Masa pergi tu illy dengan anak-anak naik shuttle dengan kawan-kawan media yang lain. Johan drive sebab senang nanti nak balik kalau anak merengek ke apa al maklum bawa budak kecik kita kena ikut jadual dia. Alhamdulilah both my kids baik behave jer. Happy kot tu pasal steady jer. Lokasi Country Club tak jauh. Seriously dalam 5 minit dah sampai. Kalau tertinggal barang tak ada berat hati nak patah balik hehehe.. Cam kitorang lah tengah seronok ambik gambar boleh plak lah kan bateri camera habis cisss! Potong stim nasib dekat, Daddy pergi runner jap ambik spare bateri.

_1050960

Style ke tak? Memang sejuk mata memandang. Baru sikit ni illy intro jer dulu hahaha

_1050958

_1050955

Petang tu kami terus dibawa untuk test power main bowling hahaha The Sphere nama tempat bowling ni. Ada 10 lanes harga amat berbaloi. illy ambik gambar sekali untuk korang. Sweet tak illy?  hahahahaha Tempat main bowling ni ada lah salah satu aktiviti yang boleh buat di D’Tempat.

20170812_173949

Posing skit. Illy paling teror dapat kosong kalau nak tahu. Anak kak siti pun lagi power dari illy main bowling hahaha.. Akhirnya, daddy tak over illy punya slot sebab illy terlalu power sangat. Masa main bowling ni sempat borak dengan kawan- kawan baru kira macam ice breaking gitu. Segan mula tu tapi semua jenis baik and sporting so jadi tak kekok. Terima kasih pada Dina dan Lydia tolong pegangkan Zandria masa mak dia sibuk nak tunjuk bakat main bowling.  

20170812_181745

_1050963

If bowling is not your cup of tea, jangan risau ada tempat main snooker charge bermula RM7 sejam. Lepas puas main bowling kami terus ke Matrix Galleria. Dengan some information and history tentang Matrix brand.

_1050972

20170812_191224

Banyak juga illy belajar, dapat tahu sejarah Matrix. macam mana mereka bermula pada tahun 1996 start dari company property development. Projek pertama di Taman Bahau. Sampai ke sekarang dah banyak projek yang berjaya dan juga dapat banyak award. Antara nya South East Asia Awards (Malaysia) 2016 menang Best Housing Development untuk Central Malaysia. Matrix juga dapat award Special Recognition untuk Corporate Social Responsibility. Banyak lagi lah award yang dorang dapat, tulis semua kang tercabut lak jari illy nak type. hahaha Cerita dia Matrix ni start dari family business dan illy dapat tahu mereka memang work hard untuk bagi terbaik untuk semua state holder. Tak kira lah investor (they pay out divided every quater!!) land owners (bagi bangalow 10k sqft, dapat half a million dan tanah 2 ekar) dan house owner (bagi free Club House membership for 9 years). Kalau beli rumah kat sini tak risau pasal sekolah anak, Matrix ada International School, lagi pula ada Sekolah Rendah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan dan Menengah Kebangsaan yang funded oleh Matrix.  Ni antara yang illy ingat tau banyak lagi point dia. Patut lah mostly dorang punya projek sold out ada yang the latest kawasan perumahan tu dorang cerita orang beratur dari malam sebelum tu semata nak booking dan sold out within couple of hours. Pergh!! 

20170812_191950

 Saja ambik gambar candid johan. Sebenarnya Johan tu tengah shoot video, budak yang tengah mandi tu sporting plak enter frame hahaha.. nak tengok footage ada dalam vlog. Illy paste jagpi towards end of this blogpost.

IMG_20170812_215324_416

Perut pun dah buat bunyi concert rock jadi tibalah time untuk makan. Di sini pun ada Japanese restaurant nama dia Haruta Japanese Cuisine. Time kami pergi ni ada promo buffet.  RM38 for adult dan 50% off bagi kanak-kanak dan warga emas.

20170812_202529

image

IMG_20170812_215324_407

Antara Menu Buffet di Haruta Japanese Cuisine adalah Salad Bar terdiri dari bermacam jenis salad dan juga japanese cucumber with tomato cherry dan 3 jenis dressing. Bagi pembuka selera ada Edamame. Tak sah lah makan japanese takda edamame, macam makan nasi lemak takda sambal mana boleh. Pastu ada chuka no wakame atau seaweed salad,yang ni makan banyak sikit kalau pergi banyak kolagen ni kulit nanti cantik gebu toink toink nanti. Okay lagi ada Tori No Yasai Ni, Miso Shiru bagi pencuci mulut ada jelly pudding, mochi, cake dan ice cream. Lagi ada make to order selection boleh pilih satu main course nak Saba masak Shio atau Terriyaki, Salmon with Salt or Teriyaki sause, atau pun nak Tori or Gyuniku (chicken or beef) masak teppayaki kalau nak Tempura Mori (seafood) pun ada. On top of that boleh pilih Nigiri Sushi nak Salmon, Abura (white tuna) Suzuki (seabass) Ni Tako (Octopus) Ebi (prawn) Tamagoyaki (omelet) Inari (sweet beancurd) Tobikko (fish roe).. panjang tak pilihan? ada lagi macam2 jenis maki pun ada. Bukan maki-makian HAHAHAHa ni Maki yang sushi gulung2 seaweed tu. Boleh pilih nak california maki, spider maki, futo, lava, rainbow macam-macam lah. Untuk menu buffet All-You-Can-Eat Sushi hanya pada hari Sabtu dah Ahad. Booking awal nanti takda seat kecewa pula nanti. 

IMG_20170812_215324_427

Sofea pun dah kenyang perut pun dah membuncit tak cover hahaha

_1050978

Malam tu yang lain sambung ni MOVIDA, kami sambung ke bilik prepare untuk tidur. Good night~! Sweet dream.

_1050982

Eh jap chop, ada budak tak nak tidur lagi. Nak gurau tengah malam, kakak nya sudah kecundang perut kenyang sushi hahaha

20170813_083251

Good morning! Pagi kami turun breakfast di Feather Lite ada simple breakfast nasi lemak, telur goreng, sosej dan roti bakar serta coffee and tea. Owh ya ada juice juga. Makan bagi tenaga kejap lagi nak swimming puas – puas.

20170813_092812

Lupa nak cerita sebelum nak guna kemudahan di D’Tempat Country Club kena register kat sini dulu. Bagi kita ni guest hotel D’sora bagi details dan no bilik. Lepas verify dia wrist band.

_1050989

Pagi tu kami di beri taklimat dah juga round tour other facilities di sini.

_1050990

Antara yang menarik selain dari swimming pool warna size Olympic adalah Aqua Gym sesuai untuk yang nak buat rawatan physio. Sambil berenang tu boleh try aqua gym bukan semua tempat ada ni. Kalau dah sampai sini alang – alang boleh berangan bina badan.

_1050994

Facilities kat gym boleh consider sangat lengkap bagi pendapat illy.

_1060004

Table Tennis pun ada, tinggal nak bawa equipment jer dah boleh main. Kalau buat family tournament pun best juga ni.

20170813_101115

Tak nak table tennis? Takpa tennis yang kat padang ni pun ada! Best kan main tennis indoor? Tak perlu risau hujan or panas. Lagi best bagi illy sebab pengudaraan dia tu. Nampak kat hujung ada garis –garis tu? Itu ruang pengudaraan kiri kanan bangunan ni ada ruang udara jadi tak perlu air cond memang selesa berangin.

20170813_093014

Kalau rasa nak chillax boleh spend time kat this reading room.

_1050996

_1050998

_1050999

Bagi yang ada bawa budak kecik ni antara spot yang plaing menarik. Nama tempat ni Children’s Wading Pool with play station. Siap ada slide ada water play ground. Sofea excited sangat masa nampak tempat ni. Tapi masa kami datang tu tengah buat maintainence work jadi tempat ni close. Takpa tu makna dia nak suruh datang lagi hehe..

_1060002

Swimming pool size olympic. Nak perasan jadi mermaid ke jadi dugung kat sini lah tempat nya. Siap boleh lepak kat kerusi santai tepi pool.

20170813_110706

Kelihatan satu dugung botak bersama dua mermaid sedang menikmati pagi yang indah.

20170813_104548

Kat dalam changing room ada sauna room and also steam room. Best nyer! Kalau kat kl ni nak guna sauna room korang check sendiri lah rate satu jam berapa. Kalau datang kat D’Tempat Country Club dah memang included. Nak citer punya banyak lah aktiviti yang boleh buat kat sini. Meaning datang sekali mungkin tak habis pakai semua, kena datang beberapa kali baru cukup syarat.

20170813_104427

Nanti masa kat depan bilik changing room tu ada counter untuk ambik towel and juga kunci locker. So ada barang tak perlu nak angkut sini sana, just letak dalam locker. Kemudahan memang lengkap sangat. Nanti kunci locker macam illy pakai warna merah tu dia concept bangle token. Paling penting waterproof jadi masuk air ke tak lah risau and bila buat bangle jadi tak mudah hilang.

20170813_131616

One of resident cheff kat sini. Nama dia Cheff William. Terima kasih sebab masak makanan sedap untuk kami. Kalau datang sini boleh try ‘Jemput-Jemput” Vadai with Chef’s Secret Recipe Chutney. Sedap!! sangat fluffy. Lagi satu illy suggest korang order Cendol Durian with home-made Gula Merah Kurma. Rasa sedap lemak manis satu mangkuk tak cukup.

20170813_093838

Ni Garden Terrace antara tempat makan di sini. Ada beberapa signature dishes yang boleh di cuba. Illy try semua hahaha nampak tak ciri-ciri tamak haloba di situ? Harga amat berpatutan start dari RM10 dah boleh dapat The Signature Dishes. Contoh ada tom yam kung, ayam paprik, steam fish, roti canai kari ayam sendayan special, dan lagi dua signature dish yang illy dah mention earlier. Pastu kan illy belek menu nampak ada afternoon tea set RM15.90 memang syok lah  kalau dapat minum petang sampai tengok anak mandi manda.

_1060014

Dah puas berjalan kami punya trip pun dah sampai ke penghujung. Ni dalam gambar Country Club General Manager nama dia Mr.Clarance Samuel. Dia tengah bagi closing speech. Terima kasih pada kepada semua team D’Tempat sebab jemput keluarga kecil kami datang kat sini dan share pengalaman kepada our internet family. Next time kami datang lagi.

image

This group pic credit

Geng social media team yang happening and sporting! From the left Shah & Nad dari page viral pastu kitorang, then sebelah Johan nama dia Sunny Wong then we have auntie Ong dan juga Melissa Tham then ada Abang Lan besama Kak Siti dari group Seremban Macam Macam Ada! Sorry kak siti tak jumpa jumpa gambar yang tak tutup muka ni pun dapat gambar group picture dari instagram D’Tempat. Kat hujung sekali Lydia Marcom & Membership Manager untuk D’Tempat. Dina pula tengah ambik gambar kami. Terima kasih Dina!!

Okay tu jer la illy nak share kali ni. Harap post ni membantu kalau korang nak cari idea mana nak bawa family pergi jalan time cuti sekolah atau pun staycation during weekend. Harga amat berpatutan dan aktiviti pun banyak dan menarik.

For more details nanti boleh check out D’Sora FB or D’Tempat Country Club  dont forget to check out D’Tempat Instagram so you wont miss any new promotion! Illy pun ada buat vlog macam biasa nak tengok boleh check out kat bawah ni. dont forget to subscribe and like the video nanti illy share banyak lagi tempat menarik!

6 comments:

  1. The price & facilities looks good, thanks for sharing babe!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes!! good info are meant to be shared! <3 nanti gi lah k, i pun rasa nak gi lagi bawak family pula :)

      Delete
  2. Dekat dah ni dengan hometown saya.
    Ada freetime nanti boleh terjah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lah yer ke? gi lah terjah best!! boleh ajak sedara mara main bowling hehe <3

      Delete
  3. hehe lawat kakak ni hahaha jarang2 berlaku kan? haha btw nice place for family vacation err below rm200 mmg sgt berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for visiting! yes, i think memang worth it :)

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)