Pengalaman ke The Lost World Tambun |HONEST REVIEW|

Assalamualaikum and Olla Everyone!
Kali ini illy letak vlog video kat atas terus senang, pape korang tengok video dulu. Baru boleh dapat gambaran lagi jenas senang sikit nak bercerita. Ke suka illy letak end of post? Okay, malas nak citer banyak. Nak share kali ni kami baru balik dari cuti cuti malaysia. Simple jer dan tak jauh dekat jer. Kami gi Ipoh. Semperna Zandria punya second birthday. Kenangan la kiranya. Tahun lepas kami pergi Club Med Cherating. Tahun ni pergi ke The Lost World Tambun. Actually budak bukan kesah luxury ke tak, yang dorang nak just attention kita as parents. Kali ni pakai budget tak sampai 10% dari pada aa yang kami selalu spend. Tapi still boleh enjoy sangat and tengok anak – anak illy pun happy jer. Alhamdulilah. Nak berseronok tak semestinya kena pakai duit banyak yang penting orang yang kita spend tu.
LRM_EXPORT_57023311601290_20190112_200333257
Perjalalan dari kl ke Ipoh tak jauh ambik masa dalam 2 jam kalau jalan clear. Just nice untuk stay 2d1n tak payah ambik extra leave. Setakat cuti weekend pun dah boleh enjoy. Kami beli ticket murah masuk The Lost world Tambun ni. Pakai link kat wonderfly. Click pakai link illy tu kalau nak murah. Illy dapat la rm5 sekali korang booking. Kalau tak nak takpe. Lagi bagus kalau pakai link illy la. boleh illy kumpul2 buat beli pampers anak hhahahaa..
Kalau Malaysian adult harga ticket masuk LWOT RM70 kalau beli pakai link illy bagi tu jadi rM43 jer untuk full day. Berbaloi giler. Macam kami beli ticket 2 adult and 1 kids. Zandria selamat free sebab tinggi bawah 90cm. Rasa kalua orang veteran warga emas pun ada discount harga macam budak juga. Total masuk kami satu family dalam RM160. Very berbaloi sebab memang passtu boleh pakai dari pukul 11 pagi sampai 11 malam.
Dia ada dua jenis ticket kat The Lost World of Tambun, ada ticket siang and ticket malam. Untuk water park, petting zoo, tempat main macam roller coaster tu and juga tin valley buka sampai 6pm jer. Lepas tu hanya Night Park. Kalau night park mostly untuk kolan air panas la. Itu yang special nya kat The Lost of Tambun lain dari themepark lain sebab ada hotspring.
Walaupun kami ambik ticket whole day, kami masuk dalam pukul 3 petang. Sebab dah tahu kalau pergi dari pagi bapak lah garing panas. Terus jadi pisang goreng jer anak dara aku tu nanti. So bila masuk petang dah teduh sikit. Plus boleh jer lepas sampai ke malam. Surau pun ada disediakan jadi tak risau takda rushing.

P1110358
Park ni kira kecik lagi lah kalau compare dengan Sunway Lagoon. Kira macam baby sunway lagoon. Bagi illy okay la just nice, takda la penat sangat nak berjalan cukup sehari boleh khatam dah Penting untuk budak janji ada tempat main air dorang happy sangat dah. owh lupa nak citer, sila withraw duit awal dari kl kalau kat LWOT ni takda atm, paling dekat pun dekat Petronas before simpang.
Dalam ni ada jual makanan, apa yang special kat ipoh semua dia ada jual macam ipoh chicken rice, kacang putih, chee cheong fun. Nasi Vanggey pun ada. Satu meal budget dalam RM10. Boleh la kira berpatutan untuk theme park punya rate. Illy makan share jer dengan husband sebab tengah misi nak kurus ni kan hahahaha.. di larang gelakan illy.
P1110364
Kitorang ter miss show tiger feeding. Kalau korang pergi nanti take note time show dia tak silap pukul 4 petang show bagi makan harimau. Dapat tengok pun okay la. Ada banyak lagi binatang kat petting zoo tapi nak citer illy ni tak pegang tepon sangat. Ambik gambar pun pakai camera pastu salah adjust setting. Sebab nak be present. Tak nak sibuk pegang tpon tak dapat nak nikmati masa dengan family. Tu pasal memang tak banyak sangat gambar trip kalini. Memang dah niat, I want to be present, I want to have as much good time with my family. Phone memang lantak kau lah nak jadi apa.
Kat sini boleh sewa locker dalam rm10 kot tak silap dia ikut size. Kalau locker besar lagi then RM20. Boleh buka tutup banyak kali so tak risau la. Tak payah debor kunci hilang sebba dia bagi tag kat tangan tinggal nak scan jer. illy suggest korang bawa waterproof bag, so barang berharga ke duit cash boleh masu situ. Tak nak pegnang beg boleh letak dalam locker yang sewa tadi tu. Ikut pandai korang la ikut rasa selesa macam mana.
P1110374
Dapat la satu gambar birthday girl  close up buat kenangan celebrate birthday dia kat Tambun. Ni time tengah tea time. Ada macam lorong hawker food la. Ni la tempat yang illy citer ada macam2 makann yang must try kat Ipoh dia buat jual kat sni terus.  Illy rasa management kena banyak kan lagi kerusi meja untuk orang makan. Sebab masa illy pergi tu banyak main spot dah kena block untuk family dah la ape. Jadi orang yang perseorangan macam kitorang memang tak banyak sangat choice nak duduk kat mana. Dapat seat depan hawker area ni pun kira nasib jer. Tak kan nak makan berdiri hahaha..

P1110360
Ni la yang illy cakpa salah setting camera tu. Dah gambar double gini. Bagi korang sample ni kalua order nasi vaggey RM10 boleh kan? Berpatutan bagi kitorang. Chutney dia sedap weyh.
P1110359
Nah tengok Sofea pun dah jadi double hahaha.. Takpe la takda gmabar sangat yang penting memory tu lekat kat kepala.

20190112_165839
Kami ada stop kat cafe area Tin Valley. Style weyh dia macam cafe bawah gunung. Bapak klasik. Menu diap un dah macam zaman dulu-dulu. Ada tv lama, staff anta pun ikut feel pakai baju macam zaman minning.

LRM_EXPORT_57463503622052_20190112_201053449
Ada biskut lutut, actually ada ubi kayu dalam mangkuk tingkat juga tpai lupa nak ambik gambar. Ada video boleh tengok kat insta story illy punya highlight. Dia macam mangkuk tingkat, ada bubur manis ubi kayu, ada ubi rebus dengan ikan masin, parut kelapa and gula merah. Siap ada lesung tu kat tengok meja. Tu rasa untuk hempuk kepala kot LOL takda lah gurau jer. Bukan rare ada lesung batu plak decor atas meja. Tergelak2 illy masa nampak tu. Kat sini pun set dia okay. Biskut lutut dengan kopi satu set RM7. Set yang ubi kayu tu RM15 yang tu kena share sebab portion dia gaka banyak.
Kitorang memang enjoy spend time kat The Lost World Tambun, boleh la kalau nak repeat next time ajak adik ipar illy dengan anak sedara tunggu dia besar sikit. Puas hati hati, a nice park sesuai untuk bawak family. Paling best hotspring tu sebab banyak health benefits. Tak payah lah illy citer kat sini, korang google health benefit hotspring menjela ada google cerita to tak pyaah penat aku nak type. Ni banyak lagi nak citer pasal hote lla pasal kellie’s castle la.

Nak tengok berapa rate sekarang? Mana tau ada discount ke kan? Nah illy sediakan search book untuk booking.com terus kat sini. Senang korang nak buat booking. Have Fun!!
Booking.com


Okay tu jer nak share pengalaman. Next blogpost illy citer kitorang punya pengalaman tidur hotel mana kat Ipoh ni (besar selesa murah good deal giler!!) pastu citer pasal port makan yang memang wajib pergi kalau datang Ipoh and also trp kami berangan jadi princess pergi Kellie’s castle. Nanti dah tengok video yt illy tu jangan lupa subscribe k? Pastu kalau sudi jemput la ke instagram illy hahahaha (sempat iklan). Okay tu ah la merepek jer lebih. Till next blogpost. Don’t forget to take it easy and smile!








Comments

  1. airah dah lama gila tak pergi lwot ni walaupun dkt je dgn rumah fmily. ni dah duduk jauh baru teringin nak pergi

    ReplyDelete
  2. best kan illy. Anak2 kita suka.Kite pegi aritu, kat food street tu kita makan mee kari dia sedap gila. Sebelum datang kita google skit. Ramai suggest mee kari. Pastu makan tau fufa sedap gileee gak. Smooth je.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Popular Posts