Resepi Kimchi Wantan Sedap dan Senang!

kimchi kak long

Assalamualaikum and Olla everyone!

Hari ni illy nak share resepi buat Kimchi Wantan yang tentunya sedap dan senang. Kali ni illy pakai Kimchi by KakLo. Siapa yang pernah beli mesti tahu dia punya sedap pergh! Dia ada 3 flavour mild, sweet and spicy, last sekali hot and spicy. Kalau tak makan pedas or nak masak untuk budak boleh ambik yang perasa mild tu. Illy ambik perasa sweet and spicy paling bestseller. Kalau korang suka makan pedas boleh ambik hot and spicy. Illy rasa next nak try order yang hot and spicy pulak tengok dia punya pedas boleh pergi jauh mana hahaha..

Actually illy ada nak buat giveaway nak bagi 2 packet kimchi by kaklo kepada 2 pemenang. Sorang dapat satu lah kiranya, nanti boleh korang try kat umah. Illy asyik cerita jer kan so bagi lah peluang korang menang and boleh rasa kat umah. Kalau nak beli pun tak mahal.

Harga sangat berpatutan, yang macam illy tu pek 250gram baru RM12 satu, pastu kalau nak buat stock 500gram (setengah kilo) harga baru RM22 satu balang. Harga tak termasuk delivery. Alang- alang nak order tu beli banyak terus pun okay jimat kos delivery.

Tak risau expired ke apa sebab kimchi jenis makanan tahan lama, terbaik consume 3-5 bulan, kalau simpan lama dia jadi old kimchi. Ada sejarah sebenarnya kimchi ni dulu zaman perang masa kat korea kan takda peti ice kan, jadi cara dorang nak simpan sayuran dan juga supaya tahan waktu winter takda tumbuhan mereka buat kimchi simpan dalam tempayan bawah tanah. Macam kita la dulu buat daging salai, buat ikan masin nak kasi tahan lama. Dulu kan takda peti ice. Cehh sempat tu cerita sejarah hahaa

Untuk order boleh whatsapp ke 019-669 5062 (arina)
Maklumat lanjut berkenaan kimchi dan promosi boleh lawati facebook page
https://www.facebook.com/KimchiAngelAgentArina/

kimchi halal murah sedap

Resepi Kimchi Wantan Sedap dan Senang

Bahan :-

Setengah packet Kimchi by Kaklo

Wantan Pastry Sheet

Air Masak

kimchi halal murah sedap

Antara sebab illy pilih kimchi by kaklo,dia takda perservative, takda pakai cuka, paling penting semua secara natural. Takda pakai chemical atau msg. Nak makan tu takda rasa was. Bukan tak nak beli yang ada jual kat supermarket yang import dari korea tu tapi risau ada pakai wine vinegar ke, atau pun buat tu kita tak tahu dia buat dalam keadaan macam mana. Beli dari Kaklo kita dah memang tahu kesucian terjamin.

kimchi halal delivery murah sedap

Cara nak buat :

1. Potong kecik kimchi. Illy suka kecik senang nak masuk dalam wantan. Boleh pakai gunting kalau nak senangkan kerja.

kimchi halal delivery murah sedap

2. Ambik sekeping wantan sheet, letak kimchi kat tengah. Hujung tu celup jari dengan air then buat cam illy tunjuk kat gambar.

kimchi halal delivery murah sedap

3. Picit or lipat jadi macam ni untuk secure sebelum bunjut kan dia.

cara buat wantan

4. Dah buat banyak, boleh masuk air fryer. Illy pakai air fryer philips letak temperature 210 selama 10 minit. Nak goreng pakai minyak atas dapur pun boleh. Pasti kan minyak banyak dan panas baru masukan. goreng garing, golden borwn dan angkat.

cara buat wantan

Dah siap pun. boleh makan. Buat snack kudapan makan sambil tengok tv atau buat bekal dalam kereta before jalan jauh. Senang tak? 

Okay nak tahu macam mana nak memang pek kimchi by kak long? Check out fb page illy. Illy share cara kat sana. all the best and jangan lupa lah like sebab illy memang selalu buat giveaway so nanti tak terlepas. Selamat mencuba!

Nak join giveaway boleh click kat sini.

Comments

  1. salam kenal.. sy singgah sini.. sedapnya nmpak tuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal Busyra :) thank you singgah blog illy and for commenting :) nanti boleh try simple jer nak buat

      Delete

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Popular Posts