Pengalaman ke Jeju Island

Sep 12, 2018

P1100429

Assalamualaikum and Olla everyone!

  Ada plan nak ke Jeju ke? illy nak share pengalaman kat Pulau Jeju mana tau boleh bantu korang. Nanti boleh lah korang lebih enjoy lagi kat sana. Salah satu sebab menarik nak ke Pulau Jeju ni sebab seluruh pulau dan lava tube diiktiraf UNESCO HERITAGE. Cerita dia dalam 2 million tahun dulu Pulau Jeju ni terbentuk sebab ativiti volcanic. Jangan lak risau nak gi, okay jer skang takda meletup ada dah. Last sekali meletup pun dalam 25 ribu tahun dulu.

Pulau ni besar, hujung ke hujung dalam 73km. Lagi besar dari Langkawi. Senang bagi contoh Langkawi sebab Pulau Jeju ni kira macam pulau percutian untuk orang Korea. Dorang kalau lepas kahwin nak honeymoon atau pun saja nak bercuti bawa anak pun mereka memang suka pergi Pulau Jeju. Satu pulau tu memang khas main economic activity adalah perlancongan. Memang tourist friendly.

Illy ada buat vlog dekat seminggu kami kat sana. Ni kami punya annual dating trip dari before dapat anak lagi memang setahun sekali gi dating kat new place. Anyway, jemput tengok vlog harpa boleh la bagi korang idea and gambaran macam mana Pulau Jeju before korang pergi nanti. Kalau dah pernah pergi tapi rindu kat jeju pun boleh jer tengok hahaha.. Sambil tu please like and subscribe, kalau suka la video tu,kalau tak.. takpe tak paksa hehehe

Waktu terbaik untuk pergi Jeju

Okay, sekarang Pulau Jeju ada empat musim. Jadi ikut korang suka musim apa. Ada yang suka snow ada yang suka tengok bunga masa spring, ada yang prefer tak sejuk sangat Dec – Mar (musim sejuk) average dalam 8 darjah celcious. Apr – June (musim bunga spring) kalau tak suka sejuk sangat dan suka bunga boleh datang time ni. Cuma time ni selalu nya pack sebab memang ramai yang akan bercuti. July – Aug musim summer. Kami pilih awal summer jadi sempat juga tengok bunga dan tak perlu pakai baju winter selesa nak buat aktiviti outdoor dan nak hiking. Sep – Nov musim luruh, kalau nak ambik gambar cantik2 brown orange then boleh datang time ni. Kalau rasa nak join tengok time festival then boleh google tengok festival apa yang ada sepanjang tahun before booking flight.

P1100420

Macam mana nak pergi Pulau Jeju

Berenang? HAHAHA kalau larat. Dari kl flight pergi jeju dalam 7 jam. itu atas flight, tak kira nak kena gerak dari rumah,nak tunggu time check in lagi. Kami ambik flight airasia flgith pagi dalam 650am sampai tengah hari kat Jeju. Sampai tu ngam terus gi hotel. Boleh download e-book siap2 untuk baca dalam flight takda rasa lama sangat masa. Book suggestion : Code of the extraodinary mind by Vishen Lakhiani, The tipping Point by Malcom Gladwell or Crushing it byGary Waynerchuk. Kalau nak baca comic pun boleh jer, ikut pandai korang lah. Cost flight kami beli time promo RM900++ untuk dua orang pergi balik.

Untuk rakyat Malaysia, tak perlu apply visa awal sebab kita dapat visa on arrival. Just isi borang nanti stewardess akan bagi traveller declaration form dengan arrival card. Nak bagi tau, barang fresh tak boleh masuk macam sayur ke, kalau nak packing barang makan bawa yang kering. Beras illy cadangkan sebab beras kat sana mahal.

Berapa kos ke Pulau Jeju

Rate duit dia RM100 boleh dapat 272.08 KRW. Paling murah illy tukar duit kat Midvalley yang tempat tukar duit sebelah cimb kat lower ground floor. Kalau nak tukar banyak berbaloi pergi situ. Panjang sikit beratur, jangan pergi time ada expo plak menangis nak cari parking hahaha. Kalau tukar kat airport rate paling rugi. Illy akan tukar kat airport kalau betul-betul emergency kalau tak, aku rela swipe. Then jangan lupa activate debit card and credit card untuk overseas usage. Illy suggest tukar separuh duit KRW then separuh lagi tukar jadi USD tak banyak sangat pegang cash. Kos bergantung pada korang makan apa, naik transport apa and pergi mana. Kami trip budget jer, pergi mana2 pun naik bus (japgi citer best giler naik bus dia) then makan pun mostly masak sendiri sebab susah cari makanan halal. Untuk tu kami spend dalam RM3 ribu tak termasuk flight ticket. Kalau korang pergi ramai mungkin boleh jimat lagi sebab boleh share cost.

P1100433

Hotel atau Homestay di Pulau Jeju

Pulau Jeju ni besar, kalau suka city vibe boleh pilih hotel dekat dengan hotel sebab main town dia kat situ. Khas untuk yang suka shopping barang skincare ke, kalau nak duduk dekat dengan pantai then kena cari daerah lain. Kami pilih stay di Seogwipo sebab banyak tempat menarik yang kami memang nak pergi ada kat kawasan ni. Ada museum k-pop, ada museum teddy bear dan banyak lagi museum kat sini. Plus, illy memang nak pergi Jungnam Cliff nak tengok volcanic formation, dan boleh kira dekat dengan route mount hallasan yang kami nak naik.

P1100446

Kami pilih tidur di Dream & Green Pension sebab lokasi dia atas bukit, view cantik. Harga pun sangat murah untuk facilities yang dia bagi. Ada dapur boleh masak, peti ice pun besar, ada mesin basuh, jadi tak perlu banyak sangat bawa baju, boleh basuh. Then paling best, betul bawah hotel tempat tunggu bus yang main. Nak jalan area Seogwipo senang, nak pergi ke town pun senang. Just allocate satu hari untuk pergi town nak shopping. Hari lain boleh jalan tempat menarik kat kawasan ni.

Boleh survey dulu korang suka macam mana, banyak pilihan rambang mata. Kalau nak stay kat sini boleh booking pakai booking.com click kat sini untuk dapat 10% off total bill. Jimat hehe.

Illy dah tulis full review pasal homestay ni, Boleh click sini untuk baca.

P1100541

Aktiviti Outdoor di Pulau Jeju

Boleh jalan kat bandar, kami pergi ke Jeju Jungang Underground Shopping Center apa yang special? Shopping complex bawah tanah. Kalau musim sejuk ke apa, masih selesa nak beli. Kat sini water filter memang disediakan banyak tempat just bawa tumbler sendiri. Kalau ada anak kecik siap ada sewa stroller lagi, every bus station memang ada free wifi. Kemudahan dia tip top. Masalah languange barrier jer la sebab mostly tak reti cakap english. Pastu before pergi jangan lupa download Kakao Map, kat sini Google Map tak meluas. Kalau korang survey jalan pakai google map akan kecewa. Di Juje Jungang Underground Shopping Center ni banyak jual barang pakaian budak, barang skincare dan pakaian. Illy memang jadi physco nampak face mask murah giler. Beli 10 free 10, jalan depan sikit beli 10 free 15, jalan depan lagi beli 10 free 50. Macam orang tak betul dah beli face mask. Takda la beli banyak pun, cukup la stock setahun hahaha Kalau kat Malaysia satu face mask RM10 kat sana boleh jatuh sampai RM3 satu. amacam rasa nak booking ticket terus ke camna? LOL

P1100502

P1100495

Mount Hallasan, ni memang kebanggaan orang kat sini. Cantik dia punya natural park. Sepanjang jalan ada bunga, banyak species yang illy tak pernah jumpa lagi. Dia ada banyak route tau nak Mount Hallasa, ada route 4 jam, ada yang 8 jam tengok korang larat ke tak. Kalau tak biasa then start small, pergi ambik route yang beginner. Illy dengan husband, dating hiking best sebab udara nyaman and view dia superb. Cantik ciptaan Tuhan. Tapi malam tu mula lah nak rendam kaki dalam ice. Esok jalan cam robot sakit peha.

P1100628

Innisfree Jeju House dan O'sulloc Tea Museum betul sebelah each other. Alang – alang pergi Innisfree Jeju House dapat two in one. Pulau Jeju kan dari volcanic jadi tanah dia memang subur dengan tanaman. Tapi sebab kawasan dorang bermusim kalau pergi masa musim sejuk illy tak sure la pokok teh tu ada ke tak. Illy memang teringin nak sangat pergi Innisfree Jeju House, ingat nak borong skincare lah. Tapi bila sampai dia macam small cafe jer. Ada lah dessert, food lain standard harga cafe. Skincare pun takda banyak sangat pilihan pergi kat town lagi meriah. Ada activity buat sabun kena bayar dalam RM50 camtu masa illy pergi ramai plak orang. Paling best sebab view cantik memang boleh ambik banyak gambar kenangan.

P1100649

Sebelah Innisfree Jeju House ada O’sulloc Tea Museum, rasa nak timba ilmu pasal green tea boleh datang sini. Green tea banyak anti-oxidant bagus untuk awet muda dan juga kalau nak kurus sebab dia tingkatkan kita punya metabolism. Tea hijau dengan teh hitam kita biasa minum tu sebenarnya dari species yang sama cuma cara treatment dia lain. Nak tahu banyak lagi info tentang tea boleh datang O’sulloc Tea Museum, dah habis jalan ada cafe jual ice cream green tea!

P1100576

Selain tu boleh juga sewa basikal dan jalan kawasan Jungnam beach, kami spend 2 jam kayuh basikal. Sampai lutut pun keluar peluh. Sampai illy jatuh tergolek la masa kayuh tu hahaha.. Ni antara aktiviti outdoor yang menarik juga.

P1100550

Kat Jeju ni juga ada banyak pasar. Kalau suka pergi pasar untuk tourist better pergi yang dekat town banyak options. Cuma dari town nak ke hotel kami dalam sejam, jadi kami pergi market dekat jer. Tak kuasa nak angkut sayur ikan semua naik bas sampai sejam. Lagipun bila pergi market kawasan local dapat beli harga local. Dorang baik takda pun nak charge kami extra walaupun bukan local. Harga sama jer siap bagi free gift lagi. Ada makcik tu bagi kitorang free daikon comel jer. Sweet la orang kat sini.

P1100474

P1100470

Malam, kebanyakan tempat tutup maybe family time kot. Yang buka pun pub. Memang tak la kami nak gi pub karang kena panah petir tak pasal. Jadi kitorang lepak kat kedai 24hours ala2 family mart. Kalau pergi sila beli honey butter chips, pastu banana milk pastu dia punya samyang instant noodle. Jangan main beli jer karang ada “oink oink” baca dulu hahaha

Ni gambar johan melepak depan kedai 24 hours, ada wifi dan kedai convinient kat sini memang ada port kerusi orang melepak. illy nampak dorang suka makan kacang, or sotong kering sambil minum beer. Kitorang minum 100plus sudah LOL

Aktiviti Indoor Di Pulau Jeju

P1100608

Sape peminat banana milk wajib pergi Yellow Cafe. Illy dah tulis pasal Yellow Cafe Jeju boleh check out kat sini. Kat sini banyak spot instagram worthy dan harga pun berpatutan. 

P1100704

Kalau nak pergi semua museum pun boleh, banyak giler pilihan. Husband illy memang nak sangat pergi World Automobile Museum so ni lah yang kami pergi. Setiap museum harga masuk lain – lain, so korang survey lah dulu yang mana nak pergi. Hello Kitty Island pun ada tapi yang tu nak tunggu pergi dgn my sis sebab dia minat sangat Hello Kitty. Semoga murah rezeki tercapai hasrat nak belanja bawa dia ke sini. amin!

Saje tunjuk gambar Chevrolet Bel Air. Sebab tu kereta my grandfather dulu. Nenek illy selalu cerita pasal kereta ni besar pastu kereta tu pernah kena sewa dengan P.Ramlee masa dorang shooting cerita madu tiga. Banyak lagi kereta menarik yang penuh history kat sini. Agak impressive sebab we found out that this museum is actually privately owned. Lagi syok sebab rasa macam boleh masuk dengan kepala owner, lagu2 dia pasang macam sama dengan playlist kirorang hahahaha.. Beza nya kitorang tak masyuk macam dia lagi, on the way LOL

 

Makanan Halal di Pulau Jeju

P1100464

Bagi yang suka sashimi, kat sini heaven. Another pengusahaan kat sini adalah perikanan. Jadi seafood macam –macam jenis dan sangat fresh. Ikan apa ni illy pun tak tahu nama macam ikan parang, kalau beli kedai tourist dekat seratus sebatang, kami beli kat pasar 3 keping sekali sotong besar 2 ekor baru rm50. Jadi pengguna bijak, Survey dulu. Kat Jeju masa illy pergi july 2018 baru ada 2 restaurant yang di sahkan halal dan ada certificate. Itu pun makan middle east atau indian food. Datang korea tak kan makan curry weyh, camtu kat malaysia punya mamak pun ada. Kami decide masak sendiri buat style korea beli barang fresh kat sini.

P1100524

Nak tengok apa kami makan, our halal food journey or nak cari idea nak masak apa nanti kat sana, boleh baca kat sini. Kami siap picnic lagi best!!

Travel Tips ke Pulau Jeju

P1100460

Soket dia jenis camni. illy suggest beli satu jer universal charger, lepas tu bawa extension. Jadi tak perlu nak beli banyak sangat universal charger. Bawa dua extension lagi afdal. Senang nak charge camera la, powerbank la, phone dan segala mak nenek.

P1100428

Tak reti baca or tulis korea tapi nak naik public transport? Takda masalah kat sini dia pakai system nombor. Kalau nombor 600 ni memang fast direct bus dari airport pergi ke daerah Seogwipo, dia punya singgah tak banyak dah cost baru RM12 untuk perjalanan sejam. Kalau nak lagi murah boleh ambik bus yang banyak stop berhenti yang tu lagi murah dalam RM4 tapi jenuh la asyik berhenti. Kalau naik teksi perjalanan yang sama seratus lebih.

P1100627

Ni contoh bus stop dia. Ada cover, tak risau hujan plus dia punya papan tanda tu electronic, boleh tekan tukar bahasa english, then kalau rabun warna pun ada function rabun juga. Very thoughtful bagi illy. Husband illy memang jakun naik bus kat sini. Sebab very on time. Kat papan tanda tu dia siap tulis berapa minit lagi bus nak sampai. Kalau dia cakap 2 minit memang ngam 2 minit dia sampai. Serious agak kagum cara dorang punya public transport. Dalam bus pun ada free wifi, bukan slow laju plak tu.

P1100488

Kat dalam bus ada screen, dia akan bagi tau sekarang ni kita kat station mana and then next akan stop kat mana. Memang mudah untuk pelancong. Korang just perlu can T-money card. Kira macam touch n go. Beli card tu dalam 10k won (RM30) then just top up ikut berapa nak pakai. Top up pun kat mana-mana convinient store ke station minyak boleh.

Okay tu jer la illy nak share kali ni. Illy dah cuba yang terbaik share sebanyak mana info yang illy ada. Harap dapat bantu korang untuk buat planning nak bercuti ke Jeju. Terima kasih sudi singgah dan baca blog illy. Illy takda la pro mana, baru pergi sekali jer pun bukan la duta jeju ke apa. Just sharing my humble experience mana tahu boleh dapat pahala. Amin. Illy niat ikhlas nak share info, bukan nak poyo ke apa.

Till next blogpost, dont forget to take it easy and smile! Kalau korang suka write up ni, jemput catch up di insta or yt or fb page, nanti kita sambung borak2 lagi k. Bye! Don’t forget to take it easy and smile.

B L O G : www.illyariffin.com

I N S T A G R A M : http://instagram.com/illyariffin

T W I T T E R : https://twitter.com/illyariffin

F A C E B O O K : https://www.facebook.com/illy.ariffin

F A C E B O O K P A G E : https://www.facebook.com/illyariffinblog

If you like us to do an honest review for your esteemed organization, restaurant, food or even product, do email me at illy.ariffin@gmail.com and we could discuss further. Thank you!

6 comments:

  1. information sgt detail! thanks illy even though i mmg x plan nak pergi jeju but i love the way you described all the info. i mmg suka travel n suka baca travelogue orang. yours mmg sgt detail n jujur :) all the best illy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you banyak2 naj2908 for dropping by n sudi comment kat humble blog. It means alot to me. Appreciate it very much n hope all the love n happiness coming back your way 💕 have fun exploring the world 😁

      Delete
  2. Suka part “takkan nak makan kari bila kat jeju kan?”. Kena rasa local food, barulah syok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you Suriya, sudi singgah and baca my humble blog :) appreciate it a lot.
      Hehe.. dah alang hoping to catch up with you on instagram too!

      http://instagram.com/illyariffin

      Have a lovely day ahead dear :) <3

      Delete
  3. nampak cantik view jeju ni kan

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)