Mahkota kemenangan
telah disampaikan sendiri oleh juara Dewi Remaja 2009/2010 iaitu Noor Neelofa
Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa. Dengan kemenangan ini, Raysha
Rizrose berjaya membawa pulang hadiah wang tunai yang bernilai RM10,000. Selain
itu, beliau juga turut memenangi kategori Dewi Berseri (Fair & Lovely).
“Raysha
sememangnya seorang gadis Fair & Lovely. Beliau menunjukkan tahap keyakinan
yang tinggi dan berani mengatasi segala cabaran yang diberikan kepadanya
sepanjang program Dewi Remaja berlangsung seperti cabaran pengacaraan, solekan
dan sebagainya dan akhirnya beliau berjaya mencapai impiannya sebagai pemenang
Dewi Remaja sesi 2014/2015. Selaku jenama krim pencerah dan penjagaan kulit
nombor 1 di Malaysia, Fair & Lovely yang terkenal di kalangan golongan
remaja, kami berasa gembira untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan
dewi-dewi bagi Dewi Remaja sesi 2014/15 ini. Fair & Lovely Advanced
Multivitamin, formulasi terbaik Fair & Lovely bagaikan rawatan pencerahan
mencerah, mengurangkaan kecelaan dan mengatasi masalah tona kulit tidak sekata
secara tidak langsung dapat membantu memberikan keyakinan diri kepada para
gadis. yang mengambil bahagian dalam Program Dewi Remaja Sesi 2014/15,” kata
Chong Yen Nee, Pengurus Jenama Kanan Kategori Kulit, Unilever (M) Holdings Sdn
Bhd.
Syamim Farid
pula diumumkan sebagai pemenang tempat kedua di samping turut memenangi
kategori Dewi Menawan (Sunsilk). Manakala Balqish Maarif dinobatkan sebagai
pemenang tempat ketiga.
“Sebagai jenama
yang memahami bagaimana rambut boleh mempengaruhi keyakinan diri seorang gadis,
kami sentiasa berusaha untuk memberi gadis rambut kelihatan cantik yang boleh
meningkatkan keyakinan diri dan membolehkan mereka mengecapi setiap peluang di
hadapannya. Dengan itu, kami berharap gadis Sunsilk boleh meraih peluang ini
sebagai batu loncatan mencapai impian mereka sambil menikmati pengalaman sekali
seumur hidup ini dengan rambut yang cantik. Hidup ini penuh dengan pelbagai
peluang yang boleh diterokai dan bersama Sunsilk anda boleh menghadapi
hari-hari yang mendatang dengan penuh keyakinan,” kata Phoenix Ho, Pengurus
Jenama, Kategori Rambut, Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd.
Selain itu, Mawar
Rashid pula memenangi kategori Dewi Favourite. Pemilihan untuk kategori ini
adalah berdasarkan 100% undian oleh peminat melalui laman web rasmi. Manakala Fify
Azmi, 25 tahun pula dinobatkan sebagai
Dewi Persahabatan. Pemilihan kategori ini pula dilakukan menerusi undian oleh
18 orang peserta musim ini.
Untuk cabaran
pusingan akhir, kesemua finalis telah diuji dengan sesi soal jawab bersama
panel juri yang terdiri daripada Erra Fazira dan Edry Abdul Halim selaku juri
tetap serta Scha Alyahya, Farah Hussamuddin (Pengarah Kreatif Kumpulan
Karangkraf), Ridduan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ridduan TTFGA (Jurugambar
Bebas) selaku juri jemputan.
Juara Dewi
Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose berkata, “Secara
jujurnya, saya masih seakan tidak percaya apabila dinobatkan sebagai juara Dewi
Remaja 2014/2015. Dunia seperti berhenti seketika apabila nama saya diumumkan
sebagai sebagai juara dan ia merupakan antara pengalaman paling manis dalam
hidup saya.Diberi peluang untuk bersaing dengan kesemua
finalis pada peringkat akhir merupakan suatu penghormatan yang cukup besar buat
saya kerana mereka semua merupakan pesaing yang sangat berbakat dan cantik-cantik
belaka.
Banyak yang telah saya pelajari
sepanjang berada di dalam pertandingan ini terutamanya mengenai kepentingan
untuk menjaga disiplin diri, menepati masa, memperbaiki ketrampilan diri, cara
berhadapan dengan orang ramai dalam pelbagai situasi serta banyak lagi.
Pengalaman yang cukup berharga ini secara tidak langsung telah memberikan impak
kepada personaliti saya secara peribadi.
Pada kesempatan ini,
saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro Ria dan Majalah Remaja
di atas kepercayaan yang diberikan untuk terbabit dalam program Dewi Remaja 2014/2015
dan saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada program ini.
Tidak dilupakan kepada para juri, pihak penaja, keluarga, para peminat, pihak
produksi serta semua yang tidak putus-putus memberi sokongan dan semangat
selama ini.”
Menurut Pengurus
Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad berkata, “Kami amat
berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam
program ini. Kesungguhan mereka yang sanggup berkorban masa menghadirkan diri
ke sesi rakaman dan meninggalkan rutin harian mereka amat kami hargai.
Di kesempatan ini juga saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak
Fair & Lovely yang hadir selaku Penaja Utama serta Sunsilk selaku Penaja
Bersama untuk program Dewi Remaja 2014/2015. Sokongan yang telah diberikan oleh
kesemua pihak sepanjang penerbitan program ini amat kami hargai dan berharap
kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan.”
Dihoskan oleh bekas juara Hero Remaja 2008 iaitu
Kamal Adli dan pengacara hlive!
iaitu She Nabilla, Pencarian Dewi Remaja
2014/2015 telah bermula pada bulan Ogos tahun lalu menerusi sesi uji bakat yang
dianjurkan oleh Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. Seramai 18 orang peserta
telah dikenal pasti menerusi sesi saringan pemilihan yang teliti untuk
menyertai musim ini.
Selama 7 minggu, mereka telah diuji dengan
beberapa cabaran seperti pengacaraan, lakonan, imej, solekan, peragaan dan juga
fotografi. Peserta akan dinilai bukan saja dari paras rupa, tapi mereka juga
diadili melalui cabaran yang telah diberikan. Setiap markah akan dikumpulkan
dan peserta yang mempunyai markah yang terendah akan disingkirkan pada setiap
minggu.
Seramai lapan orang telah dinobatkan sebagai Dewi Remaja sebelum
ini yang mana kehadiran mereka telah menggegarkan dunia hiburan, pengacaraan
dan peragaan. Bermula dengan Tengku Anis Tengku Ismail (1985/86), Aleeza Kassim
(1987/88), Jasmeen Dhillon (1990/91), Wan Khatijah (1993/94), Juliana Banos
(1997/98), Annahita Bakavoli (2002/03), Scha Al-Yahya (2005/06) dan Neelofa
(2009/2010).
Menarik lagi, episod kemuncak pencarian Dewi Remaja
2014/2015 juga turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh barisan artis
jemputan yang terdiri daripada Hafiz Suip, Ella, Mojo, Kaka dan Sleeq. Program Dewi Remaja mula disiarkan pada setiap
hari Sabtu bermula 4 April lalu secara
eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).
congrats winners :)
ReplyDeletecongrats to winner
ReplyDeleteAll also pretty and talented in their own ways. All the best to them!
ReplyDeletecongrats winner
ReplyDeletethank sharing
ReplyDeletepretty talented in their all
ReplyDelete