Pengalaman ke Kellie’s Castle Ipoh Perak

Jan 17, 2019


Kellie's Caste Ipoh Perak


Assalamualaikum and Olla everyone!

Berapa puluh tahun duk Malaysia, ni first time pergi Kellie’s Castle. Dulu pernah dengar citer pasal tempat ni sebab my brother ada shooting citer kat sini. Dia kata cam seram sikit. Maybe sebab dia shoot malam kot. Kitorang gi siang okay jer. Ada la vibe bangunan lama standard tapi takda la seram. Illy rasa the energy banyak love and macam ada sedih sikit.

Lepas baca sejarah dia baru paham kenapa ada rasa energy sedih tu. Apa la baru start blogpost dah citer sedih LOL. Okay kembali kepada topic. Kami pergi bercuti ke Tambun, semperna birthday weekend my second daughter Zandria. Hari pertama kami pergi The Lost World of Tambun, ni hari kedua lepas check out. Before gerak balik kl kami singgah Kellie’s castle. Nak bawa pengalaman pergi The Lost World of Tambun boleh baca kat sini.

Kellie's Caste Ipoh Perak


Masa sampai tu panas giler weyh. Tapi okay la alhamdulilah, better dari hujan kalau tak lagi payah nak berjalan. Kami pergi time weekend yag bukan cuti sekoah so tenang la sikit takda crowded. Kereta pun senang cari parking. Ni anak illy yang first si Sofea bukan main happy masa citer kat dia nak pergi castle. Dia tengah budget princess ler tu.



HArga Ticket Kellie Castle

Nanti sampai kaunter, prepare terus ic. Kalau takda ic harga lain. Kalau ada Ic masuk sini dewasa RM 5 and budak RM 3. Berpatutan harga dia boleh la.




Nanti dah bayar ticket, dorang ajak ambik group picture untuk souvinier. Pastu nanti ada macam jambatan ni korang naik. Tu la dia Kellie’s Castle.

Ni contoh kat dalam tu macam mana. Tempat ni bersejarah. Start dari tahun 1915 tak silap illy. Kiranya dah lebih 104 tahun. Pergh lama giler. Sebelum merdeka lagi.

dalam kellie castle


Kalau rajin boleh baca dia ada share sejarah tempat ni. Citer dia lebih kurang yang illy paham owner tempat ni nama Willian-Kellie Smith. Tu pasal Kellie’s castle. Mamat ni dulu datang malaysia sebagai engineer masa zaman tu. Pastu dia ada buat business then jatuh naik juga business dia. Ada dia buat business marble tak berapa jadi. Paling masyuk dia ada buat untung pastu dia ada beli 1000 ekar tanah kat Perak Daerah Kinta. Kira nak buat business ladang getah lah. Siap import staff dari india sebanyak 200 orang.

Bayangkan masa tu orang yang reti membaca pun tak ramai, mamat ni dah start run business besar giler. Dengan technology limited nyer masa tu. Power ah gak kan? Okay tak habis citer lagi jap..

dalam kellie castle

dalam kellie castle

dalam kellie castle interior



Masa mula tu dia start small. Buat rumah Kinta Kellas. Lepas business makin masyuk dia nak buat castle tu. Kita macam untuk naikkan darjat (bagi up la) and then Kellie’s castle ni macam home away from home sebab ada iras rumah dorang kat spain ke macam tu la tak silap illy.

Masa tu William-Kellie Smith ni hampir nak jadi orang pertama yang ada lift kat malaysia. Dia kan buat castle banyak tingkat lenguh gak kalau nak turun naik tangga kan? Pastu dia pun order lift dari Sepanyol.Zaman dulu takda delivery naik flight ke hape, nak kena naik kapal juga. Dia gi la nak beli lift punya pasal. Tapi malang nya dia terkena sakit. Dapat flu tapi teruk kena wabak spain flu. Pastu melarat ke jadi pneumonia lepas tu meninggal.


Jadi tak tercapai lah dia punya harapan. Sian kan? Patut la masa masuk tu macam ada energy and aura sedih. Rupanya nya he didnt get to achieve his goal. Masa illy jalan dalam bangunan tu dorang ada tunjuk sample newspaper cutting citer wife dia jual smeua perabot nak balik negara dorang balik.



Masa tu dorang nak buat bata ni bukan main beli kat kedai hardware. Dia kena import expertise dari indonesia. Ada sorang mamat ni kira macam expert buat batu bata. The same guy yang buat batu bata Angkor Wat. Jadi William-Kellie ni kita contact mamat tu and minta dia datang kat Perak untuk ajar staff dia buat bata. Rupanya bata brick tu dia pakai mixture telur putih itik, campur pasir campur kapur. Pergh giler power la. Sampai sekarang kot kukuh bata tu dah seratus tahun.

Macam mana mamat indon tu tahu cara nak buat bata tu Allahualam tapi bagi illy memang menarik ancient technology. Macam mana dia contact, nak datang masuk hutan jumpa plak tu castle ni. Bukan ada gps ke hape, bukan ada email ke ws nak contact. Naik kapal kot, memang agak kagum la illy kat situ.

Pengalaman ke Istana Kellie

Sementara husband illy sibuk baca history semua, kita selfie satu. hehehe Kitorang suka bawa budak berjalan sambil belajar Sebab for us, dari sepuluh buku kita baca pasal satu tempat tu, bila kita visit sendiri ilmu yang dapat tu lagi banyak and boleh paham lagi dalam. Walaupun anak baru umur 2 tahun and 5 tahun tapi nak jadikan tabiat.Insya Allah kalau tuhan makbulkan, illy and husband memang niat nak bawa anak kami jalan dan explore sebanyak tempat yang boleh dalam dan luar negara biar dapat banyak ilmu. Biar jadi manusia berguna, tak judge orang dan lebih memahami macam mana struggle and glory of people and places. Harap – harap tuhan makbulkan lah amin.

Pengalaman ke Istana Kellie

Nanti korang jalan kat sini, boleh tengok dia punya panic room. Ada tangga rahsia untuk emergency exit. Sayang nya bapa kat anak dan family. Pape sediakan emergency exit dulu. Pastu dia sediakan rumah untuk staff. Ada tempat parking kereta kuda. Rasa macam travel pergi 100 tahun lepas kalau datang visit kat sini.

Pengalaman ke Istana Kellie

Boleh posing berangan untuk insta macam husband illy ni. hahahaha

Pengalaman ke Istana Kellie

Paling penting Zandria happy senyum sebab this is her birthday weekend. Tak tahu la dia ingat ke tak nanti. Tu pasal tulis blog. Nanti dah besar dia boleh baca. Zandria, if you are reading this when you are all grown up, I want you to know that mummy and daddy love you very much. We always pray for your happiness and no matter what happen in life, we will support you. Dah la malas la nak type banyak kang sedih lak. Rasa cam tulis wasiat plak. Over betul hahahahaa…

Pengalaman ke Istana Kellie

Balik tu kami beli souvenir, RM50 dapat snow globe + gambar. Kitorang jarang beli souvenir kat tempat bercuti sebab rasa buat tambah habuk jer kat umah. Tapi gambar family kali ni cantik plak. Beli jer la buat kenangan.

Okay tu jer la nak share kali ni. Next time kalau pergi Ipoh ke pergi Perak ke singgah lah Kellie’s castle. Nanti ada citer menarik illy share lagi k. Till next time, don’t forget to take it easy and smile!  







Waktu Operasa Kellie's Castle : 9 pagi hingga 6 petang






Jemput tengok video kami punya trip pergi weekend birthday gateway ke The Lost World Tambun, Impiana Hotel, New Hollywood Restaurant dan Kellie's Castle. Nanti alang - alang dah tengok tu jemput subcribe please. Thank you in advance sudi support illy. Everytime tambah subscriber rasa happy sangat. Rasa hilang semua penat menulis dengan edit video. Thank you tau korang! lap you lah. 



2 comments:

  1. Illy thanks for the history of the castle. Now i know the real story behind it. sblm ni pernah pergi tapi malas in detail. next time i should baca more history of the places so that can appreciate more! ;p. Thanks Illy for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear, thank you sangat sudi singgah lbog illy pastu comment lak tu. illy hargai. hehe

      Kitorang memang suka baca, sebab nak tahu lebih banyak boleh belajar sebenarnya :) im humbled that we get to inspire each other <3

      hugs!

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)