Cara Pakai Bengkung Traditional |Review Bengkung Tok Umi|
Assalamualaikum and Olla everyone!
Harini illy nak cerita pasal bengkung and also nak share cara pakai bengkung. Dulu masa bersalin Sofea and Zandria illy ada pakai bengkung jenis macam moden yang zap jer tu. Tapi skang ni bila try bengkung traditional dari Tok Umi ni rasa macam banyak perbezaan dia. Sebenarnya ada banyak kebaikan pakai benkung ni, tak semestinya lepas bersalin jer pakai. Kalau tak bersalin pun boleh.
Bila kita pakai bengkung, dia akan bantu untuk jaga posture kita. Boleh elakan sakit belakang plus kurangkan rasa lapar. Paling best dia boleh bantu kempiskan perut biar berbentuk langsing sebab pakai bengkung ni boleh elak masalah perut buncit.
Paham, kekadang tu tak kan nak gi office pun nak pakai bengkung yang jenis traditional kan? Pukul berapa pula nak bangun hahaa.. Tapi tak susah pun bila dah biasa pakai. Illy prefer pakai kat rumah balik kerja, dah mandi dah comel sebelum makan. Sebab pakai bengkung ni pun disarankan tak lebih lima jam. Before tidur boleh cabut balik. Dapat 3-4 jam pakai bengkung sambil melayan anak and buat kerja rumah pun okay dah.
Kalau orang dalam pantang memang hari – hari, orang suggest. cuma buat sesuatu jangan berlebihan. Macam anything in this world. Kalau berlebihan tak baik. Jangan lah pakai sampai 8 jam atau pun sehari suntuk. Lagi satu, pakai tu pilih sizeyang sesuai. Jangan terlalu ketat, dia ibarat nak bentukan badan bukan nak picit segala isi dalam badan. Kalau ketat sangat tak bagus untuk organ dalaman badan. Biar bersederhana.
Illy selesa pakai Benkung Tok Umi, sebab kain dia tu jenis serap peluh. Tak yah risau sangat pasal size sebab tali tu kita ikat sendiri jadi boleh adjust. Pastu Bengkung Tok Umi ni buat dari kain belacu tau. Kain belacu ni memang very traditional material dan berkualiti tinggi. Basuh banyak kali ke apa takda masalah dia nak jadi kendur ke, tak risau. Kalau betul – betul lepas beranak tu kang perut macam tgh mengeleber pastu kalau gerak ke apa rasa macam agar- agar jer tang perut tu. Kalau pakai bengkung benda tu jadi macam tegap tau. Illy prefer macam rasa tegap tu sebab rasa dapat more support.
Bengkung Tok Umi ni lain dari yang lain sebab kalau bengkung traditional kita pun paham lah nak pergi toilet satu hal, nak kena buka ikatan bengkung tu kan? Bengkung Tok Umi tak perlu risau sebab dia ada bahagian zap tak tepi peha dua lapis. Tinggal zap jer dah boleh duduk selesa kalau nak ke tandas tak perlu nak cabut bengkung. Paling illy suka sebab kemas, takda mengulung ke kat belakang pinggang. Terbanyak pula cerita hehe, okay ni nak share cara pakai bengkung traditional.
Step 1 : Mula tu kita letak kat depan macam ni. Pusing kain kat badan. Bahagian gulung tempat masuk tali tu ke depan.
Step 2 : Pastikan dua tali bermula dari bawah. Just masuk ziqzag sampai ke atas. Pegang kemas.
Step 3 : Pakai sebelah lagi. Pun sama cara masuk zig zag juga sampai ke atas. Boleh kemaskan untuk lebih selesa.
Step 4 : Sekarang kita nak ikat bagi kedudukan dia maintain tali tak terlurut. Illy suka buat double ribbon macam ikat tali kasut.
Step 5 : Ambik lebihan ribbon dah semua tali gulungkan.
Step 6 : Masukan gulungan ribbon dan lebihan tali tadi ke dalam bengkung Tok Umi. Tak terburai kat depan. Masuk jer kat dalam. Dah siap pun. Kemas jer. Lepas ni makin cepat dapat pinggal kerengga. Amin!
Tapi ingat tau, bukan harapkan bengkung jer. Ni salah satu faktor yang amat membantu. Still kena makan seimbang, sayur dan buah lebih biar lawas untuk buang segala toksin dalam badan, kena rajin bergerak biar bakar lemak dan ada tenaga. Minum air dengan cukup. Kalau dah buat semua tu pastu pakai bengkung memang paling bagus tip top.
Mahal ke bengkung Tok Umi ni? Tak lah.. Sangat berpatutan harga dia. Siap kalau beli boleh share next time adik perempuan ke biras ke sepupu ke bersalin. Sebab kualiti tahan lama. Harga sebenar RM150 tapi sekarang ada promo RM96 jer sehelai. Amat berbaloi. Jimat RM54 kat situ. Kalau tengah pregnant beli lah siap – siap nanti dah bersalin takda nak tunggu postage ke apa. Biar menda dah ready.
Kalau nak order click kat sini terus http://bengkungtok.wasap.my direct ws. Atau nak survey nak baca dulu ke boleh pergi FB Bengkung Tok Umi. Banyak dorang share info berguna untuk ibu yang tengah mengandung. Click kat FB Bengkung Tok Umi. Okay tu jer lah illy nak share kali ni. Harap bermanfaat.
Till next blogpost, dont forget to take it easy and smile!
Comments
Post a Comment
Thank you so much for taking the time to comment :)
I love reading it <3 Big hug!!