Tips Order Langsir, kalau nak curtain cantik supaya tak sakit hati.

LRM_EXPORT_20180523_123612

Assalamualaikum and Olla everyone!

Sebenarnya langsir main peranan yang sangat penting untuk mood space. Kalau langsir tak kemas and cantik satu bilik tu rasa tak lengkap. Serious ni dari pengalaman. Cuba korang tukar jenis langsir, colour dan design terus mood space tu berubah. Illy memang barang lain takda berkira sangat kalau perabot ke apa illy cuba cari yang murah tak mahal sangat pun takpe sebab kalau kita gayakan then dia okay. Tapi tang langsir ni kita nak pakai lama then menda tu memang asyik kita pandang. Ke illy jer suka pandang? hahahaha

Ni nak citer illy memang dari dulu memang suka service Curtain Place (bukan sponsor ni duit titik peluh sendiri), Walaupun dulu pernah bekerjasama dengan Curtain Place tapi kali ni pindah rumah baru memang illy dah nekad alang- alang nak spend duit biar yang puas hati. Okay, citer dia illy pun panggil Curtain Place untuk ukur and then pergi showroom pilih kain then get on the spot consultation with qoutation. To be honest okay memang harga dia 4 digits. Tapi dia ikut jenis kain. Kalau pilih kain murah then murah lah. Ni yang illy nak share tips kejap lagi. Sebelum tu kasi illy meroyan dulu kejap.

Masa pergi showroom Curtain Place dia bagi qoutation. my husband dah angkat2 kening. Tu signal dia kalau mahal lah above budget. Paham sangat dah. Then illy buat yang bilik jer pakai Curtain Place dulu. Kira nanti kalau ada budget lagi then buat bilik lain dgn living hall pula. Pastu okay takpe settle. Curtain Place pun datang pasang sorang jer datang tapi kerja cantik kemas. Memang puas hati. Good mood jer tengok langsir baru. Sebab illy agak particular about drape and pleat.

IMG_20180523_124035_076

BEFORE – Curtains Place

LRM_EXPORT_20180523_123612

AFTER - Curtains Place

Tengok ni okay kan? Cantik tengok kat hujung tu kemas susunan dia sebab hook dia letak tu tempat yang betul. Drape and pleat dia kemas tersusun memang pro habis.

Okay bermula lah kisah tak puas hati dalam hidup illy. Sebab nak murah panggil vendor dari MK Curtain untuk bagi qoutation untuk living hall dan bilik anak. Satu yang beza antara curtains place compared to MK curtains, kalau CP involved 3 stages. Orang datang ukur lain, orang yang consult lain kena pergi showroom, orang yang pasang pun lain. Kalau dengan MK Curtains, masa panggil datang ukur tu dia terus bawa sample kain then buat payment direct time tu dia ada bawa machine bayar pakai card tu if takda cash. Mudah nyer sebab tak perlu nak gi showroom lah. Kira door to door service. Tapi kang sebenarnya penting pergi showroom tau sebab dia ada mood and contoh terus kita nak yang macam mana and even more selection of kain. Kalau yg MK curtain tu sebab dia datang bawa kat umah berapa banyak sangat lah sample yang boleh angkut. Jadi choices agak limited. Nak tengok hasil kerja MK curtains?

IMG_20180524_191431_895

BEFORE – MK CURTAINS

This one illy beli langsir kat Kaison, untuk sementara before curtain betul punya siap. Memang tak cantik lah sebab kitorang bukan professinal bab curtain. Setakat ada tu boleh la.

IMG_20180524_191431_885

AFTER – MK CURTAIN

Macam mana pendapat korang? Husband illy cakap okay cantik. Tapi kan sebenarnya illy amat tak puas hati. Illy dah cakap tak nak ada gap kat atas tu memang lah bentuk dia camtu tapi boleh jer sambung railing atas tu. Illy dah kata nak yang kiri kanan tu ke macam fold tapi yang tengah tu macam ikat tengah. Paham ke tak illy citer ni? Kejap tunjuk.

LRM_EXPORT_20180524_191013

Gap putih, kat atas tu. Macam tergantung. Tak boleh camtu salah di sisi undang – undang langsir. Pastu kat kiri tu dia tak pasang hook. Just ikat tengah camtu sooo cannot to my eyes, Illy nak senget kiri kanan then tengah baru ikat camtu. Bila dapat tak seperti di idamkan F.R.U.S.T sebab kalau bayar sikit takpe lagi, kalau sponsor pun tak da la marah sangat tapi ni bayar pakai duit sendiri. Standard customer, cuba korang jadi illy bayar 4 digits semata langsir pastu sampai tak seperti yang kita nak. Okay tak habis lagi rant.

PicsArt_05-24-06.46.14 tak puas hati

Ya ha bi bi ya maulana! Pengsan tengok beza pleat and drape from Curtain Place compare dgn MK Curtains. Ni dalam gambar tau, tak jelas. Kalau depan mata macam illy ni pandang hari – hari lama2 sakit jantung terus sebab stress. Paling best nyer, boleh plak yang MK curtains pasang hook kiri and kanan tak sama tinggi. OMG! hook main peranan penting selain panjang holder tu sebab dia akan jadi kan drape tu melengkung cantik n also pleat dia tu omg. Cincai. I cukup allergic orang buat kerja cincai janji nak siap nak cepat. Better jangan buat. Kalau nak buat biar betul, do it right. Bukan illy nak mengada tapi kalau korang order kek chocolate harga secret recipe, apa expectation korang? Kalau sampai tu dia anta sponge chocolate kek yang tak cukup rasa, cream jer lebih, apa perasaan korang? Bukan kita minta kurang ke discount pun, kita minta buat kerja betul-betul ikhlas. Kalau macam ni gaya service, takpe lah memang illy tak kan order dah dengan dorang. Illy suggest if dorang nak retain customer better make sure improve when it comes to final work. Result speaks. Orang semua susah tau cari duit, kerja penat nak type blog lagi apa semua kumpul duit nak buat langsir cantik. Bila order service dengan korang buat camni memang kecewa.

Okay dah tu jer illy nak membebel share my pengalaman order langsir. Bukan niat nak promote mana-mana company sebab dorang bukan bagi illy free pun langsir. Semua illy bayar sendiri jadi ni post memang honest opinion. Kalau rasa elok tu ambik kalau rasa tak okay then just ignore anggap jer haters LOL

As promised, ni illy nak share some tips kalau pilih or nak order langsir :-

1) Colour, okay korang kena pikir suka colour macam mana. Nak sesuaikan dengan perabot dan carpet. Kalau macam illy ni kan dinding putih so illy nak kasi nampak contra tu pilih grey. Tapi korang nak colour apa pun boleh cuma kalau boleh jangan pilih colour panas2.

2) Jenis corak, bagi illy kalau yang plain dia tak tengelam masa. Kecuali korang banyak duit boleh tukar2 design bila2. Better bagi illy lah plain bagi tak serabut. Kalau nak texture then plain tapi ada texture. Ada orang suka corak bunga ke daun ke boleh jer tapi maku sur lah matching dengan perabot. Illy tak suka semak2 sebab karang cepat pening.

3) Material kain benda yang TERAMAT penting. Pilih kain yang berat supaya drape and pleat tu cantik lentuk dia. Pastu takda lah kipas gerak ke dia pun nak terbang2 sekali. Bila langsir berat ni kita boleh train dia lipatan tu the first week lepas pasang supaya sentiasa dia punya flow tu kemas and sekata. Kalau kain keras kejung nanti cepat nampak kedut. Lepas basuh nanti korang tahu lah kenapa. Bila kain berat dia akan nampak terletak comel lote.

4) Bagi illy lah, personally illy bukan jenis kumpul handbag mahal ke kasut mahal ke, illy serious pakai beg rm50 pun dah okay. Tapi bila datang part langsir illy nak yang terbaik, spend lebih sikit takpe bagi illy sebab itu investment untuk ketenteraman jiwa. Illy nak spend time banyak kat ruamh tu. Mata nak kena sedap. Tu yang illy tak berkira bila tang langsir. Kalau korang limited budget, illy suggest tempat yang korang spend banyak masa buat cantik cam bilik tidur. Kalau setakat stor room bukan nak lepak sangat, then langsir murah2 sepeket rm39.90 tu pun okay dah.

5) Naikan railing sampai atas. Bukan ngam kat window. Ni akan buat effect dinding tinggi. Dia kasi effect ruang jadi high ceiling and nampak luas and the langsir tak nampak seketul tergantung. Bukan susah pun just request drilling tu kat atas jer. Tapi kena tambah sikit lah dah tinggi kain pun banyak. Tapi serious berbaloi sebab big different kalau naikan railing ada effect hotel.

6) Ring atau french pleat? Ni ikut cita rasa, dulu ada zaman ring kan? Sebab senang nak pasang betul tak? Tapi kan bagi illy french pleat ni ever lasting. Nampak classic, nampak proper, nampak kemas. Tapi kena pasang betul kalau pasang hook skip2 tak kemas then memang nampak serabai.

7) Kalau boleh pilik material langsir yang light proof. Sebab apa kalau contoh korang pilih yang kain nipis then nanti bila malam takpe okay tapi cuba bila siang, matahari masuk ada bayang2 kalau langsir warna hijau dah satu rumah jadi bayang warna hijau, kalau langsir warna pink dah satu rumah jadi cam panas sebab cahaya tu dia masuk. Boleh bayangkan tak?

8) Pastu pastikan panjang dia tu ngam, kalau panjang sangat anta potong kalau tak nampak selekeh. Menda simple jer pun just biar nampak terletak and padan. Kemas bukan tangkap muat.

Okay tu jer la illy nak share kali ni harap bermanfaat. Bukan nak mengada ke nak show off ke nak berlagak ke apa. Bukan illy duk mansion harga trilion ke, rumah biasa2 jer pun. Nak citer pasang langsir. Bukan langsir salut emas pun.  Illy niat nak share supaya rumah korang lagi cantik dari illy biar kita semua duduk rumah tenang boleh rehat dengan family. Also supaya korang tak rasa kecewa cam illy. Okay, till next time dont forget to take it easy and smile!

P/s: Sebab tak puas hati illy dah contact Curtains Place tolong illy betulkan balik yang living hall tu. I serik dah tak nak dah  try2 pakai vendor lain pasni. Insaf terus.


Curtains Place Review, MK Curtain Review

Comments

Popular Posts