Ramadhan Buffet Hotel Majestic Kuala Lumpur

Jun 11, 2015

 

image

Sesiapa yang tengah cari idea nanti nak buka puasa kat mana, bole la try Majestic Hotel KL punya buffet. Nak tahu apa yang best? Meh sini nak cerita skit. Last week, illy invited untuk pergi Food Review mereka. So, masa tu illy pun okay la why not pergi try kan.. kalua best bole juga share dekat blog dan bole dapat idea skit nak berbuka dengan family ke, reunion ke or dengan kengkawan kan?

For your info, Majestic Hotel ni yang famous dengan Orchid Room yang cantik cun melecun tu.. dari haritu nak try tak cuba2 lagi.hehe but that is is another story. Harini nak citer pasal buffet ramadhan dia. Those yang tak berapa familiar, korang cari jer station besar KTM kat tengah kl sangat berhampiran dgn masjid negara. Jumpa KTM station tu confirm jumpa Majestic Hotel ni.

image

That day illy pergi dengan Sofea and my sister. Kebetulan my sis Faten cuti belajar masa tu alang2 ajak la dia sekali. Teringat pula kami masa kecik2 dulu. Ayah kitorang mesti akan bawa kami try buka puasa kat hotel salah satu hari dalam bulan puasa. Kitorang punya la syiok masa tu, siap bergaya sakan hehe.. Port yang paling repeat? ice cream station la kan.. hehehe kate budak2. Okay da cukup merepek, panjang tul mukhadimah kan? hahaha

 

image

Antara yang menarik perhatian illy kat Majestic Hotel punya buffet is the Serunding. Yer la saya ni jiwa traditional. Tengok serunding ni teringat my granma dulu selalu bagi bekalkan kami serunding. Nostalgia gitu.. Serunding kat Majestic hotel ni ada few types, dari serunding daging, serunding ayam serunding ikan pun ada. Sedap siap ada lemang sekali, bole fefeeling raya alang-alang.

 

image

Yang ni pun memang terbaik. Sedap masak lemak siput sedut dia ni. Pedas dan menyelerakan. Haritu ada ambik sesenduk, pastu segan nak makan sedut sebab orang ramai. Ni da tengok balik gambar da menyesal tak makan banyak sebab sedap! hahaha

 

image

Next, illy geram tul tengok udang sambal petai ni. Dia punya sedap… PERGH! tu jer nak cakap. Da la udang besar, juicy.. bila gigit jer memang dapat rasa ke’fresh’an nyer tu. Sambal dia pula merah menyala memang terangkat.

 

image

Orang yang suka makan sayur macam illy memang seronok la tengok sayur masak camni kan? Makan macam2 bulan puasa tu nanti jangan lupa makan sayur dan buah biar senang nak digest. Actually, ada macam lagi tau kat buffet ramadhan majestic hotel. Kambing beriani ada, ikan bakar ada, yang paling special yang first time illy rasa is the pajeri kedondong. haaa… korang pernah rasa? illy baru first time aritu rasa. Sedap rupanya kedondong buat pejeri. Selalunya nenas jer kan? 

 

image

Ni la pinggan ku, chewah. Bukan main ambik sikit2 jer sebab nak tunjuk dalam blog punya pasal. Karang letak banyak2 orang kata pelahap la pulak kan? Tapi jangan terpedaya k? ni hanya pinggan pertama. illy aritu berapa round ambik makanan. Best kan nikmat Allah bagi kita rasa, jadi kita hargai la.. Kalau tak makan kang membazir tak elok.. Baik makan jer, kalua risau gemuk bole rajinkan diri mengemas umah tu da kira excercise tak gitu?

 

image

image

 

For those yang sweet tooth, dont worry korang pun ada bahagian nya. Ada few types of dessert provided. Illy suka bubur sagu dia tu sedap, tak manis sangat just nice. Kalau nak bread pudding pun ada, apple crumble pun ada. Nak tengok camner rupanya? Pergi la try bawa family korang bole tengok dan alami sendiri. tunjuk semua gambar kat sini tak suspense la hehehe..

 

image

Overall, illy puas hati. Makan sedap, varieties banyak, presentation food pun classic dalam buluh la, dalam kuali la menyelerakan. Tempat pun selesa tak susah nak cari, parking alhamdulilah okay tak mahal pun. Illy haritu ambik cop kat concierge free jer parking. Sebelum illy end this post, kasi satu wefie skit hehehe.. muka orang2 yang da kenyang. Kat paling kiri tu my sister Faten then yg tengah buat muka confuse tu my daughter Sofea and paling kanan tu entah la siapa ntah la dia… tak kenal la.. hahahaha

Untuk yang berminat nak try Majestic Hotel start buffet ramadhan dari 17 June sehinggalah 18 July 2015 pada harga RM125 nett per person ni kalau kat Contango dan kalau korang opt for buka puasa at function room level 3 macam illy aritu cost dia RM100 nett per person.  Kalau buat office buka puasa pun sesuaia juga. If korang order more than 50 persons dia bagi 2 person free lunch certificate di Contango. Kira macam tu la promo dia. By the way jangan lupa nak buat rsvp kalau last2 minute nanti penuh plak.

 

For rsvp bole contact dorang direct, If nak buka puasa kat Contango (their restaurant) call 03- 2785 8062 kalau kat level 3 function room call 03 – 2785 8000 or kalau malas juga nak call nah ambik ni email terus kat tmkldiningconcierge@ytlhotels.com.my

 

 



* I am not paid to write this review. I was just invited for a food review. As usual, I will test and review products or services regardless of whether they have been sent to me or not with honesty.  Unless stated so in the post or marked with an asterisk, all products featured on this blog have been bought with my own hard-earned pennies. I started this blog to give my two pennies worth of thought and have fun along the way and that is exactly how this blog shall remain.

12 comments:

  1. Kak illy gambar siput sedut tu buat terliur la

    ReplyDelete
  2. banyak ke beza kalau kat contango vs ball room tu? jenis makanan sama ke atau lain?

    ReplyDelete
  3. sedap!!! Nk ajak usband kita makan berbuka di sinila.. hihi

    ReplyDelete
  4. Bekas letak serunding tu rare habis :D

    ReplyDelete
  5. yummy... i always look forward to enjoying ramadhan buffet :) all the yummy food at one place :)

    ReplyDelete
  6. I love Ramadhan Buffet because the food are all so flavorful...yummy!

    ReplyDelete
  7. Sound delicious for all the food

    ReplyDelete
  8. so much food... simply appetising and yummy :) love buffets :) eat all i like and can :)

    ReplyDelete
  9. nice Ramadhan Buffet hotel Majestic kuala lumpur

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)