Baju Raya Cantik Berbaloi di Pusat Pakaian Hari Hari

Jun 17, 2015

 

pusat_pakaian_hari_hari (1)

Assalamualaikum, Salam Ramadhan and Olla everyone!

Seperti dijanjikan kali ni illy nak share pasal shopping baju raya. Honestly, I am the type yang tak suka membazir. Kalau lagi jimat lagi bagus. Plus, I ni bukan la jenis yang mampu nak spend ribu untuk satu baju. I think  I dah pun pernah share yang for me what is good is good. Tak kesah la murah ke mahal ker ada brand ke takda brand ke? Yang penting cantik selesa dan berpatutan. Lebih lagi kalau ada anak kecik. Ya ampunn.. serik nya rasa beli baju mahal untuk budak yang tengah membesar ni.

Illy pernah spend few hundreds nak dapatkan baju comel dari international boutique untuk Sofea, last bole pakai berapa bulan jer dah tak muat. Kalau camtuh baik beli yang harga berpatutan bole dapat banyak skit alang kan?

So, tempat pilihan illy kali ni adalah Pusat Pakaian Hari-Hari. Banyak kali juga nampak kedai ni (al-maklum lah ada 75 outlets in Malaysia) so memang akan terserempak la juga.. Sape yang cakap tak pernah nampak or tak tahu menahu pasal kedai ni confirm kelentong hahaha

 

image

Jom tengok apa yang menarik kat sini, illy pergi yang cawangan kat Lake Field aritu bole tahan juga. Ada 2 tingkat penuh dengan macam2 varieties. Cakap jer nak baju warna apa. Insya Allah ada kat sini. So kalau korang tema purple ke biru ke merah ke, jom la singgah tengok mana tau berkenan kan?

Actually haritu, nak terbeliak mata illy dengan johan tengok baju melayu budak dari RM26.90 Memang berbaloi yang sangat. Baju kurung or jubah budak kecik RM 24.60 onwards.. Actually teringin tengok Sofea pakai kebaya tahu ni tapi takde size la pulak hehe. By the way, aritu ada juga nampak promo kat kedai lain baju melayu budak laki harga nya.. mak aii.. RM XXX (3 digit) hambek kau  mengalahkan harga baju bapak budak *pengsan*

Illy personally rasa, kita ni kena ingat2 juga belanja musim perayaan ni, dari kita beli baju mahal merepek tu lagi bagus sedekah pada yang lebih memerlukan tak gitu?

image

Ibu dan anak dara pun banyak pilihan nya kat sini. Yang ni antara yang menarik illy jumpa. Harga? Confirm tak caya RM 59.90 pergh.. berbaloi kan?

image

Tak bole jadi ni, terus illy pergi ambik bakul alang.. Sebab kitorang punya mission harini nak dapat baju raya sepasang sorang untuk anak beranak dengan budget RM200. Illy agak nervous mula2 tu sebab dulu kalau RM200 ni dapat baju illy jer sorang.. ni nak cari baju husband sekali dengan baju sofea.. memang nervous la risau tak cukup. Sekali sampai jer kat Pusat Pakaian Hari Hari memang senyum lebar terus siap angkut bakul plak tu hehe..

 

image

Mana tak nya, tengok ni bukan main banyak choice. Okay la to be honest ada juga la corak yang tak berapa berkenan di hati. Tapi citarasa masing2 ada yg illy tak suka maybe korang suka kan? Kena pandai pilih la mana yang kita minat. Dress budak perempuan bermula dari  serendah RM 25.90 Kat tempat lain mana nak dapat harga ni. Illy cari tempat lain paling murah pun jumpa RM50 kalau nak dress budak.

image

Baju bukan main comel cam ni baru RM9.90

image

Baju tido budak pun ada yang ni RM 15.90 sepasang.

baju_baby_girl_pusat_pakaian_hari_hari

Kitorang tahun ni tema warna merah. (Bocor Rahsia hehehe.. sorry ayah!) nampak pula la dress kembang macam princess ni RM 19.90 Happy nya masa jumpa dress (menyesal dulu membazir beli dress baby ratus2).

image

image

image

Tengok tu ada orang perasan princess haha.. lawak tau masa tu. Illy try bagi dia test baju dress tu. Lepas tu terus dia perasan asyik senyum tepuk cermin. Tak sempat lak nak record.. haha

 

image

Selain pada pakaian, ada juga dorang jual barang keperluan rumah. Illy jumpa alas kaki RM2.50 (tak caya kan harga dia?) Ish punya la geram, illy punya sebijik macam tu kat rumah tak silap beli RM19.90 mana tak geram kan? menda sama sebijik asal la tak gi kedai hari hari ni dari dulu. Kalau tak dah bole jimat dari dulu lagi.

image

Bagi yang turut nak hias rumah, ni ada juga illy jumpa set bilik tido bedsheet queen RM 24.90

image

Kain pelikat pun ada yaw… RM 16.90 husband illy cakap yang brand ni berkualiti dan kain dia sedap pakai. Nak solat la paling senang ada pelikat ni.

 

image

Ehemmmm ehemmm pun ada jual juga kat sini. Harga lupa lak nak check aritu tapi illy rasa memang confirm jauh lebih murah dari kedai yg illy pernah pergi.

 

image

Mengada tak kitorang? posing sweet2 perasan dekat tempat towel ni hahahaah.. illy jumpa kain lap dapur ni, comel pastu ada tempat sangkut tu senang nak hang. Harga? RM 3.90

 

image

Dah puas belek satu kedai, sampai la kat kaunter bayar. Total kami? RM 197.10 cayalah.. belian yang paling berbaloi setakat ni. Nak tengok apa kami dapat?

 

image

From the left, jubah illy (selesa dan kain tak panas), jubah johan ( cantik jahitan kemas), baju tido illy (RM9.90 kain lembut sangat), baju basahan sofea 2 set (rm5.90 satu set), dress pirncess sofea, baju tido sofea, stokin budak 3 pasang (RM5.90) dan juga kain lap dapur. Amacam? Berbaloi kan?

 

EDM AIDILFITRI 2015-02

Okay la da banyak illy citer ni, hope korang dapat la idea mana tau tengah pikir2 nak gi shopping kat mana. Sekarang ni pun dorang ada buat promo dapat sampul duit raya and the purple bag (woven bag). For more details bole check out  www.facebook.com/harihari

 

bye bye!

 

*This is a sponsored post. Opinion expressed are my own. As usual, I will test and review products or services regardless of whether they have been sent to me or not with honesty.  Unless stated so in the post or marked with an asterisk, all products featured on this blog have been bought with my own hard-earned pennies. I started this blog to give my two pennies worth of thought and have fun along the way and that is exactly how this blog shall remain.

14 comments:

  1. murah nya!! saya nak gi jugak la weekend ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. gi la bole survey.. perg iawal senang tak yah bersesak dgn orang ramai :)

      Delete
  2. kalau macam kebaya atau kurung moden ada jugak ke?

    ReplyDelete
  3. Best shopping kat Hari-Hati kan dapat baju untuk sekeluarga kurang dari RM200 je, berbaloi-baloi

    ReplyDelete
  4. Dulu masa belajar Diploma (waktu tak ada duit) selalu pergi shopping dekat Hari-Hari sebab murah. Hehehhe.. And baju die not bad jugak, ada yang cantik-cantik jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kita kena pandai pilih la kan :) baju mahal pun tak semestinya cantik or selesa :)

      Delete
  5. wow... so cheap... must check out this place one day :) thanks :)

    ReplyDelete
  6. sofea baby look so pretty in frills and red :) never knew these places has great stuff :) thanks ya :)

    ReplyDelete
  7. illy tempat ini macam cheras permaisuri hero sana ke?

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)